logo
logoemedia
 
Kak Engku bakal gamatkan pentas

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Raja Azura gayakan berlian Habib bernilai RM1 juta sempena tugas sebagai pengacara malam kemuncak

WANITA mana yang tidak tertarik melihat berlian. Tanyalah kepada mana-mana kaum Hawa di muka bumi ini, pastinya jawapan yang diterima adalah sama. Jika tidak masakan wujud ungkapan berlian adalah teman baik wanita.

Bukan saja bergemerlapan, malah keunikan reka bentuk serta nilainya yang mencecah jutaan ringgit membuatkan ramai daripada mereka merasa bertuah seandainya aksesori seperti itu menyaluti tubuh mereka. Silap hari bulan, boleh jadi rambang mata seandainya diberi peluang untuk memilih aksesori yang manakah menjadi pilihan untuk digayakan di majlis tertentu.

Bercakap pasal rambang mata, itulah juga yang dialami pengacara terkenal, Raja Azura Shahira apabila berkesempatan memilih himpunan barang kemas untuk digayakan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 yang berlangsung Ahad ini.

Kunjungan Kak Engku di Bilik Pameran Habib Jewels Sdn Bhd di Ampang, baru-baru ini sudah cukup membuatkan premis perniagaan itu riuh dengan hilai tawa dan jenaka spontannya.

Sebaik saja selesai didandan oleh jurusolek kegemarannya Rose Suci, Kak Engku mula memilih berlian yang bagaimanakah yang sesuai dengan imej dan gaya mereka pada malam itu. Dengan dibantu pereka dari Habib, satu demi satu aksesori dikeluarkan dari almari dan digayakan kedua wanita ini.

Bagi mantan pengacara Melodi ini, dia lebih suka memilih aksesori yang berbentuk klasik kerana cita rasanya lebih ke arah itu.

“Kalau bercerita pasal gaya, Kak Engku memang dari dulu lagi suka dengan benda klasik. Malah sehingga kini Kak Engku masih lagi menyimpan barang kemas milik nenek Kak Engku. Bukan sekadar aksesori, malah pakaian Kak Engku untuk malam itu juga bercirikan klasik. Kak Engku sudah pun berbincang dengan pereka pakaian Kak Engku, Calvin Thoo. Tunggu saja malam itu,” ujar pelakon yang cukup popular dengan drama Pendekar ini.

Untuk malam itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini akan menggayakan dua set berlian yang semuanya bernilai hampir RM1 juta.

Pada petang itu pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Pendekar ini turut mendapat penerangan bagaimana menjaga berlian dengan betul daripada Ketua Unit Perhubungan Awam Habib Jewels Sdn Bhd, Yasheedah Yashaiya.

Kata Yasheedah, bagi mereka yang ingin memakai berlian sebagai pelengkap gaya untuk ke majlis, mereka perlu memastikan aksesori itu adalah yang terakhir disarungkan ke badan selepas diri siap didandan.

“Ini bagi memastikan berlian tidak terkena bahan kimia contohnya spray rambut kerana ia boleh memudarkan berlian terbabit. Lagi satu, berlian dan berlian tidak boleh dilonggokkan bersama kerana ia boleh merosakkan dan mencalarkannya kerana sifat berlian yang keras,” katanya.

Tetap berdebar tunggu keputusan

MASUK tahun ini bermakna dua tahun berturut-turut Kak Engku diberi tanggungjawab menjadi pengacara malam kemuncak ABPBH. Bukan calang-calang orang mampu menggalas tanggungjawab sebegini dan pastinya mereka berdua ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang membuatkan pihak penganjur sekali lagi memilih mereka sebagai hos.

Mengulas perkara ini, Kak Engku menyifatkan peluang yang diberikan itu sebagai sesuatu yang cukup berharga dan sukar untuk ditolak.

“Pertamanya saya bersyukur kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara majlis yang penuh berprestij ini. Kalau ditanya mengenai perasaan, memang berdebar kerana bukan mudah untuk mengacarakan sebuah majlis anugerah apatah lagi disiarkan secara langsung.

“Namun, insya-Allah, dengan pengalaman yang Kak Engku ada serta pasangan yang serasi, kami berdua akan berusaha sebaik mungkin untuk membuat semua orang terhibur pada malam itu,”kata Kak Engku yang bakal digandingkan dengan Ogy Datuk Ahmad Daud - juga bekas pengacara Melodi TV3.

Katanya, walaupun mereka diberikan skrip, itu hanyalah sebagai panduan supaya perjalanan majlis tidak tersasar.

“Skrip hanyalah sebagai panduan supaya kami tidak nampak kaku namun kami juga akan cuba ad-lip dan membuat jenaka spontan berdasarkan apa yang kami lihat pada malam itu,” katanya.





Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Mawi, Andy melaram
 Jalin kemesraan di ‘garden party’
 Pemenang terima hadiah
 Erra, Fahrin menawan
 ABPBH catat 4.41 juta penonton
 Potong kek rai ulang tahun ABPBH 2006
 Pengiktirafan tertinggi buat Jefrydin
 ‘Penghargaan ini sangat besar erti’
 Corat-coret...
 Medan artis melaram sakan
 Ina masih mampu tersenyum
 Kebangkitan Fasha Sandha dalam industri perfileman
 Mawi pertahan gelaran Bintang Paling Popular
 Malam penentuan esok
 ‘Semuanya bagaikan mimpi’
 Ina, Faizal AF4 ada peluang?
 Aksi hebat Ogy malam esok
 Ramli MS terajui 21 artis
 Karisma terserlah
 Pengacara, juruhebah hadapi saingan sengit
 Sorento idaman
 Mawi pilih 4 aksesori sepadan tuksedo putih
 Arash teruja alami detik bersejarah
 Aura glamor
 Ina kecewa jika benar lagu Duhai Hati digam
 Di sebalik tabir: ‘Semua dirancang penuh teliti, persiapan lancar’
 ‘Saya bersyukur peminat tidak lupakan saya’
 Demam tuksedo
 Set aksesori pelengkap persembahan
 Artis bergaya pilih kasut Edward Forrer
 Gaya elegan untuk Cheryl
 7,000 peminat serbu finalis
 Fabrik batik elegan untuk Eja
 Noryn pilih berlian Empress, Rose Cut
 Rambut finalis
 Fahrin nantikan detik 4 Februari
 Misi popular
 Artis diminta patuhi jadual latihan
 Ogy, Kak Engku jadi pengacara
 Jelajah berakhir di Shah Alam esok
 Salikin taja pakaian Ramlah
 Kasut selebriti
 Finalis artis baru lelaki tolak klon
 Kiraan pengundian hampir tamat
 Que, Lis, Lyana makin membanggakan
 Selebriti riuh di Melaka
 Tidur tiga jam demi Natasha 2
 Tarikan batu kunzite, berlian Habib
 Bagaikan puteri
 Nasha, tunang belum pasti tarikh pernikahan
 Galas cabaran
 Amylea teruja nanti album sulung
 Tidak letak harapan
 Rantai RM200,000 buat juara
 Artis redah banjir
 Promosi gamat
 Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
 Acara penuh ceria, gelak ketawa
 5,000 serbu finalis ABPBH
 18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor
 Zahid berserah
 Kilauan berlian
 Komitmen finalis wajar dihargai
 Ruang mesra bersama artis
 Ogy mahu terbit biografi diri
 Meriah sakan
 Ina tak kisah
 ‘Saya tidak sangka’
 15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang
 Borang undian ABPBH 2006 kian mencurah
 Finalis hargai peluang bermesra dengan peminat
 Azam baru
 Impak Leez
 Promosi meriah
 Farid, Farahwahida jadi ‘ayam tambatan’
 Pelancaran ABPBH 2006 dipindah
 Jelajah ABPBH 2006 bermula
 Sertai Gemilang Bersama Bintang
 Peminat kena fahami konsep ‘Undi & Menang’
 Penyeri Misi: 1511
 'Saya tak letak harapan tinggi'
 'Sudah takdir'
 Dayang guna lagu Ryan
 Saingan sengit bermula
 Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah
 Naza Sorento untuk artis, pembaca
 ‘Tidak sangka layak ke final!’
 ABP-BH dapat tajaan RM2.75 juta
 80 pencalonan ke final ABPBH 2006
 Penyampai Ikim FM berdebar
 Zoey sedar laluan ke Top 5 bukan mudah
 Iesya tak kejar glamor
 Terus hangat
 Album kompilasi Hijjaz khas untuk peminat
 Ilusi Cinta
 Pencalonan bantu publisiti
 Pencalonan awal ABPBH 2006 ikut syarat, kriteria kelayakan
 Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran
 'Tidak perlu bersepah di merata-rata'
 Kejutan manis
 Debaran Cinta
 Semakin berprestij
 'Kami tak pernah bermasam muka'
 Siti dah berubah kerana Datuk K
 Telan fitnah
 Rosyam Nor kekal calon ABPBH2006
 Satu pengiktirafan
 Pencalonan suntik semangat artis baru
 Undi awal ABPBH 2006 mulai esok