logo
logoemedia
 
Arash teruja alami detik bersejarah

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

PELAKON yang tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Arash Mohamad, 37, tidak sabar lagi mendaki puncak Genting Highlands untuk sama-sama memeriahkan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2006), Ahad ini.

AMBIL UKURAN: Saiz badan
Arash sedang disukat
untuk tuksedo khas
sempena Anugerah Bintang
Popular Berita Harian
2006.


Ia pastinya akan menjadi kenangan manis yang tidak bisa dilupakan kerana ini adalah kali pertama selepas 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan hingga namanya berjaya tersenarai dalam Top 5. Namun, dia sedar saingan menanti cukup hebat tetapi tidak sedikit pun Arash menaruh harapan menjulang trofi.

Tercalon sebagai Top 5 buat dirinya sudah memadai, bukan anugerah diinginkan tetapi kemeriahan serta dapat bersua muka dengan rakan-rakan daripada aliran berbeza menyebabkan hatinya tidak sabar-sabar menantikan kemunculan anugerah berprestij itu.

“Alhamdulillah biarpun selepas 15 tahun bergelumang dalam dunia lakonan, baru kini bakat saya menjadi perhatian peminat. Segala kritikan dan pujian itu saya anggap sebagai pendorong untuk maju selangkah lagi ke depan. Saya tidak pernah kecewa biarpun agak lambat meraih kepercayaan orang.

“Jujur saya akui, saya memang menantikan majlis anugerah ini kerana ia bakal menjadi kenangan paling manis dalam karier saya. Menang kalah adalah perkara kedua, tercalon dalam senarai Top 5 sudah satu anugerah besar buat diri saya. Saya amat menghargai susah payah peminat yang mengundi.

“Selain dicalonkan, lebih manis lagi tahun ini pihak penganjur memberi kepercayaan kepada saya menjadi salah seorang penyampai anugerah. Ia permulaan baik bagi saya untuk 2007, begitu juga penutup 2006,” katanya yang memilih sut daripada Lord’s Tailor, Ampang.

Bagaimanapun, ujar Arash, pada mulanya dia sukar mempercayai namanya tersenarai di peringkat akhir. Teman baiknya, Eja menelefon memberitahu mengenai kejayaannya itu tetapi dia masih sukar mempercayai. Lalu, dia mendapatkan akhbar Berita Harian untuk mendapatkan kepastian.

Ternyata apa disampaikan Eja adalah benar. Kata Arash lagi, dia hanya mampu tersenyum melihat namanya berjaya. Barangkali, tuah watak yang dipegang dalam drama bersiri Seputeh Qasih Ramadan menjadi penyumbang kepada kejayaannya.

“Saya tidak nafikan Seputeh Qasih Ramadan cukup memberi kesan kepada penonton. Mungkin kerana drama itu, nama saya menjadi pilihan peminat. Bagaimanapun, apabila mendapat kepercayaan mereka saya anggap ia sebagai satu tugas yang mencabar.

“Saya perlu lebih berhati-hati dalam menggerakkan karier dan perlu bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan peminat yang selama ini banyak memberi sokongan kepada saya selama ini. Biarpun belum pernah menjulang mana-mana anugerah selama ini, saya bekerja bukan semata-mata untuk anugerah tetapi kepuasan,” katanya.


Terima kasih: Lord's Tailor, Ampwalk, Ampang


Hantar kepada kawan      Format pencetak
Artikel lain:

 Mawi, Andy melaram
 Jalin kemesraan di ‘garden party’
 Pemenang terima hadiah
 Erra, Fahrin menawan
 ABPBH catat 4.41 juta penonton
 Potong kek rai ulang tahun ABPBH 2006
 Pengiktirafan tertinggi buat Jefrydin
 ‘Penghargaan ini sangat besar erti’
 Corat-coret...
 Medan artis melaram sakan
 Ina masih mampu tersenyum
 Kebangkitan Fasha Sandha dalam industri perfileman
 Mawi pertahan gelaran Bintang Paling Popular
 Malam penentuan esok
 ‘Semuanya bagaikan mimpi’
 Ina, Faizal AF4 ada peluang?
 Aksi hebat Ogy malam esok
 Ramli MS terajui 21 artis
 Karisma terserlah
 Kak Engku bakal gamatkan pentas
 Pengacara, juruhebah hadapi saingan sengit
 Sorento idaman
 Mawi pilih 4 aksesori sepadan tuksedo putih
 Aura glamor
 Ina kecewa jika benar lagu Duhai Hati digam
 Di sebalik tabir: ‘Semua dirancang penuh teliti, persiapan lancar’
 ‘Saya bersyukur peminat tidak lupakan saya’
 Demam tuksedo
 Set aksesori pelengkap persembahan
 Artis bergaya pilih kasut Edward Forrer
 Gaya elegan untuk Cheryl
 7,000 peminat serbu finalis
 Fabrik batik elegan untuk Eja
 Noryn pilih berlian Empress, Rose Cut
 Rambut finalis
 Fahrin nantikan detik 4 Februari
 Misi popular
 Artis diminta patuhi jadual latihan
 Ogy, Kak Engku jadi pengacara
 Jelajah berakhir di Shah Alam esok
 Salikin taja pakaian Ramlah
 Kasut selebriti
 Finalis artis baru lelaki tolak klon
 Kiraan pengundian hampir tamat
 Que, Lis, Lyana makin membanggakan
 Selebriti riuh di Melaka
 Tidur tiga jam demi Natasha 2
 Tarikan batu kunzite, berlian Habib
 Bagaikan puteri
 Nasha, tunang belum pasti tarikh pernikahan
 Galas cabaran
 Amylea teruja nanti album sulung
 Tidak letak harapan
 Rantai RM200,000 buat juara
 Artis redah banjir
 Promosi gamat
 Finalis ABPBH 2006 lawat pusat pemindahan banjir
 Acara penuh ceria, gelak ketawa
 5,000 serbu finalis ABPBH
 18 selebriti berkumpul di Seremban, Johor
 Zahid berserah
 Kilauan berlian
 Komitmen finalis wajar dihargai
 Ruang mesra bersama artis
 Ogy mahu terbit biografi diri
 Meriah sakan
 Ina tak kisah
 ‘Saya tidak sangka’
 15 artis berkampung di Kedah, Pulau Pinang
 Borang undian ABPBH 2006 kian mencurah
 Finalis hargai peluang bermesra dengan peminat
 Azam baru
 Impak Leez
 Promosi meriah
 Farid, Farahwahida jadi ‘ayam tambatan’
 Pelancaran ABPBH 2006 dipindah
 Jelajah ABPBH 2006 bermula
 Sertai Gemilang Bersama Bintang
 Peminat kena fahami konsep ‘Undi & Menang’
 Penyeri Misi: 1511
 'Saya tak letak harapan tinggi'
 'Sudah takdir'
 Dayang guna lagu Ryan
 Saingan sengit bermula
 Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah
 Naza Sorento untuk artis, pembaca
 ‘Tidak sangka layak ke final!’
 ABP-BH dapat tajaan RM2.75 juta
 80 pencalonan ke final ABPBH 2006
 Penyampai Ikim FM berdebar
 Zoey sedar laluan ke Top 5 bukan mudah
 Iesya tak kejar glamor
 Terus hangat
 Album kompilasi Hijjaz khas untuk peminat
 Ilusi Cinta
 Pencalonan bantu publisiti
 Pencalonan awal ABPBH 2006 ikut syarat, kriteria kelayakan
 Maya Karin terkilan gagal kekal gelaran
 'Tidak perlu bersepah di merata-rata'
 Kejutan manis
 Debaran Cinta
 Semakin berprestij
 'Kami tak pernah bermasam muka'
 Siti dah berubah kerana Datuk K
 Telan fitnah
 Rosyam Nor kekal calon ABPBH2006
 Satu pengiktirafan
 Pencalonan suntik semangat artis baru
 Undi awal ABPBH 2006 mulai esok