logo
logoemedia
 
Karisma terserlah

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Farihad Shalla Mahmud

Berpakaian tuksedo pada malam anugerah berprestij menterjemahkan imej kacak, bergaya

MALAM lusa majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bakal berlangsung. Dalam tempoh dua minggu terakhir menjelangnya acara penganugerahan paling berprestij dalam industri hiburan di Malaysia, masih ada lagi artis terutama finalis yang sibuk ‘fitting’ atau menempah pakaian untuk digayakan sesuai dengan kehendak penganjur.

Kalau artis perempuan diminta berpakaian anggun dan glamor, artis lelaki juga wajib memakai tuksedo.

Ada yang selesa dengan pereka yang sudah ada nama, tapi ada juga artis popular yang memberi peluang kepada nama baru untuk bekerjasama dengan mereka.

Siapa kata artis wanita saja yang pandai melaram? Artis lelaki pun apa kurangnya, mereka juga mahu kelihatan menarik dan menjadi perhatian lensa kamera serta peminat kala berjalan penuh gaya di permaidani merah.

Pelakon yang sudah enam kali mempertahankan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Rosyam Nor menaruh kepercayaan kepada pereka muda, Anizam Yusof, penuntut tahun dua Ijazah Seni Reka Fesyen dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM).

Fazli Zainal pula memilih butik Tux & Blazer Sdn Bhd yang terletak di kompleks beli-belah Ampang Point untuk menghasilkan tuksedonya. Anak muda ini sangat teruja membuat persiapan kerana inilah kali pertama dia bakal beraksi dalam satu anugerah paling berprestij dan menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Pelakon filem yang semakin meningkat naik, Farid Kamil, lebih senang membiarkan perekanya, Robert Loh dari Lord’s Tailor memilih rekaan tuksedo yang sesuai dengan imej fizikalnya. Bagi pelakon filem Remp-It ini, apa yang penting selain sedap mata memandang, potongan tuksedo itu haruslah selesa apabila dipakai.

Rosyam Nor

“BAGI saya kepercayaan harus diberikan kepada orang baru. Walaupun dia masih lagi seorang pelajar, saya rasa golongan artis wajar beri mereka peluang. Dengan populariti nama yang saya ada, saya harus membantu pihak lain. Saya tidak boleh pergi kepada pereka yang sudah ada nama, adakah nama besar hanya boleh guna nama besar saja?

“Bagaimanapun, kepercayaan yang saya berikan harus digunakan sebaiknya. Saya suka dengan kegigihan yang ditunjukkan pelajar seperti Nizam biarpun masih belajar dia sudah pandai mencari tapak dan tidak hanya menanti sehingga tamat pengajian. Dia sudah ada otak bisnes.

“Dia datang pada saya dengan tiga rekaan. Selepas tengok, saya tertarik pada salah satu daripadanya. Saya ada juga beri Nizam idea terutama dari segi pilihan warna yang sesuai untuk saya. Bila cakap pasal tuksedo, orang biasanya akan gunakan kain biasa tetapi untuk kelainan saya minta Nizam carikan saya kain jenis kodroi.

“Sengaja saya suruh dia pilih fabrik berbeza supaya tidak kelihatan sama dengan artis lain. Bagaimanapun, saya masih menghormati tema tuksedo dengan meletakkan satin pada kedua-dua belah seluar. Kami banyak berbincang. Saya mahu Nizam buat yang terbaik sebab saya mahu pada malam anugerah itu nanti orang terpesona melihat pakaian yang saya gayakan. Saya mahu satu hari nanti bukan dia yang datang pada artis seperti dia lakukan sekarang tetapi artis yang datang kepada dia. Itu sebabnya saya banyak nasihatkan dia supaya gunakan peluang ini sebaiknya. Saya mahu rekaan yang dia hasilkan akan membanggakan saya dan dirinya sendiri.”

Farid Kamil

“KETIKA sesi fitting, Robert memberikan saya beberapa contoh gambar tuksedo kepada saya. Dia meminta saya memilih rekaan bagaimana yang saya gemari. Bagaimanapun, dalam hal ini saya tidak begitu cerewet.

Saya percaya kepada kreativiti yang ada padanya dan saya hanya memberi sedikit idea. Selepas berbincang, kami membuat keputusan untuk menggabungkan empat contoh tuksedo menjadi satu. Dari segi warna, tuksedo itu menggabungkan warna putih, hitam dan sedikit ungu.

“Untuk menjadikan pakaian saya sedikit berbeza, Robert menyarankan supaya saya meletakkan bunga hidup di sebelah kiri dada. Memandangkan Habib Jewels ada menaja setiap finalis menggunakan barang kemas berlian untuk dijadikan perhiasan pada malam kemuncak nanti, jadi saya memilih kerongsang besar untuk menggantikan bunga hidup seperti perancangan awal.

“Apabila mengenakan tuksedo untuk majlis anugerah seperti ini, ia bukan saja menonjolkan imej menarik bahkan turut menyuntik semangat baru kepada anak seni. Saya bersetuju benar dengan saranan pihak penganjur yang meminta setiap finalis lelaki berpakaian tuksedo kerana ia membuatkan mereka lebih kacak, bergaya dan berkarisma.”

Fazli Zainal

“SAYA lelaki, tidak banyak yang boleh saya lakukan untuk kelihatan menonjol di pentas. Oleh itu, saya memilih tuksedo warna hijau sesuai dengan lagu yang akan saya nyanyikan. Warna dan fabrik yang saya pilih akan membuatkan saya kelihatan menonjol di pentas. Di sebabkan itu, saya tidak kisah berhabis untuk kepuasan diri sendiri.

“Sebenarnya saya sedikit keliru mengenai persembahan. Awalnya, pihak pengurusan ada beritahu saya akan buat persembahan tetapi belum ada hitam putihnya. Tapi saya tempah juga baju, kalau tidak jadi buat persembahan saya masih boleh memakainya sepanjang majlis anugerah nanti.

“Gembira sangat kerana sebagai orang baru saya diberi peluang untuk beraksi di pentas. Menang atau kalah saya letakkan di belakang, bagi saya diberi peluang membuat persembahan bererti saya sudah menang di hati penganjur. Bukan semua pendatang ada peluang seperti ini kerana itu saya tidak kisah untuk berbelanja sedikit. Bagi acara permaidani merah pula, saya akan memakai sut putih yang pernah saya pakai dalam Malaysian Idol dulu. Itupun saya tempah khas semata-mata untuk pertandingan itu.”



Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Mawi, Andy melaram
 Jalin kemesraan di ‘garden party’
 Pemenang terima hadiah
 Erra, Fahrin menawan
 ABPBH catat 4.41 juta penonton
 Potong kek rai ulang tahun ABPBH 2006
 Pengiktirafan tertinggi buat Jefrydin
 ‘Penghargaan ini sangat besar erti’
 Corat-coret...
 Medan artis melaram sakan
 Ina masih mampu tersenyum
 Kebangkitan Fasha Sandha dalam industri perfileman
 Mawi pertahan gelaran Bintang Paling Popular
 Malam penentuan esok
 ‘Semuanya bagaikan mimpi’
 Ina, Faizal AF4 ada peluang?
 Aksi hebat Ogy malam esok
 Ramli MS terajui 21 artis
 Kak Engku bakal gamatkan pentas
 Pengacara, juruhebah hadapi saingan sengit
 Sorento idaman
 Mawi pilih 4 aksesori sepadan tuksedo putih
 Arash teruja alami detik bersejarah
 Aura glamor
 Ina kecewa jika benar lagu Duhai Hati digam
 Di sebalik tabir: ‘Semua dirancang penuh teliti, persiapan lancar’
 ‘Saya bersyukur peminat tidak lupakan saya’
 Demam tuksedo
 Set aksesori pelengkap persembahan
 Artis bergaya pilih kasut Edward Forrer
 Gaya elegan untuk Cheryl
 7,000 peminat serbu finalis
 Fabrik batik elegan untuk Eja
 Noryn pilih berlian Empress, Rose Cut
 Rambut finalis
 Fahrin nantikan detik 4 Februari
 Misi popular
 Artis diminta patuhi jadual latihan
 Ogy, Kak Engku jadi pengacara
 Jelajah berakhir di Shah Alam esok
 Salikin taja pakaian Ramlah
 Kasut selebriti
 Finalis artis baru lelaki tolak klon
 Kiraan pengundian hampir tamat
 Que, Lis, Lyana makin membanggakan
 Selebriti riuh di Melaka
 Tidur tiga jam demi Natasha 2
 Tarikan batu kunzite, berlian Habib
 Bagaikan puteri
 Nasha, tunang belum pasti tarikh pernikahan
 Galas cabaran
 Amylea teruja nanti album sulung
 Tidak letak harapan
 Rantai RM200,000 buat juara
 Artis redah banjir
 Promosi gamat
 Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
 Acara penuh ceria, gelak ketawa
 5,000 serbu finalis ABPBH
 18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor
 Zahid berserah
 Kilauan berlian
 Komitmen finalis wajar dihargai
 Ruang mesra bersama artis
 Ogy mahu terbit biografi diri
 Meriah sakan
 Ina tak kisah
 ‘Saya tidak sangka’
 15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang
 Borang undian ABPBH 2006 kian mencurah
 Finalis hargai peluang bermesra dengan peminat
 Azam baru
 Impak Leez
 Promosi meriah
 Farid, Farahwahida jadi ‘ayam tambatan’
 Pelancaran ABPBH 2006 dipindah
 Jelajah ABPBH 2006 bermula
 Sertai Gemilang Bersama Bintang
 Peminat kena fahami konsep ‘Undi & Menang’
 Penyeri Misi: 1511
 'Saya tak letak harapan tinggi'
 'Sudah takdir'
 Dayang guna lagu Ryan
 Saingan sengit bermula
 Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah
 Naza Sorento untuk artis, pembaca
 ‘Tidak sangka layak ke final!’
 ABP-BH dapat tajaan RM2.75 juta
 80 pencalonan ke final ABPBH 2006
 Penyampai Ikim FM berdebar
 Zoey sedar laluan ke Top 5 bukan mudah
 Iesya tak kejar glamor
 Terus hangat
 Album kompilasi Hijjaz khas untuk peminat
 Ilusi Cinta
 Pencalonan bantu publisiti
 Pencalonan awal ABPBH 2006 ikut syarat, kriteria kelayakan
 Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran
 'Tidak perlu bersepah di merata-rata'
 Kejutan manis
 Debaran Cinta
 Semakin berprestij
 'Kami tak pernah bermasam muka'
 Siti dah berubah kerana Datuk K
 Telan fitnah
 Rosyam Nor kekal calon ABPBH2006
 Satu pengiktirafan
 Pencalonan suntik semangat artis baru
 Undi awal ABPBH 2006 mulai esok