logo
logoemedia
 
Mawi pilih 4 aksesori sepadan tuksedo putih

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Bintang Paling Popular ABPBH 2005 tidak mahu kalah gaya, pilih aksesori Habib bernilai RM100,000

BETAPA asyik dia membelek satu demi satu aksesori yang terbentang di depan matanya. Kagum dan teruja seketika Mawi melihat gemerlapan perhiasan diri yang bertatahkan berlian yang bersilau. Semuanya berjaya membuatkan penyanyi popular itu rambang mata.

RAMBANG MATA: Mawi memilih
barang kemas tajaan
Habib di bilik pamerannya
baru-baru ini.


Jika selama ini Mawi tidak mengetahui bahawa produk Habib mempunyai koleksi khas untuk lelaki, petang Jumaat lalu, barulah Mawi menyedarinya selepas dimaklumkan sendiri Ketua Unit Perhubungan Awam Habib, Yasheedah Yashaiya.

Sambil ditemani dua kakitangan Maestro, si pemilik nama penuh Asmawi Ani ini meluangkan masa hampir dua jam di Bilik Pameran Habib, Ampang Kuala Lumpur untuk memilih aksesori bersesuaian dengan imej dan penampilannya untuk digayakan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad ini.

Setelah puas membelek, mencuba di badan dan mengambil kira pandangan semua yang berada di situ, Mawi akhirnya memilih empat aksesori yang dianggapnya menepati cita rasa kelelakiannya. Ternyata, pilihan Mawi tidak tersasar apabila aksesori dipilihnya itu nampak cantik dan sesuai untuk dipadankan dengan tuksedo serba putih, dicipta khusus untuknya oleh pereka muda, Hazwani Osman atau Wanie.

“Saya memang tak cerewet sangat dalam bab ini (pilih aksesori) kerana yang penting sedap mata memandang dan saya selesa memakainya,” ringkas saja jawapan diberi Mawi ketika ditanya aksesori mana menjadi idamannya untuk digayakan dengan tuksedo, iaitu pakaian wajib buat finalis lelaki ABPBH 2006.

Antara aksesori yang menjadi pelengkap gayanya malam itu termasuklah sebentuk cincin, kerongsang berantai berbentuk rama-rama dan kafling yang semuanya bernilai lebih RM100,000.

Kata Mawi, sepanjang hidupnya, inilah kali pertama dia menggayakan perhiasan diri yang mahal dan mengakui merasa teruja.

Pada malam itu, Mawi yang dicalonkan dalam dua kategori - Artis Berkumpulan/Duo Popular dan Penyanyi Lelaki Popular akan menggayakan dua jenis tuksedo iaitu serba putih, khusus untuk acara permaidani merah manakala untuk persembahan, Mawi memilih gabungan maroon dan putih.

“Sesekali berubah fesyen rasanya tak salah. Lagipun saya teringin nak cuba sesuatu lain dari yang lain dan ini juga sebagai menyahut saranan pihak penganjur yang menggalakkan setiap finalis mengenakan tuksedo dalam majlis ini,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini.

Sementara itu, Wanie yang turut hadir bagi membantu menyuai padankan aksesori dengan tuksedo yang bakal dipakai Mawi berkata, dia sengaja memilih putih kerana yakin warna itu mampu menyerlahkan lagi gaya maskulin jejaka itu.

“Apabila membuat rekaan pakaian, saya lebih menumpukan kepada gaya dan saya rasa Mawi mampu membawa gaya sebegitu. Saya mahu lihat dia lebih versatile. Kalau kita tengok kebanyakan finalis lain lebih senang memilih warna hitam. Jadi, saya cadangkan pada Mawi warna putih supaya nampak lebih menyerlah dan Mawi menerima cadangan itu tanpa banyak soal,” kata Wanie yang memilih perhiasan kristal untuk menghiasi tuksedo penyanyi popular itu.

‘Bohonglah kalau saya tak menaruh harapan’

SEMAKIN ABPBH 2006 menghampiri kemuncaknya, semakin banyak ramalan dibuat mengenai siapakah artis yang layak dinobatkan sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Popular tahun ini. Seperti biasa, nama Mawi terus menjadi sebutan.

Bagaimanapun, bagi si empunya diri, cakap-cakap seperti itu membuatkan dirinya kurang selesa. Malah, dalam pertemuan kami pada petang itu, Mawi turut melahirkan rasa kurang senangnya apabila ramai yang meramalkan gelaran Bintang Paling Popular sekali lagi menjadi miliknya tahun ini.

Kata Mawi, selagi keputusan sebenar belum diumumkan, dia tidak mahu berkata apa-apa atau mengeluarkan sebarang ulasan.

“Saya akui kurang selesa dengan ramalan seperti itu. Ia macam satu tekanan buat saya. Selagi keputusan rasmi belum diumumkan, segalanya boleh berlaku. Tapi bohonglah kalau saya kata saya tidak menaruh harapan. Setiap orang yang bertanding mesti nak menang, cuma tak adalah sampai tahap terdesak untuk kempen di sana sini,” tegas Mawi sambil menyifatkan semua yang bertanding adalah pesaing terdekatnya.

Ditanya apakah dia yakin akan menyapu bersih anugerah untuk kedua-dua kategori yang disertainya, Mawi berkata, dia menyerahkan soal itu kepada peminat.

“Biarlah mereka yang menentukannya. Sekiranya rezeki sekali lagi menyebelahi saya tahun ini, hanya perkataan terima kasih yang mampu saya ucapkan kepada mereka semua,” kata Mawi penuh pengertian.

PROFIL
Asmawi Ani


Nama Panggilan: Mawi
Umur: 26 tahun
Asal: Felda Taib Andak, Kulai
Pencapaian: Juara Akademi Fantasia 3, Bintang Paling Popular ABPBH 2005, Juara Kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Anugerah Juara Lagu 20.
Kerjaya: Penyanyi/Duta Produk


Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Mawi, Andy melaram
 Jalin kemesraan di ‘garden party’
 Pemenang terima hadiah
 Erra, Fahrin menawan
 ABPBH catat 4.41 juta penonton
 Potong kek rai ulang tahun ABPBH 2006
 Pengiktirafan tertinggi buat Jefrydin
 ‘Penghargaan ini sangat besar erti’
 Corat-coret...
 Medan artis melaram sakan
 Ina masih mampu tersenyum
 Kebangkitan Fasha Sandha dalam industri perfileman
 Mawi pertahan gelaran Bintang Paling Popular
 Malam penentuan esok
 ‘Semuanya bagaikan mimpi’
 Ina, Faizal AF4 ada peluang?
 Aksi hebat Ogy malam esok
 Ramli MS terajui 21 artis
 Karisma terserlah
 Kak Engku bakal gamatkan pentas
 Pengacara, juruhebah hadapi saingan sengit
 Sorento idaman
 Arash teruja alami detik bersejarah
 Aura glamor
 Ina kecewa jika benar lagu Duhai Hati digam
 Di sebalik tabir: ‘Semua dirancang penuh teliti, persiapan lancar’
 ‘Saya bersyukur peminat tidak lupakan saya’
 Demam tuksedo
 Set aksesori pelengkap persembahan
 Artis bergaya pilih kasut Edward Forrer
 Gaya elegan untuk Cheryl
 7,000 peminat serbu finalis
 Fabrik batik elegan untuk Eja
 Noryn pilih berlian Empress, Rose Cut
 Rambut finalis
 Fahrin nantikan detik 4 Februari
 Misi popular
 Artis diminta patuhi jadual latihan
 Ogy, Kak Engku jadi pengacara
 Jelajah berakhir di Shah Alam esok
 Salikin taja pakaian Ramlah
 Kasut selebriti
 Finalis artis baru lelaki tolak klon
 Kiraan pengundian hampir tamat
 Que, Lis, Lyana makin membanggakan
 Selebriti riuh di Melaka
 Tidur tiga jam demi Natasha 2
 Tarikan batu kunzite, berlian Habib
 Bagaikan puteri
 Nasha, tunang belum pasti tarikh pernikahan
 Galas cabaran
 Amylea teruja nanti album sulung
 Tidak letak harapan
 Rantai RM200,000 buat juara
 Artis redah banjir
 Promosi gamat
 Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
 Acara penuh ceria, gelak ketawa
 5,000 serbu finalis ABPBH
 18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor
 Zahid berserah
 Kilauan berlian
 Komitmen finalis wajar dihargai
 Ruang mesra bersama artis
 Ogy mahu terbit biografi diri
 Meriah sakan
 Ina tak kisah
 ‘Saya tidak sangka’
 15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang
 Borang undian ABPBH 2006 kian mencurah
 Finalis hargai peluang bermesra dengan peminat
 Azam baru
 Impak Leez
 Promosi meriah
 Farid, Farahwahida jadi ‘ayam tambatan’
 Pelancaran ABPBH 2006 dipindah
 Jelajah ABPBH 2006 bermula
 Sertai Gemilang Bersama Bintang
 Peminat kena fahami konsep ‘Undi & Menang’
 Penyeri Misi: 1511
 'Saya tak letak harapan tinggi'
 'Sudah takdir'
 Dayang guna lagu Ryan
 Saingan sengit bermula
 Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah
 Naza Sorento untuk artis, pembaca
 ‘Tidak sangka layak ke final!’
 ABP-BH dapat tajaan RM2.75 juta
 80 pencalonan ke final ABPBH 2006
 Penyampai Ikim FM berdebar
 Zoey sedar laluan ke Top 5 bukan mudah
 Iesya tak kejar glamor
 Terus hangat
 Album kompilasi Hijjaz khas untuk peminat
 Ilusi Cinta
 Pencalonan bantu publisiti
 Pencalonan awal ABPBH 2006 ikut syarat, kriteria kelayakan
 Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran
 'Tidak perlu bersepah di merata-rata'
 Kejutan manis
 Debaran Cinta
 Semakin berprestij
 'Kami tak pernah bermasam muka'
 Siti dah berubah kerana Datuk K
 Telan fitnah
 Rosyam Nor kekal calon ABPBH2006
 Satu pengiktirafan
 Pencalonan suntik semangat artis baru
 Undi awal ABPBH 2006 mulai esok