 |
|
 |
metroFutsal Berita
Titiwangsa idam juara i-Metro
JUARA Grand Final Kejohanan Futsal Ultimate Champions League 2008, PIC Titiwangsa menetapkan gelaran juara agung Karnival Futsal i-Metro sebagai misi utama 2009 selepas membelasah Eka-MCAV, 5-0 pada final di Sports Planet Ampang, kelmarin.
Zon Utara di Perlis
KARNIVAL Futsal i-Metro-FAM muncul kembali dengan pembaharuan lima zon kelayakan Grand Final selain mengembangkan sayap ke Perlis untuk musim 2009 dengan aksi pembuka tirai di Sports Planet Ampang, Ampang Jaya, Selangor, pada 17-18 Januari depan.
`Kami sedia'
FRANCAIS venue futsal terbesar Malaysia, Sports Planet Ampang kini sedia menampung kebanjiran hampir 10,000 peminat seluruh negara menjelang saingan Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 pada 17-18 Januari depan.
CCM hulur tajaan
SOKONGAN syarikat korporat terus menjadi nadi kepada kemeriahan Karnival Futsal i-Metro 2009 apabila kejohanan menerima kepercayaan bukan sahaja membabitkan penaja tradisi tapi juga penaja baru.
Duta Variasi taja pakej
KARNIVAL Futsal i-Metro 2009 bakal menjanjikan tawaran hadiah lebih lumayan dan pakej perlancongan menanti juara menerusi kerjasama penganjur bersama Duta Variasi Sdn Bhd.
AmBank turut sokong
TANGGUNGJAWAB melahirkan lebih ramai bakat baru futsal tempatan mendorong Kumpulan AmBank untuk kembali menyalur tajaan kepada Karnival Futsal i-Metro 2009 bermula dengan Zon Tengah di Sports Planet Ampang, 17 dan 18 Januari depan.
Daftar segera
MAKLUM balas positif diterima Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Tengah di Sports Planet Ampang, 17-18 Januari depan daripada peminat futsal mendorong penganjur, Harian Metro mengingatkan pasukan agar segera menghantar penyertaan sebelum kuota mencukupi.
Penganjur lebih tegas
JERSI bernombor dan pelindung tulang kering antara dua perkara penting yang perlu dititikberatkan semua pasukan menyertai Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, 17 dan 18 Januari ini.
Daftar awal
PENDAFTARAN Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, 17 dan 18 Januari ini mempunyai tempoh tidak sampai dua minggu bagi melengkapkan permohonan berserta bayaran sebelum permohonan ditutup 13 Januari.
BKJ kuasai futsal B-15
PASUKAN Budak Kampung Junior (BKJ) muncul juara Kejohanan Futsal bawah 15 tahun sempena Hari Aids Sedunia peringkat negeri Perlis, baru-baru ini.
PRI FC juara futsal B-16 AADK
PASUKAN PRI FC muncul juara Kejohanan Futsal Bawah 16 tahun anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka Tengah sempena Kem Motivasi Bebas Dadah Remaja di Komplek Rakan Muda Lendu, baru-baru ini.
Semak status borang
PERMOHONAN menyertai Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Tengah pada 17 dan 18 Januari ini menerima sambutan menggalakkan terutamanya daripada pasukan baru.
Jagoan sahut cabaran
BEBERAPA pasukan ternama yang pernah menyertai Karnival Futsal i-Metro sebelum ini, sudah mengesahkan penyertaan pada sirkit pertama edisi 2009 di Sports Planet Ampang, pertengahan bulan ini.
Semak daftar elak tercicir
MESYUARAT jawatankuasa penganjur, semalam memutuskan bahawa undian bagi perlawanan peringkat kumpulan Karnival Futsal i-Metro 2009 zon Tengah di Sports Planet Ampang akan dijalankan pada malam Selasa, depan.
Nestle terus beri sokongan
NESTLE Sdn Bhd menerusi minuman berkhasiat Milo mengotakan janjinya untuk turus memberi sokongan terhadap pembangunan sukan di negara ini apabila tampil selaku penaja utama Karnival Futsal i-Metro buat tahun keempat berturut-turut.
Kejayaan lebih gemilang
KETUA Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang yakin penganjuran edisi keempat Karnival Futsal i-Metro 2009 mampu mencatat kejayaan lebih gemilang berbanding musim sebelumnya.
ports Planet sudah bersedia
FRANCAIS gelanggang futsal terbesar negara, Sports Planet Sdn Bhd sedia menyahut cabaran menganjurkan aksi pembuka tirai Karnival Futsal i-Metro 2009, Zon Tengah di Sports Planet Ampang, 17-18 Januari ini.
Sani Express hulur tajaan kali kedua
MENYEDARI sambutan Karnival Futsal i-Metro 2009 semakin menggalakkan, Sani Express tidak melepaskan peluang meneruskan kesinambungan bersama Harian Metro, musim ini.
Tekad GGFC
SETAHUN mereka menjalankan persiapan dan kini, wakil Kuala Lumpur, GGFC mahu mempersembahkan hasil usaha gigih sesi latihan menerusi Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, 17-18 Januari ini.
Pakej penginapan buat juara Terbuka Lelaki
DUTA Variasi, syarikat agensi pelancongan dan pengurusan acara, turut tidak ketinggalan menjalinkan kerjasama dalam merancakkan saingan Karnival Futsal i-Metro yang penganjurannya memasuki tahun keempat.
Xpress Gurl FC mahu cipta kejutan
BARU pertama kali melangkah ke Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, pada 17 dan 18 Januari ini tidak menghalang skuad Xpress Gurl FC mencuba nasib menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.
AmBank kibar cabaran
AMBANK sama sekali tidak akan menyekat kakitangannya bergiat aktif dalam sukan meskipun keadaan ekonomi yang tidak menentu tahun ini malah sokongan padu akan tetap diteruskan.
Sokongan 100 Plus jitu
TAHAP kualiti yang semakin meningkat dalam penganjuran Karnival Futsal i-Metro menarik minat minuman isotonik 100 Plus menjadi sebahagian daripada penaja dalam menjayakan edisi penganjuran 2009.
CCM Pharmaceuticals komited
SYARIKAT CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) akan terus menjalinkan kerjasama dalam menjayakan Karnival Futsal i-Metro bagi musim akan datang.
Ar-Rahman uji bisa
REPUTASI kukuh Ar-Rahman A dalam Jabatan Imigresen mendorong mereka menguji kemampuan pada kejohanan utama peringkat amatur negara, Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah di Sports Planet Ampang, Sabtu depan.
Kombinasi, serasi senjata ampuh Ekpress Boyz Fc
EKPRESS Boyz Fc mengharapkan tuah pada percubaan pertama mereka di Karnival Futsal i-Metro yang akan membuka tirainya pada saingan peringkat Zon Tengah di Sports Planet Ampang, Sabtu depan.
Pasukan luar cari tiket awal Grand Final
KEHADIRAN puluhan pasukan dari utara, timur dan selatan tanah air membuktikan cabaran pembuka tirai Karnival Futsal i-Metro 2009 menerusi Zon Tengah di Sports Planet Ampang dipandang serius peminat futsal tempatan.
isi besar menanti Brabus United
HANYA satu misi dikejar pasukan Brabus United apabila menyertai Karnival Futsal i-Metro 2009, iaitu bergelar juara.
Eka-Mcav atur strategi baru
SUKAR buat juara Karnival Futsal i-Metro, Zon Utara tahun lalu, Eka-Mcav, apabila memerlukan percaturan yang lebih jitu dengan strategi yang lebih berkesan perlu dilakukan demi memastikan kejayaan melangkah ke Grand Final, Karnival Futsal 2009 menjadi realiti.
Hampiri 100 kejuaraan
MEREKA mengecap hampir 100 kejuaraan sejak dibentuk pada 2000 dan kini skuad pilihan, Bertam Ulu kembali mengibar cabaran Melaka pada Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, hujung minggu ini.
PIC 09 tampil wajah baru
TIRAI 2009 amat bermakna buat PIC 09 kerana bukan saja tampil dengan wajah baru, malah memburu gelaran pertama menerusi Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, hujung minggu ini.
Rising Giant enggan putih mata
DUA musim menyertai Karnival Futsal i-Metro, mereka sentiasa pulang dengan tangan kosong namun kehadirannya dengan wajah baru pasti bakal melakar sejarah tersendiri.
Peluang berniaga
SEMPENA Karnival Futsal i-Metro 2009 yang akan berlangsung di Sports Planet Ampang, pihak penganjur, Harian Metro membuka ruang niaga kepada mereka berminat menjalankan perniagaan sepanjang dua hari temasya.
Masterscaff setia sahut cabaran
CINTA sejati pasukan Masterscaff terhadap Karnival Futsal i-Metro tidak pernah pudar dan hakikat itu dapat disaksikan apabila mereka sekali lagi menyahut cabaran karnival itu yang berlangsung di Sports Planet Ampang, bermula Sabtu ini.
Tau Takpe harap tuah 2009
IKATAN persahabatan erat enam sekawan menjadi senjata utama wakil Kuala Lumpur, Tau Takpe menempah tiket ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 menerusi Zon Tengah di Sports Planet Ampang, hujung minggu ini.
Samba FC buru juara
SEMANGAT `Agi Idup Agi Ngelaban' mengiringi perjuangan wakil Kementerian Pertahanan (Mindef), Samba FC untuk mencipta kejayaan sulung terbesar menerusi Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, hujung minggu ini.
Court Soccer tidak patah semangat
PERCUBAAN mereka untuk melayakkan diri ke Grand Final kerap kali bertemu dengan kegagalan, biarpun menyahut cabaran keempat-empat zon dipertandingkan.
Dendam Lobotomy FC
LIMA tahun lalu, Lobotomy FC memiliki reputasi gah meliputi hampir keseluruhan Perak namun tenggelam selepas kebanyakan tonggak utama berhijrah mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.
Banturaz FC buru juara
APABILA melangkah ke dalam gelanggang pasti satu perkataan yang dicari iaitu `kemenangan', namun bagi Banturaz FC PBSB mereka tidak mahu meletakkan sebarang sasaran tinggi kerana sedar cabaran yang mendatang daripada pasukan yang menyertai Karnival Futsal i-Metro 2009 pasti bukan mudah.
Demam futsal
KERANCAKAN Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Tengah di Sports Planet Ampang semakin dirasai dengan undian perlawanan peringkat kumpulan membabitkan 413 pasukan bertanding selesai dijalankan, semalam.
Ukir nama Boca Brabus
MINATNYA yang mendalam dalam sukan futsal mendorong Zikrie Zakaria untuk mengejar lebih banyak kejayaan dan mahu menjadikan Karnival Futsal i-Metro 2009 sebagai medan buat pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai Boca Brabus mengukir nama.
PBSB Junior Putrajaya sasar Grand Final
SEMANGAT juang tinggi mengiringi kehadiran skuad remaja PBSB Junior Putrajaya untuk beraksi pada saingan Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, hujung minggu ini.
Buruan Kuweng FC
SEMUA pasukan mempunyai matlamat tersendiri iaitu berada di kelompok lapan terbaik, seterusnya layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009, begitu juga pasukan yang sedang menempa nama kategori Bawah 17 Tahun, Kuweng FC.
Sports Planet bersedia
FRANCAIS gelanggang futsal terbesar negara, Sports Planet Sdn Bhd mengakui tidak sabar menanti kebanjiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009, bermula esok.
Taruhan Malik Wonderers
JIKA tahun lalu hasrat mereka untuk menyertai Karnival Futsal i-Metro tidak kesampaian berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan, tahun ini Malik Wonderers sudah bersedia menyahut cabaran.
425 pasukan berentap
SELEPAS hampir empat bulan menyepi, Karnival Futsal i-Metro 2009 membuka tirai di Sports Planet Ampang, hari ini dalam usaha mencari 24 pasukan pertama layak beraksi di Grand Final, hujung tahun ini.
Wanita, Lelaki B-17 buka cabaran hari ini
SELEPAS Terbuka Lelaki menyingkap tirai semalam, cabaran kini beralih kepada Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 Tahun pula memulakan pemburuan hari ini, bagi melengkapkan 16 pasukan terawal layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009.
World, THEM memukau
AKSI memukau dan menghiburkan daripada pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Keramat 1 dan Totally Hardstyle Extreme Music (THEM) menghangatkan kehadiran lebih 8,000 pengunjung pada hari pertama Karnival Futsal i-Metro 2009 Siri 1 Zon Tengah di Sports Planet Ampang, semalam.
Karnival Zon Tengah tiada insiden
KELANCARAN Zon Tengah sepanjang dua hari Karnival Futsal i-Metro 2009 berkampung di Sports Planet Ampang berakhir semalam tanpa sebarang insiden buruk, membuktikan tahap keselamatan pengunjung paling diutamakan penganjur.
Tuah nombor satu iringi Godlike Junior
MEREKA tidak terlalu tamak dalam misi memburu kejuaraan dan pendekatan itu ternyata membawa hasil yang tidak diduga buat Godlike Junior apabila mereka mengungguli kategori Bawah 17 Tahun Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang yang berakhir, semalam.
Rebel Pahang FC gah
PERSEDIAAN intensif sejak empat bulan lalu membuahkan hasil lumayan buat Rebel Pahang FC apabila dinobatkan juara kategori Terbuka Wanita Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, semalam.
Anthony bangga
PENGANJURAN cemerlang Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, yang berakhir semalam, mencerahkan peluang pertambahan nilai hadiah buat semua pemenang edisi akan datang.
Beberapa pasukan baru ke Grand Final
PEMBABITAN pasukan baru dalam arena Karnival Futsal i-Metro bukan sahaja meningkatkan jumlah penyertaan tapi mereka juga membuktikan kemampuan mencabar kepada skuad yang mempunyai rekod baik di kejohanan ini.
Percaturan kapten buah hasil
PASUKAN Eka-MCAV membuktikan kecemerlangan apabila meneruskan penguasaan bagi kategori Terbuka Lelaki untuk muncul juara edisi sulung Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah 2009 selepas beraksi cemerlang menewaskan Red Galaticos 1-0 pada perlawanan akhir, semalam.
Rekod baru venue
KELANCARAN Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 amat melegakan penaja venue, Sports Planet Ampang kerana menganggap ia umpama melepasi ujian pertama sebelum kejohanan futsal utama negara itu kembali ke Sports Planet Subang Grand, Subang Jaya pada pusingan kelayakan terakhir, Ogos depan.
Glamourous Sis tak kecewa
KARNIVAL Futsal i-Metro 2009 bukan saja menjadi medan memburu kejuaraan, tapi juga membuka ruang merapatkan hubungan sesama keluarga.
Gerai penaja jadi tumpuan
KEBANJIRAN lebih 13,000 pengunjung pada saingan pembuka tirai Karnival Futsal i-Metro 2009, Zon Tengah nyata menggembirakan penaja membuka gerai perniagaan sepanjang dua hari berkampung di Sports Planet Ampang, berakhir kelmarin.
Xpress Gurl terkilan tapi bangga
MEREKA tidak seperti pasukan lain yang pernah menjulang kejuaraan mana-mana kejohanan, termasuk Karnival Futsal i-Metro 2009 yang berakhir Ahad lalu atau edisi sebelum ini.
Sasaran Sevens
WAKIL Selangor, Sevens meskipun puas hati dengan pencapaian tempat ketiga Terbuka Wanita Zon Tengah Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Ampang, mereka bertekad menebus kegagalan mara ke final dengan menetapkan kemaraan ke separuh akhir Grand Final, Oktober depan.
Darul Naim ambil risiko
JUARA Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2008, Darul Naim menganggap penyingkiran pusingan keempat Zon Tengah 2009 di Sports Planet Ampang, Sabtu lalu sebagai pengajaran paling berguna sebelum kembali memburu tiket menyertai kelompok 40 pasukan terbaik kategori Terbuka Lelaki.
Ball Buster lepasi sasaran
"KAMI tewas pada final kerana dua pemain utama kami tidak dapat beraksi ekoran kecederaan," demikian reaksi kapten pasukan Ball Buster, Mohd Faizol Abd Rahim selepas gagal merangkul kejuaraan kategori Bawah 17 Tahun Karnival Futsal i-Metro-FAM 2009, kelmarin.
Tindakan jika ingkar
WALAUPUN kerap kali diingatkan menerusi akhbar serta hebahan sebelum pertandingan bermula, masih banyak pasukan yang gagal mematuhi peraturan serta syarat asas yang dikenakan penganjur Karnival Futsal i-Metro-FAM 2009.
Royale ganti Gelora beri tuah
PERCATURAN skuad Royale menyatukan beberapa pemain baru membuahkan hasil apabila menduduki tempat ketiga daripada 263 pasukan yang bersaing dalam saingan Terbuka Lelaki Zon Tengah, Karnival Futsal i-Metro.
Tajaan HPM tanda sokongan
SOKONGAN syarikat korporat terus menjadi nadi kepada kemeriahan Karnival Futsal i-Metro 2009 apabila menerima kepercayaan bukan saja membabitkan penaja tradisi tapi juga penaja baru.
Jadi perhatian
KARNIVAL Futsal i-Metro-FAM 2009 turut mendapat perhatian serta minat wakil badan induk bola sepak dunia, Fifa yang datang menyaksikan sendiri pertandingan anjuran akhbar bahasa Malaysia nombor satu negara, Harian Metro di Sports Planet Ampang, Ahad lalu.
Suak Seberang Perai bergaya
PASUKAN Suak Seberang Perai muncul juara Kejohanan Futsal Anjuran Belia 4B dan Pemuda Umno Sungai Petai Jaya, Melaka selepas menewaskan Kampung Tengah 2-1 pada aksi final di Sportplanet Tampin, baru-baru ini.
RM10,000 jadi rebutan
LEBIH 50 pasukan mengesahkan penyertaan ke Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki anjuran Kelab Belia Unggul, MAYC cawangan Kanchong Darat, Banting, Selangor, di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (Pulapes), Jugra, Banting, 1 Mac depan.
Had 376 pasukan bersaing
PENYERTAAN pasukan pada Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar terpaksa dihadkan memandangkan venue kejohanan terhad.
Dua gelanggang baru uji pasukan
PERSEDIAAN sejak dua tahun lalu menyaksikan penaja venue Zon Utara Karnival Futsal i-Metro 2009, D’Futsal Centre kini sedia menampung kebanjiran pemain dan peminat seluruh negara yang akan berkampung selama dua hari di Kangar, Perlis.
Borang pendaftaran di venue kejohanan
DEMI memudahkan penyertaan Zon Utara Karnival Futsal i-Metro 2009 di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, pada 14-15 Mac depan, kapten atau pengurus pasukan boleh mendapatkan borang pendaftaran di venue kejohanan.
Arena FS mahu rampas mahkota juara
ARENA FS membulatkan tekad merampas mahkota juara Zon Utara Karnival Futsal i-Metro-FAM di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, pada 14-15 Mac depan.
Peniaga kecil boleh buka gerai jualan di Zon Utara
PENIAGA terutamanya daripada golongan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dipelawa membuka gerai perniagaan pada Zon Utara Karnival Futsal i-Metro 2009 di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, pada 14-15 Mac depan.
Pemain remaja perlu kebenaran
BERKUATKUASA hari ini, semua pasukan kategori Bawah 17 Tahun ingin mengambil bahagian pada Karnival Futsal i-Metro 2009, termasuk Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, pada 14 dan 15 Mac depan diwajibkan mengemukakan surat kebenaran daripada ibu bapa dan pihak sekolah.
Ekspresso untuk semua
KEMERIAHAN Karnival Futsal i-Metro 2009 yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 Mac depan di Kangar, Perlis, kini semakin terasa menerusi sokongan pelbagai pihak yang mahu menyaksikan kejohanan futsal terbesar negara itu berjalan dengan lancar.
Mahu ikut jejak si abang
SKUAD Eka-Mcav B tidak akan menyerah kalah dan akan turut berjuang mengikuti jejak langkah skuad abang mereka yang sudah menempah tiket ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009,” itulah kata-kata yang diluangkan pengurus pasukan, Abdul Aziz Ahmad.
DFC Perlis tekad gegar
BIARPUN usia masih dikategorikan setahun jagung, ia tidak sesekali menghalang pasukan DFC Perlis untuk menggegar pada Karnival i-Metro peringkat Zon Utara yang bakal berlangsung di D’Futsal Centre, Jalan Kaki Bukit, dekat Kangar pada 14-15 Mac ini.
Unit Sukan UiTM Melaka hebat
PASUKAN Unit Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka berjaya menewaskan skuad Bahagian Pengurusan Fasilitis (BPF) 2-1 pada aksi final Kejohanan Futsal Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) kampus terbabit di Klebang, baru-baru ini.
Darul Naim tidak bersaing
JUARA bertahan kategori Terbuka Lelaki Grand Final Karnival Futsal i-Metro, Darul Naim tidak akan menyertai saingan Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, 14-15 Mac depan.
KTIM gilap bakat futsal
AKSI menarik dipersembahkan 32 pasukan pada Kejohanan Futsal Terbuka Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIM), Kuala Sungai Baru, Melaka, baru-baru ini.
Jom sertai kejohanan pemanas badan
D’FUTSAL Centre, Perlis dengan kerjasama Figos Sdn Bhd menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki 2009 merebut Piala Ketua Pemuda Umno Bukit Mertajam di Kangar, 7 Mac depan.
Boleh daftar di Prai
DEMI kelancaran proses pendaftaran Zon Utara Karnival Futsal i-Metro 2009 di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, kapten atau pengurus pasukan dibenarkan menghantar borang penyertaan ke NSTP Balai Berita Prai, Pulau Pinang.
Cempaka FC Kempas unggul
CEMPAKA FC Kempas mengungguli Kejohanan Cabaran Futsal Terbuka Lelaki 2009 anjuran Syarikat SR Success Enterprise menewaskan PPFC Ulu Tiram 2-1.
RM1,000 menanti juara futsal
PERGERAKAN Pemuda Umno bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang menawarkan hadiah wang tunai lebih RM2,200 kepada pemenang kejohanan futsal terbuka anjuran pergerakan itu di Safira Sport Planet, Seberang Jaya, Ahad ini.
Tiada kompromi
SUDAH banyak kali ingatan diberikan namun masih ada pasukan tidak peka terhadap pemakaian pelindung tulang kering ketika mengambil bahagian pada Karnival Futsal i-Metro 2009, sebelum ini.
PIC mahu sah tempat
SELEPAS nyaris layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 menerusi Zon Tengah, bulan lalu, wakil Kuala Lumpur, PIC bertekad menebus kegagalan itu di Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, 14-15 Mac depan.
Muay Thai acara sampingan
DUA acara menarik dikenal pasti bakal memeriahkan Karnival Futsal i-Metro peringkat Zon Utara 2009 di D’Futsal Centre, Kangar, 14-15 Mac ini.
Pengarah Eksekutif D’Futsal Centre, Ramly Jusoh berkata, kedua-dua acara itu ialah perlawanan pertunjukan tinju Thai atau Muay Thai dan perlawanan persahabatan antara pasukan Futsal Kastam Thailand dengan pasukan pilihan Perlis.
Jom sertai Futsal Koperasi
HADIAH keseluruhan bernilai RM20,000 menanti pemenang Karnival Futsal Koperasi 2009 anjuran Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad di HTO de Futsal, Subang Jaya, 4-5 April depan.
RM63,000 untuk dimenangi
WANG tunai keseluruhan RM63,000 menanti pemenang Kejohanan Futsal Revive-Sports Planet: Ultimate Champions League (UCL) 2009 yang berlangsung di 15 gelanggang Sports Planet, termasuk Indonesia dan Singapura, bermula 21 Mac ini.
GB A, B intai peluang buat kejutan
MESKIPUN beraksi kali pertama pada Karnival Futsal i-Metro Zon Utara pada 14 dan 15 Mac ini di D’Futsal Centre, Kangar, pasukan Gemilang Beliawanis (GB) dari Sungai Petani, Kedah berazam melakukan kejutan pada karnival itu.
PFS A, B mahu gegar
PENGALAMAN tewas pada pusingan pertama ketika menyertai Karnival Futsal i-Metro Zon Utara tahun lalu dijadikan pembakar semangat oleh pasukan Play For Fun (PFS) untuk bangkit melakukan kejutan pada saingan di D’Futsal Centre, Jalan Kaki Bukit, Kangar pada 14 dan 15 Mac ini.
Peluang cuti di Cititel
PENGINAPAN dua hari satu malam di Cititel Express, Kuala Lumpur menanti juara kategori Terbuka Lelaki Zon Utara Karnival Futsal i-Metro di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, 14-15 Mac ini.
Misi tebus kegagalan pusingan lalu
KEHADIRAN dua pemain negeri melonjakkan keyakinan wakil Kuala Lumpur, IFMD untuk menebus kegagalan pusingan pertama menerusi Zon Utara Karnival Futsal i-Metro 2009 di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, 14-15 Mac ini.
Sensasi FC intai peluang juara
WAKIL Kedah, Sensasi FC yakin kejayaan mara ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro musim lalu menerusi percubaan pertama di Zon Utara akan diulangi menjelang pusingan kedua di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, 14-15 Mac ini.
Celcom hulur tajaan
KARNIVAL Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Utara yang akan berlangsung di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, pada 14 dan 15 Mac ini terus mendapat sokongan pelbagai pihak yang sudi menaja kejohanan itu, sekali gus memartabatkan sukan futsal di negara ini.
Semangat berkobar-kobar
KEJAYAAN melangkah ke saingan Grand Final Karnival Futsal i-Metro selama dua tahun berturut-turut menjadi pembakar semangat kepada pasukan Pemuda Umno Bukit Mertajam untuk mengulangi pencapaian itu pada kejohanan sama yang akan diadakan di D’Futsal Centre, Jalan Kaki Bukit, Kangar pada 14 dan 15 Mac ini.
Kelab Haji Din pasang impian
BIARPUN belum pernah dinobatkan selaku juara, situasi itu tidak sesekali mematahkan semangat Kelab Haji Din mempamerkan persembahan terbaik pada Karnival Futsal i-Metro peringkat Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, menjadi kenyataan.
Hari penentu
DUA hari terakhir, esok dan Isnin ini bakal menentukan jumlah sebenar pasukan menyertai Zon Utara Karnival Futsal i-Metro 2009 di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, 14-15 Mac ini selepas pendaftaran di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang, ditutup secara rasmi, semalam.
Pengalaman Laman FC jadi kelebihan
PENGALAMAN dua kali beraksi peringkat Grand Final Karnival Futsal i-Metro memberi kelebihan kepada Laman FC untuk memberikan tentangan hebat pada saingan Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, bermula Sabtu ini.
DFC OKU tidak gentar
KARNIVAL Futsal i-Metro peringkat Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, hujung minggu ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya disertai pasukan orang kurang upaya (OKU) iaitu cacat pendengaran.
Tekad CIMA
BIARPUN baru pertama kali menyertai Karnival Futsal i-Metro Zon Utara, ia tidak menggugat keyakinan pasukan CIMA dari Perlis untuk menggegar kejohanan itu.
G5 mahukan kelainan
PADA kebiasaannya, setiap pasukan yang terpaksa memandu beratus-ratus kilometer bagi menyertai Karnival Futsal i-Metro pasti diiringi dengan perjuangan tidak lain tidak bukan, membawa pulang hadiah kemenangan.
PRSKL tekad ke Grand Final
STATUS pendatang baru Karnival Futsal i-Metro tidak menghalang wakil ibu kota, PRS Kuala Lumpur (PRSKL) mengimpikan tiket Grand Final menerusi percubaan pertama, Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, 14-15 Mac ini.
Sasaran Arena FS76
AMI yakin pasukan dari Kulim akan beraksi garang dan berada dalam kelompok lapan terbaik sebagai wakil Zon Utara ke Grand Final,” kata kapten pasukan Arena FS76, Khairul Anwar Wahab.
PKENPs azam pamer aksi lebih garang
PENGALAMAN terkandas di pusingan kedua pada penyertaan pertama Karnival Futsal i-Metro di Safira Sport Planet, tahun lalu, tidak melemahkan semangat pasukan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) untuk bangkit lebih garang pada peringkat Zon Utara di Kangar bermula Sabtu ini.
Tekad julang kejuaraan
SELEPAS berjaya melakar sejarah mara ke Grand Final pada karnival di Safira Sport Planet tahun lalu, Kelab Whizz Sport FC kini meletakkan sasaran untuk melangkah ke pentas final pada penyertaan Zon Utara di D’Futsal Centre, Sabtu ini.
Kuweng HTO FC kejar impian
KEGAGALAN menempatkan diri ke peringkat Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Tengah di Sports Planet Ampang, Januari lalu menjadi pengajaran berguna buat Kuweng HTO FC.
MDKL buru peluang
KARNIVAL Futsal i-Metro Zon Utara yang berlangsung di D’Futsal, Kangar, Perlis, Sabtu ini akan menanti kunjungan satu lagi pasukan Lembah Klang, MDKL, Sabtu ini.
Strategi ampuh Eguana
PENGALAMAN kali pertama menyertai Karnival Futsal i-Metro hingga berjaya ke Grand Final tahun lalu menyuntik semangat pasukan Eguana untuk menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik dan seterusnya melangkah ke Grand Final di D’Futsal Centre, Kangar, hujung minggu ini.
Shark Boy pasang impian
SHARK BOY memiliki impian tinggi untuk mendominasi kategori Lelaki Bawah 17 Tahun di Karnival Futsal i-Metro di D’Futsal Centre, Kangar hujung minggu ini.
MSU B harap tuah di Kangar
KOMBINASI pemain yang membarisi pasukan MSU B kini mengharapkan tuah penyertaan kali kedua pada saingan Karnival Futsal i-Metro edisi 2009 Zon Utara akan membuahkan hasil berbaloi.
Semangat Senden Amuk kian membara
KEJAYAAN pasukan Senden Amuk menjuarai Piala Ketua Pemuda Umno Bukit Mertajam menguatkan azam pasukan itu untuk menyerlah pada saingan Karnival Futsal i-Metro Zon Utara, Sabtu ini.
Pengalaman matangkan MAMM United
BERBEKALKAN pengalaman pemainnya yang pernah menyertai beberapa kejohanan futsal sebelum ini, pasukan MAMM United dari Sungai Petani, Kedah yakin melakukan kejutan pada Karnival Futsal i-Metro Zon Utara yang akan berlangsung di D’Futsal Centre, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis, Sabtu ini.
Lepasi sasaran
KARNIVAL Futsal i-Metro 2009 yang pertama kali menjejakkan kaki di Perlis bagi saingan Zon Utara, mencatatkan peningkatan penyertaan yang memberangsangkan apabila mengatasi jumlah pasukan bagi zon sama di Pulau Pinang, dua tahun lalu.
CIMA taja lapan pasukan Bawah 17
DALAM usaha memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar sekolah, Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) menaja lapan pasukan dari tujuh sekolah bagi kategori Bawah 17 Tahun dalam Karnival Futsal i-Metro Zon Utara 2009 yang akan berlangsung di D’Futsal Centre, Jalan Kaki Bukit, Kangar, esok.
Penaja mula banjiri lokasi
SELEPAS berhempas pulas menyiapkan tugasan awal termasuk merekodkan pendaftaran pasukan, kru Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara sibuk menyiapkan persiapan akhir dengan menyediakan cenderamata untuk diagihkan kepada 246 pasukan, semalam.
Kelab Bernas sasar lapan terbaik
MESKIPUN kali pertama menyertai Karnival Futsal i-Metro, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat Kelab Bernas untuk melakukan kejutan muncul antara lapan pasukan terbaik sekali gus layak ke Grand Final.
Pemuda FC tak serik
ANDAI wujud Anugerah Pasukan Paling Setia, ia pasti menjadi milik wakil Kuala Lumpur, Pemuda FC, yang menyertai semua peringkat zon sejak Karnival Futsal i-Metro diperkenalkan pada 2006.
MB Perlis puji HM
MENTERI Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menganggap Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara di D’Futsal Centre, bermula hari ini sebagai penganjuran bertaraf luar biasa.
D’Futsal Centre sambut ketibaan tetamu
TUAN rumah Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara, D’Futsal Centre, menambah 36 tenaga kerja bagi membantu melicinkan perjalanan kejohanan kerana menyedari gelanggang mereka yang bertempat di Jalan Kaki Bukit, Kangar itu, bakal diserbu pencinta futsal sepanjang dua hari ini.
Futsal erat perpaduan
HADIAH lumayan menanti pasukan yang menyertai Kejohanan Futsal Perpaduan Rakan Muda di Pusat Futsal Purnama, Kamunting, Perak, 28 Mac ini.
D'Futsal Centre kena serbu
KEHANGATAN saingan pembuka tirai Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara menerusi penganjuran hari pertama, semalam terbukti meriah apabila D'Futsal Centre, Kangar, dibanjiri lebih 8,000 pengunjung daripada pelbagai peringkat umur membabitkan pemain dan penyokong seluruh negara.
Komitmen Terbuka Lelaki wajar dipuji
KELANCARAN proses pendaftaran saingan pembuka tirai Zon Utara Karnival Futsal i-Metro 2009 di D'Futsal Centre, Kangar, Perlis, semalam diharap berulang pada penutup saingan, hari ini.
Pahit jerih Funky Girl tidak sia-sia
KEPAYAHAN menempuh perjalanan sejauh hampir 1,000 kilometer dari Johor ke Perlis membuahkan kejayaan paling manis buat Funky Girl apabila mereka menjuarai kategori Terbuka Wanita Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, semalam.
Tebus kecewa Zon Tengah
SAINGAN sengit dipertontonkan dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir Terbuka Lelaki Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara akhirnya menyaksikan skuad Lembah Klang, Ampang Kosas FT dinobatkan sebagai juara selepas menundukkan Whizz Sports A 3-0.
Ampang Kosas bukti kehebatan
SKUAD Ampang Kosas FT membuktikan keunggulan apabila muncul juara Terbuka Lelaki Karnival Futsal i-Metro-FAM 2009 Zon Utara sambil Funky Girl dan RA 21 JR mencuri tumpuan dengan memenangi kategori Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 tahun di D’Futsal Centre, Kangar, petang semalam.
Haris mahu jalin kerjasama
KELANCARAN dan kemeriahan Zon Utara Karnival Futsal i-Metro 2009 yang berakhir semalam menggerakkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis untuk menjalinkan kerjasama kali kedua di D’Futsal Centre, tahun depan.
Komitmen RA 21 JR berbaloi
“KAMI tidak tahu apa yang hendak diperkatakan apabila pasukan kami dinobatkan juara bagi kategori Lelaki Bawah 17 Tahun, sedangkan mereka tidak memiliki jurulatih berpengalaman,” kata pengurus pasukan RA 21 JR, Yasmin Yusoff.
Celcom terus sokong
KUNJUNGAN 20,000 penonton yang membanjiri lokasi Karnival Futsal i-Metro Zon Utara di D’Futsal Center memberi petanda positif terhadap kerjasama berterusan antara Celcom dan Harian Metro.
Nadly tak sangka
ASALNYA dia hanya suka menahan bola, namun siapa sangka kecenderungan itu membantu penjaga gol Funky Girl, Nadly Isnaini Ramli terpilih selaku Pemain Terbaik Terbuka Wanita.
Sensasi FC puas hati
WAKIL Kementerian Belia dan Sukan Langkawi, Sensasi FC tetap berpuas hati sekalipun sekadar muncul naib juara Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, yang berakhir kelmarin.
Usaha menabung Darfils FC tuai hasil
PENAT lelah menabung RM2 sehari untuk mengumpul wang pendaftaran penyertaan nyata berbaloi buat pasukan Darfils FC apabila dinobatkan naib juara kategori Lelaki Bawah 17 Tahun Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara di D’Futsal Centre, kelmarin.
Ramli gembira karnival lancar
PENGANJURAN sepanjang dua hari Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara yang berkampung di D’Futsal Centre, Kangar dan berakhir kelmarin nyata menggembirakan Pengarah Urusannya, Ramli Jusoh.
Mohd Putra capai cita-cita
SUATU ketika dulu, Mohd Putra Aliff Othman pernah bercita-cita menjadi pemain terbaik dan impian itu tercapai apabila dipilih pemain terbaik perlawanan akhir kategori Bawah 17 Tahun.
Pengunjung terpikat aksi Muay Thai
JEMPUTAN mengadakan persembahan Muay Thai di Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, menjadi antara platform terbaik mempromosikan seni bela diri Thailand itu.
DJH Cima peroleh pengalaman berharga
PASUKAN DJH Cima langsung tidak terkilan gagal ke final Karnival Futsal i-Metro 2009 sebaliknya berpuas hati dengan kejayaan merangkul tempat ketiga keseluruhan.
Keriangan berganda
PASUKAN dari Kuala Lumpur, IFMD meraih bonus berganda pada Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Utara susulan kejayaan merangkul tempat ketiga Terbuka Wanita di D’Futsal Centre, Kangar, Perlis, Ahad lalu.
Capai sasaran
TIADA kata-kata dapat menggambarkan kegembiraan wakil Kedah, BBFC selepas berjaya menempah tiket ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009, hasil pencapaian tempat ketiga saingan Zon Utara, Ahad lalu.
Milo terus diserbu pengunjung
SELAKU penaja utama yang menyokong Karnival Futsal i-Metro sejak pertama kali dianjurkan, Nestle Sdn Shd, menerusi penajaan minuman berkhasiat Milo sudah bersedia diserbu oleh ribuan penonton yang membanjiri lokasi setiap zon pertandingan.
Nurul curi tumpuan
DARI jauh, kelihatan seperti pemain biasa dan apabila menjejak kaki ke gelanggang Karnival Futsal i-Metro 2009 di D’Futsal, Kangar, seluruh mata tertumpu ke arahnya.
Nurul Shuhada Mahmud, penjaga gol pasukan Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menarik perhatian penonton - gadis bertubuh kecil ini diberi amanah menjaga gawang.
16 tiket ke Batam, Padang
LAPAN tiket penerbangan ke Batam, Indonesia menyemarakkan semangat pasukan memburu kejuaraan pada Karnival Futsal Koperasi 2009 anjuran Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad di HTO de Futsal, Subang Jaya, 4-5 April depan.
RM20,000 menanti pemenang Futsal Koperasi
HADIAH keseluruhan bernilai RM20,000 menanti pemenang Karnival Futsal Koperasi 2009 anjuran Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad di HTO de Futsal, Subang Jaya, 4 April depan.
SKV FC tepati ramalan
PASUKAN pilihan, SKV FC menepati ramalan muncul juara Kejohanan Futsal Koperasi Malaysia apabila menewaskan Mastercraft 4-3 pada final mendebarkan di HTO de Futsal, Subang Jaya, kelmarin.
JKP Zon 2 kuasai Piala YDP MPSJ
SELEPAS dipalit kekecewaan sering tewas, pasukan JKP Zon 2 akhirnya berjaya membalas dendam ke atas Adigun FC pada final Futsal Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2009 di HTO de Futsal, semalam.
6 tempah tiket
PENCARIAN 32 dan 16 pasukan terbaik beraksi di Grand Final bagi kategori bawah 16 dan 12 tahun Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009 (KFMHB) kini bermula.
RM10,000 jadi rebutan
BERSEMPENA penganjuran karnival sukan futsal dan sepak takraw terbuka
lelaki anjuran Celcom Kawasan Tengah pada 25 dan 26 April ini di Ole
Futsal, Zetcom Business & Sports Centre, Olak Lempit, Banting, Selangor,
pihak penganjur menyediakan hadiah cukup lumayan melebihi RM10,000 untuk
direbut juara.
Putra FC wakil Perlis
PASUKAN Putra FC mewakili Persatuan Belia 4B Arau membuktikan kewibawaan mereka apabila dinobatkan juara acara futsal pada Kejohanan Sukan Antara Persatuan-Persatuan Belia Negeri Perlis 2009 di Kangar, baru-baru ini.
A7 United B raih RM1,500
PASUKAN A7 United B muncul juara sulung Sirkit Futsal Dataran Remaja 2009 selepas menewaskan Court Soccer 1-0 pada aksi final di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Wars 15 tunjuk belang
Pasukan Akademi Bola Sepak dari Kuching, Wars 15 FC mengekalkan kejuaraan untuk tiga tahun berturut-turut apabila muncul juara kategori bawah 16 tahun Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009 di Sports Planet Kuching, Sabtu lalu.
Pendaftaran Zon Timur
DEMI melicinkan penyertaan ratusan pasukan bertaraf amatur seluruh negara, tarikh penganjuran Zon Timur Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sport Planet Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu diubah kepada 29-30 Mei depan.
Putra Ria juara terbuka
PASUKAN Futsal Wanita Putra Ria, Bangsar, muncul juara Kategori Wanita Terbuka Sirkit Futsal Dataran Remaja yang diadakan di Dataran Remaja Bukit Jalil, baru-baru ini.
Stylo Maylo berpuas hati di tempat kedua
PASUKAN pilihan Stylo Maylo dari Johor tewas menerusi sepakan penalti 3-2 kepada ASA GP FC di pentas final Kejohanan Bawah 12 tahun selepas terikat 2-2 pada aksi sepenuh masa di Klebang, Melaka, baru-baru ini.
Hadiah RM8,000
CABARAN Bakat Futsal Hulu Bernam (CBFHB) 2009 pada 28 Jun depan bakal meriah dengan kesanggupan pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan demi memartabatkan bakat belia tempatan.
Peluang niaga
SYARIKAT korporat dan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dipelawa membuka gerai perniagaan pada Zon Timur Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu, 29-30 Mei ini.
Liga Perpaduan Rakan Kecergasan dilancar
BAHAGIAN Pembangunan Rakan Muda (Rakan Muda) Kementerian Belia dan Sukan hari ini, melancarkan Liga Perpaduan Rakan Kecergasan 2009 di Dataran Remaja, Stadium Bukit Jalil, selama tujuh minggu bermula 16 Mei ini hingga 20 Jun depan.
Tuah Sharmi Sports FC dapat RM800
SIRI kelima Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009 yang berlangsung di Masterscaff Indoor, Paka, terengganu, berjaya menggamit penyertaan lebih 70 pasukan bagi kedua-dua kategori Bawah 16 dan 12 Tahun.
Veteran UiTM lakar sejarah
SKUAD futsal Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia mencatat sejarah apabila muncul naib juara Kejohanan Futsal Badan Berkanun Malaysia VI selepas tewas kepada Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada final di Langkawi, baru-baru ini.
Jom rebut Piala Zetcom
PIALA Zetcom kembali membuka tirainya bagi cabaran Terbuka Lelaki 2008-2009 pada 6 Jun depan di Ole Futsal, Olak Lempit, Banting, Selangor.
Kejohanan tahunan berprestij anjuran Zetcom Business & Sports Centre itu memasuki tahun kelapan yang menawarkan hadiah lumayan melebihi RM10,000.
Malaysia bantah undian
ENTAH sengaja atau dilakukan tanpa niat mahu menganiaya, keputusan undian Kejohanan Futsal Piala AFF yang bakal berlangsung di Vietnam, bulan depan, menyaksikan sesuatu yang amat jarang dilihat dalam arena sukan ketika ini.
5 hari lagi
LIMA hari lagi permohonan penyertaan karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Timur di Sports Planet Gong Badak secara rasmi akan ditutup.
ACR buru juara Zon Timur
SELEPAS percubaan pertama skuad ACR terkandas di Zon Tengah dalam saingan Karnival Futsal i-Metro 2009, mereka kini tekad untuk kembali menebus kehampaan di Zon Timur.
BH/HM ungguli futsal media
AKSI mantap sepanjang kejohanan di samping tuah menyebelahi skuad Berita Harian/Harian Metro (BH/HM) apabila berjaya mengungguli Kejohanan Futsal Bersama Media anjuran Bank Muamalat setelah menundukkan pasukan DRB Hicom 1-0 menerusi sepakan penalti selepas perlawanan terikat 0-0.
Jom sertai Futsal Terbuka Tom Yam
KUMPULAN Perniagaan Restoren Sukhumvit akan menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka Tom Yam 2009 pada Julai depan.
Pengurusnya, Yusmadi Osman berkata kejohanan itu terbuka kepada semua pekerja restoran tom yam seluruh negara.
Samudera sedia hadapi saingan
MUNCUL sebagai naib juara kejohanan futsal anjuran Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, baru-baru ini membuktikan pasukan Samudera yang baru ditubuhkan itu tidak boleh dipandang remeh.
Kitaro Unite FC sasar Grand Final
KEMERIAHAN selain memiliki kelas tersendiri membuatkan Kitaro Unite FC terpanggil untuk menyahut cabaran pada Karnival Futsal i-Metro, Zon Timur di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu yang bermula Jumaat depan.
Buka kaunter
BAGI memudahkan peserta untuk membayar yuran kaunter pembayaran sempena Karnival Futsal i-Metro Zon Timur akan dibuka di The New Straits Times (M) Berhad (NSTP), Kuala Terengganu bermula hari ini hingga Ahad, 24 Mei.
Semangat baru ZNFC
KEGAGALAN melangkah ke pusingan Grand Final Futsal i-Metro tahun lalu tidak mematahkan semangat pemain pasukan ZNFC dari Kamung Sekati, Manir, Kuala Terengganu untuk mara ke peringkat itu pada saingan kali ini yang berlangsung di gelanggang futsal Sport Planet Gong Badak, Kuala Terengganu.
Shahbandar tak jemu berlatih
PASUKAN Shahbandar Kuala Terengganu giat menjalani latihan bagi persiapan menghadapi Karnival Futsal i-Metro 2009, Zon Timur di Sport Planet Gong Badak, Kuala Terengganu pada 29 dan 30 Mei ini, supaya layak ke Grand Final musim ini.
Masih terbuka
PASUKAN yang berminat mengambil bahagian sempena Karnival Futsal i-Metro Zon Timur yang dijadualkan berlangsung pada 29-30 Mei di Sports Planet Gong Badak, Terengganu, masih lagi boleh mendaftarkan pasukan mereka selewat-lewatnya, esok.
Sharkboyz FC sasar lapan terbaik
PENYERTAAN kali kedua selepas Zon Utara diharap membawa buat Sharkboyz dalam saingan Karnival Futsal i-Metro Zon Timur kategori Bawah 17 yang akan berlangsung di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu pada 29 dan 30 Mei ini.
Kimma sahut cabaran
KONGRES India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu menyatakan sokongan mereka kepada Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Timur apabila menghantar dua pasukan untuk bertanding di Gong Badak, pada 29 dan 30 Mei ini.
Dua tonggak tunjang Lady Bestari
GABUNGAN dua penyerang yang memiliki asas dalam sukan bola sepak dan futsal menjadi tunjang Lady Bestari ketika membulat tekad untuk menggugat di Karnival Futsal i-Metro Zon Timur yang akan diadakan di gelanggang Sport Planet Gong Badak, Kuala Terengganu, 29 dan 30 Mei ini.
Plus Central FC sudah tak sabar
WAKIL Subang, Plus Central FC mengakui tidak sabar menguji keberkesanan sesi latihan intensif sejak Mac lalu menjelang Zon Timur Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu, Jumaat dan Sabtu ini.
KPF sudah tak sabar
PASUKAN KPF bersedia menyahut cabaran pada saingan Karnival Futsal i-Metro Zon Timur yang akan memulakan cabaran pada di Sports Planet Gong Badak, Terengganu, pada Jumaat dan Sabtu ini.
HB United JNR mahu tebus aib
KEGAGALAN pusingan ketiga Grand Final Karnival Fustal i-Metro tahun lalu akan ditebus skuad HB United JNR, Bukit Besar, Kuala Terengganu, apabila menyertai semula kategori bawah 17 tahun di Sport Planet, Gong Badak, Kuala Terengganu, Jumaat dan Sabtu ini.
DRR FC berlatih tiga bulan
PASUKAN DRR FC, Gong Badak, Kuala Terengganu yang dibarisi pemain remaja mahu mencuba nasib layak ke Grand Final, musim ini.
Bagi ketua pasukan itu, Mohamad Abdul Hadi Ariffin, 18, sasaran yang diletakkan itu munasabah berdasarkan rata-rata pemainnya berkebolehan dan mampu memberi saingan kepada lawan.
Asah bakat
PENGALAMAN layak ke pusingan kedua pada penyertaan tahun lalu membakar semangat pasukan Unocol 76 untuk pergi lebih jauh dalam karnival kali ini.
Ketua pasukan Unocol 76, Tajul Junaidi Tajul Abidin, 23, yakin pasukannya beraksi cemerlang berdasarkan pengalaman menyertai futsal i-Metro pada musim lalu.
Layari web Futsal i-Metro untuk keputusan semasa
BERMULA Zon Timur 2009, peserta Karnival Futsal i-Metro berpeluang mengetahui perkembangan pasukan mereka melalui laman web rasmi yang dikemaskini sepanjang dua hari saingan di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu, Jumaat dan Sabtu ini.
197 pasukan berentap
PENCARIAN 24 lagi pasukan untuk menempah tiket ke Grand Final Karnival Futsal bagi Zon Timur bakal bermula secara rasminya esok di Sports Planet, Gong Badak, selepas selesainya undian peringkat kumpulan, malam tadi.
Cabaran CBFHB
NESTLE (M) Berhad kerap kali menunjukkan keprihatinan mereka dengan menaja program riadah terbaru yang bertujuan ingin membantu generasi muda menyertai seberapa banyak kejohanan bagi melahirkan generasi sihat serta berilmu.
Siap sedia
BEBERAPA jam sebelum sepak mula Karnival Futsal i-Metro 2009 berlangsung, pelbagai ragam dapat disaksikan dan antara paling ketara sekali ialah semua pihak terbabit dengan pertandingan ini sibuk membuat persiapan terakhir.
Wanita, B-17 mula aksi
RIBUAN pengunjung bakal membanjiri perkarangan Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu bagi menyaksikan saingan pembuka tirai Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Timur, hari ini, membabitkan perlawanan kategori Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 Tahun.
Saingan pasti sengit
SELEPAS pertarungan dua kategori, Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 tahun membuka tirai perlawanan Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Timur, semalam, kali ini giliran Terbuka Lelaki pula mengambil tempat merebut lapan pasukan ke Grand Final, hari ini.
WNS Tandop CT FC harap tuah
PASUKAN WNS Tandop CT FC mengharapkan tuah beraksi di Terengganu untuk melayakkan diri ke separuh akhir Terbuka Lelaki Karnival Futsal i-Metro Zon Timur di Sports Planet Gong Badak, hari ini.
Lokasi sesak
PENURUNAN jumlah pasukan Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Timur tidak menghalang gelanggang, Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu dibanjiri lebih 7,000 pengunjung terutamanya dari pantai timur tanah air pada hari pertama, semalam.
SMKPS Ada Ong ikut jejak abang
ADA ONG pasukan yang cukup sinomim dengan penganjuran Karnival Futsal i-Metro apabila pasukan dari utara itu sentiasa mengisi tempat dalam saingan Grand Final sejak 2007.
15,000 banjiri karnival
SEPANJANG dua hari Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Timur di Sports Planet Gong Badak Kuala Terengganu, dianggarkan lebih 15,000 pengunjung membanjiri lokasi pertandingan, sekali gus menyaksikan karnival ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat sukan berkenaan.
A&B Sports tak sangka
PENYERTAAN mereka sekadar mencuba nasib, namun tanpa disangka tuah akhirnya memihak kepada pasukan A&B Sports untuk menjulang kejuaraan kategori Lelaki Bawah 17 Tahun Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Timur di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.
Farah wira
PENYERANG kebangsaan, Farah Aina Musa muncul wira Sweet Lady Merc FC apabila menjaringkan dua gol untuk menjuarai kategori Terbuka Wanita Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Timur menewaskan Putra Ria, 2-1 pada final, kelmarin.
48 pasukan berpeluang buru tempat Grand Final
TAMATNYA saingan Karnival Futsal i-Metro Zon Timur, menyaksikan 48 tempat lagi masih terbuka buat semua pasukan bagi pemburuan tempat ke Grand Final yang mana akan menyaksikan pasukan yang tewas masih boleh mencuba nasib di dua zon yang berikutnya.
Rest Sungai Paka B pasang impian
KEJAYAAN Rest Sungai Paka B muncul naib juara Karnival Futsal i-metro Zon Timur edisi 2009 di anggap sebagai sesuatu yang di luar jangkaan dalam memberi suntikan semangat untuk mengorak langkah lebih jitu menjelang saingan Grand Final nanti.
Norsalawati setia hadir di setiap lokasi karnival
NORSALAWATI Ismail antara pengunjung setia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan terhadap pasukan bimbingan suaminya, Masterscaff yang berpangkalan di Paka, Terengganu.
Insiden pahit penyuntik semangat Empayar Selatan
TERLALU banyak perkara yang hampir memungkinkan anggota skuad Empayar Selatan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Karnival futsal i-Metro 2009 Zon Timur tetapi hanya ketabahan hati yang membuatkan mereka tetap menghulur cabaran di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu.
Skuad Putra Ria optimis
DUA skuad utama Putra Ria bakal menggegarkan Zon Selatan Karnival Futsal i-Metro 2009, hujung bulan ini selepas barisan pelapis mereka muncul naib juara Zon Timur, kelmarin.
Ry’Mart FC kecewa
“KALAULAH kami tewas melalui jaringan gol, mungkin kekecewaan tidak sebegini tapi sepakan penalti yang membuatkan impian kami ke final berkecai. Tapi saya tetap bersyukur kerana berada dalam kelompok tiga pasukan teratas memandangkan masih banyak pasukan mencuba nasib namun gagal,” kata jurulatih Ry’Mart FC, Mohd Hardiwari Hamid.
HM bangga ramai pemain berjaya
KARNIVAL Futsal i-Metro sudah memasuki tahun keempat dan peganjuran kali ini sekali lagi berjaya melahirkan ramai bakat baru yang selama ini tidak diketahui.
Ada Ong tetap puas
MUNCUL selaku naib juara kategori Remaja Bawah 17 Tahun sudah cukup berbaloi buat pasukan SMK Pokok Sena, Pulau Pinang (SKMPS Ada Ong) selepas tewas 1-0 kepada A&B Sports pada final Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Timur, kelmarin.
Logistik Polis Melaka puas hati tempat kedua
PASUKAN futsal logistik Polis Melaka tetap berpuas hati, walaupun sekadar muncul naib juara Kejohanan Futsal Sepetang Bersama Media selepas tewas penentuan penalti 5-4 pada aksi final berdepan Polis Melaka Tengah.
Polis Trafik NS garang
TEAM A Polis Trafik Negeri Sembilan mempamerkan kehebatan apabila muncul juara selepas mengetepikan Team B wartawan 5-1 pada perlawanan futsal persahabatan di Gelanggang Futsal Seremban 2, baru-baru ini.
Futsal Amal
HADIAH wang tunai berjumlah RM6,150 menjadi rebutan pasukan pada Kejohanan Futsal Amal Piala PKNM di HTO de Futsal, Subang Jaya pada 28 Jun ini.
Strategi Red Devil unik
PERANCANGAN skuad tangga ketiga Terbuka Wanita, Red Devil menjelang Grand Final, Oktober depan paling unik kerana semua pemain akan kembali berguru bersama pasukan asal.
Impian tiga tahun Zazzs FC tercapai
SEJAK tiga tahun lalu, pasukan Terbuka Wanita, Zazzs FC tidak pernah merasai nikmat beraksi di Grand Final tapi semangat juang dipamerkan pasukan berpangkalan di Kuantan, Pahang itu, akhirnya membuahkan hasil yang selama ini langsung tidak disangka.
DFC sekat hajat SMK Guar Perahu
D’Futsal Centre (DFC) dari Perlis membuktikan kejaguhan mereka apabila mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009 (KFMHB) siri ke-8 yang berlangsung di Safira Sports Planet, Seberang Perai, Sabtu lalu.
SMSD hampa
HAJAT Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) menebus kecewa musim lalu berkecai apabila terkandas seawal pusingan ketiga Zon Timur Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Gong Badak, Kuala Terengganu.
BSN, Pizza Hut gembira
KERJASAMA dengan Karnival Futsal i-Metro 2009 menerusi penganjuran Zon Timur di Sports Planet Gong Badak, berakhir Sabtu lalu menggembirakan dua penaja yang mendirikan gerai perniagaan, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Pizza Hut.
40 pasukan berminat
SAMBUTAN cukup meyakinkan apabila kira-kira 40 pasukan sudah menyatakan minat menjayakan Kejohanan Futsal Piala Persatuan Kebajikan Namakkal Malaysia (PKNM) di HTO de Futsal, Subang Jaya, 28 Jun ini.
Siapa cepat dia dapat
PELUANG berentap pada sirkit terakhir Kejohanan Futsal Dataran Remaja 2009 kategori Terbuka Wanita yang menawarkan hadiah lumayan pada 14 Jun ini cukup dialu-alukan.
24 pasukan Zon Selatan pula dicari
SELEPAS pencarian 24 pasukan ketiga beraksi di Grand Final pada Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Timur berakhir hujung bulan lalu, tumpuan kini terarah kepada 24 pasukan berikutnya menjelang karnival sama peringkat Zon Selatan di Sport Prima, Johor Bahru yang akan diadakan pada 18 dan 19 Julai depan.
Sarjana Kalumpang FC hebat
SARJANA Kalumpang FC dari Subang Jaya berada di kelas tersendiri apabila mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009 kategori bawah 16 tahun peringkat Perak selepas menang mudah 6-0 ke atas wakil tuan rumah Mutiara Padu FC dari Tambun yang berlangsung MP3 Futsal Centre, Sri Manjung, Sabtu lalu.
Sila daftar, bayar awal
SEMUA pasukan bakal mengambil bahagian pada Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Selatan di Sports Prima Johor Bahru, 18 dan 19 Julai diminta mengemukakan borang pendaftaran berserta bayaran lebih awal walaupun tarikh tutup permohonan tinggal tiga minggu lagi.
Pastikan status pemain
MESYUARAT Jawatankuasa Karnival Futsal i-Metro 2009, semalam, sebulat suara menetapkan tiada lagi penambahan dan penukaran pemain dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran.
Peluang pamer aksi
KAKI futsal berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing dengan menyertai Kejohanan Futsal Rakan Muda, kategori Bawah 25 tahun yang akan berlangsung di Soccer Extreme Futsal Centre, Larkin pada Ahad ini.
Adigun B juara futsal Piala PKNM
PASUKAN Adigun B muncul juara Pertandingan Futsal Amal Piala PKNM sekali gus membolot wang tunai RM2,500 di HTO de Futsal, Subang Jaya, kelmarin.
Stylo Mylo Blue gah
STYLO Mylo Blue dari Johor membuktikan kehebatan mereka apabila mengungguli Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009 (KFMHB) siri ke-11 kategori Bawah 12 tahun di Sports Planet Cheng, Melaka selepas membenam Sri Remaja Jr FC dari Selangor 1-0 pada perlawanan akhir.
CF Angah juara futsal Hulu Bernam
CF Angah memperagakan aksi mantap membantu mereka mengungguli Cabaran Bakat Futsal Hulu Bernam 2009 (CBFHB) selepas menewaskan Putra Bidor FC 2-1 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 0-0.
Si cilik gah
PASUKAN tuan rumah Kawasan Rukun Tetangga (RT) Menara Maju muncul juara bola jaring bawah 12 tahun pada karnival sukan kali ke-3 di padang permainan Taman Menara Maju, Klang baru-baru ini.
Pakej khas di Naza-Talyya Hotel
SEMPENA Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Selatan yang akan berlangsung pada 18-19 Julai ini, Hotel Naza-Talyya Johor Bahru mempelawa pengunjung untuk menikmati pakej penginapan selesa dan mewah dengan harga serendah RM148 termasuk pakej sarapan dan pengangkutan percuma ke destinasi sekitar Bandaraya Johor Bahru.
Tiga slot akhir Grand Final
TIGA lagi pasukan lelaki akan diketahui pada Sirkit Futsal Dataran Remaja, Ahad ini, bagi mengisi slot terakhir di Grand Final 12 Julai ini.
ACR2 yakin gegar Grand Final
PENGURUS pasukan ACR2, Romzi Ismail yakin anak buahnya mampu mempertaruhkan aksi terbaik mereka apabila turun beraksi pada penampilan pertama di Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan, pada 18 dan 19 Julai ini.
Darul Naim laung cabaran di Zon Selatan
JUARA bertahan kategori Terbuka Lelaki Grand Final Karnival Futsal i-Metro, Darul Naim melaungkan cabaran pada saingan Zon Selatan 2009 di Sports Prima Futsal Centre, Johor Bahru, 18-19 Julai ini.
Saingan MSS Primera
BARISAN pemainnya sentiasa berubah-ubah, namun pasukan MSS Primera masih menaruh keyakinan sekurang-kurangnya muncul kelompok lapan pasukan terbaik daripada Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Prima Johor Bahru, pada 18 dan 19 Julai ini.
Kimma idam Grand Final
MEREKA sanggup menempuhi perjalanan beratus kilometer dari Kuala Terengganu ke Johor tapi tidak rela pulang dengan tangan kosong.
Hari terakhir daftar
PENDAFTARAN Karnival Futsal 2009 bagi Zon Selatan di Sports Prima Johor Bahru pada 18 dan 19 Julai, ditutup hari ini.
Nekad Futsal mahu ulangi kejayaan
MEREKA layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro ketika Zon Selatan tahun lalu dan kehadirannya di zon sama kali ini tidak lain tidak bukan mahu mengekalkan status pasukan selain mengulangi kejayaan itu.
Pendaftaran ditutup
LEBIH tiga minggu diperuntukkan buat semua pasukan melengkapkan pendaftaran berserta bayaran dan semalam tempoh itu berakhir dengan anggaran 250 pasukan sudah mengesahkan penyertaan pada Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Prima Johor Bahru, 18 dan 19 Julai ini.
Misai FC B, AAN FC ungguli siri terakhir Karnival Futsal Milo Hidup Bola
SIRI terakhir Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009 Bawah 16 di Ampang Sports Planet milik Misai FC B dari Kuala Lumpur selepas menewaskan Tanjong FC 2-1, pada perlawanan akhir, baru-baru ini.
OranJe FC pasang impian
IMPIAN layak ke Grand Final dianggap lumrah bagi setiap pasukan tatkala menyertai Karnival Futsal i-Metro 2009 terutamanya peringkat Zon Selatan di Sports Prima Johor Bahru yang bermula Sabtu ini.
Putra Ria sasar mara
SASARAN kami tidaklah terlalu tinggi tapi layak ke Grand Final sudah cukup,” kata pengurus pasukan Putra Ria Superb dan Putra Ria, Azman Mahmood.
Ada alasan mengapa pasukan ini tampil dengan imej rendah diri atau lebih tepat bukan pilihan kerana tidak mahu pemain mereka tertekan jika terlalu mengharapkan anak buah mereka memburu kejuaraan di Zon Selatan.
Ayer Hitam FC janji aksi hebat di Sports Prima
PENGALAMAN bersaing pada setiap pertandingan futsal sekitar daerah Batu Pahat dan Kluang menjadi bekalan Ayer Hitam FC untuk memberi cabaran kepada pasukan lebih ternama pada Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Selatan, hujung minggu ini.
New Junior tak mahu putih mata
SELEPAS tiga kali gagal dalam cubaan menyelit pasukannya ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009, pasukan New Junior nekad tidak mahu gigit jari menjelang sepak mula di Sports Prima Johor Bahru, esok.
Bahang saingan kian terasa
KERANCAKAN Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Prima Johor Bahru kian dirasai, apabila 378 pasukan secara keseluruhan terbabit dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Diterima anak muda
PENINGKATAN penyertaan kategori Bawah 17 Tahun di Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan membuktikan temasya ini semakin mendapat tempat di kalangan remaja.
Angka 150 pasukan yang direkodkan pada karnival yang akan berlangsung di Sports Prima, Johor Bahru, bermula malam esok, secara tidak langsung menunjukkan kejohanan ini mendapat sambutan baik di kalangan pembaca muda.
Tekad Marine Police
PELUANG menyertai kursus asas Polis Marin 1/2009 digunakan sepenuhnya barisan pasukan Marine Police TC membentuk satu skuad khas dalam misi menggempur lawan pada saingan Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan.
Saingan makin sengit
BAKI 102 pasukan Terbuka Lelaki dan 75 pasukan pertama Bawah 17 Tahun menghadirkan kerancakan Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Selatan di Sports Prima, Johor Bahru, apabila masing-masing meneruskan aksi pada hari kedua hari ini.
Zealous memukau
KUMPULAN sorak SM Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru menjanjikan aksi lebih menghiburkan untuk hari penutup tirai Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan 2009 di Sports Prima Centre, hari ini.
Stylo FT, Infra Sport, NJAC, Safari mara
SAINGAN Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan bagi kategori Remaja Bawah 17 semakin menghampiri kemuncaknya dengan empat pasukan sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir sebelum empat lagi tiket akan ditentukan hari ini.
Terbuka Wanita mula buruan
KARNIVAL Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Selatan di Sports Prima Johor Bahru menghampiri penghujungnya dengan baki 75 pasukan Bawah 17 Tahun serta 36 pasukan Terbuka Wanita akan meneruskan saingan pagi ini.
Ketangkasan Rosniza julang pasukan
KETANGKASAN penjaga gol, Rosniza Sapari ketika penalti penentuan membantu pasukannya, Aura FT menjuarai kategori Terbuka Wanita Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan 2009 menewaskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 3-2 pada final, semalam.
Kejayaan bermakna
SYARIKAT Air Johor (SAJ) membuktikan kemampuan pasukan tempatan untuk bergelar juara Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan sekali gus mara ke Grand Final yang dijadualkan berlangsung Oktober ini.
SAJ, Aura unggul
PASUKAN Syarikat Air Johor (SAJ) menjuarai kategori Terbuka Lelaki Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan 2009 selepas menewaskan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2-1 pada perlawanan akhir di Sports Prima, Johor Bahru, semalam.
KFSP puas juara Bawah 17
IMPIAN pasukan KFSP mahu menjulang kejuaraan sejak beberapa edisi lalu akhirnya tercapai apabila muncul juara kategori Lelaki Bawah 17 tahun Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan 2009 di Sports Prima, Johor Bahru, semalam.
Futsal satukan pemain berbilang kaum
MATLAMAT menjadikan golongan muda terbabit dalam aktiviti sukan hampir tercapai dan Karnival Futsal i-Metro 2009 dilihat satu platform terbaik dan diakui pelbagai pihak.
MB kagum
KERAJAAN negeri Johor membayangkan hasrat untuk membina lebih banyak prasarana sukan termasuk futsal bagi membolehkan negeri itu menjadi tuan rumah beberapa kejohanan termasuk bertaraf antarabangsa.
Safari FC puas biarpun sekadar naib juara
TIADA kekecewaan di wajah pemain Safari FC tatkala impian merangkul kejuaraan tidak kesampaian sebaliknya mereka menganggap ia sebagai pengajaran dalam menghadapi sesuatu pertandingan.
Pasangan futsal ideal
FUTSAL menyatukan pasangan ini ke jenjang pelamin justeru tidak hairanlah Razaiman Nordin sanggup mengambil tanggungjawab menjaga anak ketika isterinya, Siti Noraini Musa turun beraksi di tengah gelanggang.
Cubaan kedua berhasil
PERCUBAAN kali kedua membuahkan gelaran naib juara buat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila tewas, 2-3 kepada Aura FT menerusi penentuan sepakan penalti pada final Terbuka Wanita Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan 2009, kelmarin.
MDKL mahu tebus duka di Grand Final
KEKECEWAAN jelas terpancar di wajah barisan pemain pasukan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) selepas tewas kepada juara Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan, Syarikat Air Johor (SAJ) 2-1.
Lincah aset Farid
AKSI lincah dengan kawalan bola menarik yang dipamerkan Mohd Farid Yunus berjaya menambat hati juri untuk menobatkannya sebagai pemain terbaik Terbuka Lelaki Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan.
Hani sumbat lima gol
PEMAIN Terbaik kategori Terbuka Wanita, Nur Hani Dysuki bertekad membantu pasukannya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melangkah jauh di Grand Final Karnival Futsal i-Metro, Oktober depan selepas muncul naib juara Zon Selatan, kelmarin.
Warisan keluar duit poket sendiri
MEREKA bukanlah seperti pasukan lain, dilimpahi tajaan selain kelengkapan latihan serba mewah, namun semua itu tidak menghalang pasukan Warisan layak ke Grand Final selepas meraih tempat ketiga Karnival Fustal i-Metro 2009 Zon Selatan, baru-baru ini.
Penantian 3 tahun LNS FC
PENGORBANAN LNS FC untuk layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro sejak tiga musim lalu terbalas apabila meraih tempat ketiga Zon Selatan hasil kemenangan, 3-2 ke atas Putra Ria pada penentuan tempat ke-3/4.
Nestle cari juara 2009
PERSOALAN pasukan mana bakal bergelar juara bagi dua kategori Bawah 16 dan 12 tahun Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2009 bakal terjawab apabila berlangsungnya Grand Final di Sports Planet, Ampang, Kuala Lumpur, Ahad ini.
Desaria FC unggul
DESARIA FC dari Kampung Medan membuktikan kehebatan apabila mengungguli Kejohanan Futsal Ramadan/Figos 2009 dengan menewaskan Young Titan FC di Ampang Sports Planet, baru-baru ini.
Bola sepak pantai kebangsaan sulung
MENYEDARI bahawa Malaysia mempunyai ramai pemain yang boleh diketengahkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Pantai Kebangsaan pertama yang bakal berlangsung di Teluk Cempedak, Kuantan, bulan depan.
Tekad Arena FS
ARENA FS dari Kulim akan melipatgandakan latihan bagi memastikan kehadiran mereka di Grand Final Karnival Futsal i-Metro, hujung tahun ini, membuahkan hasil.
Selepas dua kali menyertai pusingan akhir, Arena FS menyedari kualiti persembahan pasukan bertanding dan betapa perlunya mereka melengkapkan diri pada semua aspek.
RS tak patah semangat
SELEPAS tiga percubaan awal berakhir dengan kegagalan, wakil ibu kota, PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) Kuala Lumpur kini menjadikan Zon Tengah II sebagai buruan terakhir mereka untuk layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009.
Peluang akhir layak
MANA-MANA pasukan belum layak ke Grand Final pada pertengahan Disember depan, Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah II di Sports Planet Grand Subang, Subang Jaya, pada 24 dan 25 Oktober ini adalah peluang terbaik bagi mereka mencuba nasib buat kali terakhir.
Sudah bersedia
VENUE Zon Tengah II Karnival Futsal i-Metro 2009, Sports Planet Subang Grand sudah bersedia menampung lebih 10,000 pengunjung yang dijangka membanjiri gelanggang mereka di Subang Jaya, Selangor, 24-25 Oktober ini.
Pasang impian ke final
STATUS pendatang baru tidak menghalang Chai Junior memasang impian layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 menerusi Zon Tengah II di Sports Planet Subang Grand, Subang Jaya, 24-25 Oktober ini.
Tantawi FC janji beri saingan sengit
MENYEDARI laluan untuk ke Grand Final semakin cerah, pasukan Tantawi FC optimis mencuri salah satu slot pada Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Tengah II di Sports Planet Subang Grand, Sabtu depan.
Hanya tinggal sehari lagi
PENDAFTARAN Karnival Futsal i-Metro 2009 peringkat Zon Tengah II cuma tinggal sehari lagi dan bagi mana-mana pasukan berminat, mereka masih berpeluang mengambil bahagian sebelum pendaftaran ditutup, petang esok.
URC hulur tajaan
KARNIVAL Futsal i-Metro Zon Tengah II kini dihangatkan lagi dengan penyertaan Universal Robina Corporation (URC) Malaysia sebagai salah satu penaja dalam siri penganjuran pertandingan futsal amatur terbesar di Malaysia ini.
Tempoh daftar dilanjut
MENGAMBIL kira masalah dihadapi sesetengah pasukan pada saat akhir, jawatankuasa penganjur memutuskan melanjutkan tempoh pendaftaran Karnival Futsal i-Metro 2009 Zon Tengah II di Sports Planet Subang Grand di Subang Jaya, yang sepatutnya berakhir hari ini kepada Ahad ini.
Sunday Futsal harap tuah
SUNDAY Futsal berharapkan penyertaan pertama mereka pada saingan Karnival Futsal i-Metro 2009 bagi Zon Tengah II bakal membawa tuah untuk layak ke saingan Grand Final, Disember ini.
Terengganu juara bola pantai
JURULATIH Terengganu, Zubir Salleh tidak angka mencatat kemenangan besar 8-2 ke atas Kedah pada aksi final Kejohanan Bola Sepak Pantai Kebangsaan 2009 di pantai Teluk Cempedak, Kuantan, semalam.
Brabus Utd intai slot ke final
NAMA Brabus Utd cukup sinonim dengan penyertaan dalam saingan Karnival Futsal i-Metro sejak awal kejohanan ini bermula.
V Team tekad gegar
WAKIL pengeluar produk permainan, Toys R Us, V Team mengintai ruang menjadi lapan pasukan terakhir kategori Terbuka Lelaki layak ke Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 menerusi Zon Tengah II, hujung minggu ini, berbekalkan reputasi selaku skuad terbaik syarikat itu.
C2 hulur sumbangan
KEHADIRAN C2 sebagai penaja baru dalam keluarga Karnival Futsal i-Metro bakal merancakkan saingan pencarian 24 pasukan terakhir yang akan memburu tiket ke Grand Final.
Pembabitan C2, minuman teh hijau keluaran URC Snack Foods Malaysia Sdn Bhd (URC) membuktikan kejohanan futsal amatur anjuran akhbar bahasa Malaysia nombor satu negara ini semakin meluas dengan penyertaan lebih banyak syarikat korporat menghulurkan kerjasama.
Pasukan Ada Ong Jr tampil pemain baru
PERSIAPAN skuad Ada Ong Jr dalam usaha memburu tiket ke saingan Grand Final Karnival Futsal i-Metro dalam kategori Lelaki Bawah 17 Tahun di Zon Tengah II tampak goyah apabila perlu membuat rombakan besar-besar ke atas barisan pemainnya.
RSP FC hantar dua pasukan
REMAJA Semangat Pejuang (RSP FC) dari Klang - nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena futsal tanah air - terutama bagi kategori Bawah 17 Tahun.
ACR 2 harap percubaan keempat menjadi
PENYERTAAN kali keempat saingan Karnival Futsal i-Metro edisi 2009 diharapkan mampu memberi perkhabaran gembira buat pasukan ACR 2.
Kesan ada penipuan
REKOD penyertaan 385 pasukan di Zon Tengah II Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Subang Grand yang bermula esok masih diselubungi dengan cubaan menipu apabila sesetengah pasukan dikesan menyenaraikan pemain tidak layak beraksi.
12,000 serbu karnival
SEPERTI biasa, setiap kali Karnival Futsal i-Metro berlangsung, orang ramai pasti berpusu-pusu mengunjungi lokasi pertandingan sejak awal pagi hinggalah tamat perlawanan sebelah malam.
Kalaiselvam pemain terbaik
D KALAISELVAM muncul wira pasukan Alam Megah apabila membantu pasukan itu mengungguli kategori Lelaki Terbuka Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah II sekali gus dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.
Kekal gelaran Zon
KEHEBATAN Alam Megah dalam arena futsal terserlah lagi apabila muncul juara Terbuka Lelaki pada saingan Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah II sekali gus menempah salah satu slot terakhir ke Grand Final.
Merc FC ikut jejak
JAGUH futsal Terengganu, Merc FC menjadi pasukan perlu ditewaskan pada Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009, Disember depan apabila menjejak kejayaan skuad utamanya menjuarai kategori Terbuka Wanita.
Anjuran lebih meriah
KARNIVAL Futsal i-Metro 2009 menamatkan semua lima peringkat zon musim ini selepas berakhirnya Zon Tengah II di Sports Planet Subang Grand, petang semalam dan penganjur memberi petanda positif menambah pelbagai bentuk kemeriahan pada edisi akan datang.
Misai FC lepasi cabaran
SKUAD Misai FC muncul juara kategori remaja Bawah 17 tahun Zon Tengah II di Sports Planet Grand Subang sekali gus mengetuai cabaran kategori berkenaan pada Grand Final nanti.
RSP B tekad tebus kecewa
MEREKA sudah membuktikan kejayaan ketika Kejohanan Hidup Bola Milo, tiga bulan lalu tapi malangnya, usaha menambah koleksi kejuaraan terbantut sekali gus membuatkan pasukan RSP B gigit jari selepas tumpas 1-2 pada aksi penuh dramatik final bawah 17 Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah II, kelmarin.
Haikal pemain terbaik Lelaki Bawah 17
SUDAH sekian lama Muhd Haikal Nazri tidak menikmati kejayaan sebagai pemain terbaik tapi, kunjungan bersama pasukan Misai FC nyata menamatkan penantian pemain berusia 16 tahun itu.
Bakat baru memukau
STATUS sebagai penganjur Karnival Futsal i-Metro 2009 terbukti berjaya khususnya melahirkan pemain baru dengan berakhirnya zon terakhir di Sports Planet Subang Grand, kelmarin.
Sokongan keluarga suntik semangat Mohd Salleh
KEHADIRAN Mohd Salleh Melan bersama keluarga dari Johor Bahru, turut merancakkan saingan zon terakhir Karnival Futsal i-Metro di Sports Planet Subang Grand.
Nora sanggup berkorban demi pasukan
TONGGAK utama Merc FC, Nora Abu Dardak sedia berulang-alik ke Terengganu menyertai pasukannya dalam persediaan Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009, Disember depan selepas diumumkan Pemain Terbaik kategori Terbuka Wanita Zon Tengah II, kelmarin.
Latihan tepi pantai jadi senjata
RAHSIA latihan tepi pantai membantu wakil Terengganu, Kuala Kemaman FC muncul naib juara kategori Terbuka Wanita Zon Tengah II Karnival Futsal i-Metro 2009 di Sports Planet Subang Grand, Subang Jaya, kelmarin.
KPTMKL bangga
BIARPUN hasrat bergelar juara Karnival Futsal i-Metro Zon Tengah II tidak kesampaian, kejayaan mara ke perlawanan akhir dan bergelar naib juara tetap kejayaan besar pasukan Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KPTMKL).
Kakitangan Ambank turut serta tahun depan
KEHANGATAN Zon Tengah II Karnival Futsal i-Metro 2009, hujung minggu lalu, menggerakkan Kumpulan Ambank untuk menyarankan semua kakitangannya di seluruh negara menyertai saingan musim depan.
Cadang pakej pelancongan untuk pemenang
“INILAH peluang bagi pemain dari kawasan pedalaman mengambil bahagian dalam karnival seperti ini,” itulah reaksi Pengurus Kawasan Restoran Pizza Hut Sdn Bhd, Arzemi Liman ketika ditanya mengenai manfaat diperoleh pemain melalui penganjuran Karnival Futsal i-Metro kali ini.
Reputasi serantau 100Plus kian kukuh
IMEJ 100Plus sudah sebati sebagai minuman isotonik unggul dan reputasinya makin kukuh menerusi kerjasama sepanjang Karnival Futsal i-Metro 2009.
Adik iring abang ke Grand Final
KEGAGALAN melangkah ke perlawanan akhir mungkin terlalu perit bagi pasukan Bawah 17 tahun, Court Soccer yang menamatkan saingan selaku pemenang ketiga, kelmarin.
Angelzzz cari jurulatih mantapkan persiapan
KEJAYAAN layak ke Grand Final memaksa wakil Selangor, Angelzzz melantik jurulatih demi memastikan persiapan menghadapi cabaran Disember depan, berjalan lancar.
Impian terlaksana
TIADA apa yang mampu diungkapkan HMC Pic 09 A dan B apabila terpaksa menentang sesama sendiri pada penentuan tempat ketiga dalam saingan Karnival Futsal i-Metro, kelmarin.
Penganjur ubah venue
MASALAH teknikal yang tidak dapat dielakkan memaksa penganjur mengubah venue Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 yang dijadualkan di sekitar Lembah Klang ditukar ke Safira Sports Planet Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Kumpulan H sengit
SAINGAN Grand Final Karnival Futsal i-Metro menuju ke kemuncaknya apabila undian peringkat kumpulan Grand Final di Safira Sports Planet Seberang Jaya, Pulau Pinang dijalankan, semalam.
Lotuscon FC mahu ulangi kejayaan lalu
STATUS sebagai naib juara Grand Final tahun lalu bakal membangkitkan semangat pasukan Lotuscon FC menjelang aksi mereka di Safira Sports Planet Seberang Jaya, Sabtu ini.
Intai gelaran
KEJAYAAN layak ke peringkat Grand Final Karnival Futsal i-Metro menerusi Zon Tengah kategori Bawah 17 cukup membanggakan buat skuad Tunas Baiduri FC A dan B.
SSP bakal sesak
BAHANG pencarian juara mutlak Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 mula terasa apabila gelanggang keramat, Safira Sports Planet (SSP), Seberang Prai, semalam dibanjiri puluhan pasukan yang mengadakan sesi latihan terakhir.
Peluang Arena FC bukti kehebatan
INILAH peluang terbaik untuk kami membuktikan bahawa pasukan dari utara tetap unggul dan mampu bersaing hebat,” kata ketua dan pengurus pasukan Arena FC, Khairul Anwar Wahab yang akan beraksi pada Grand Final Karnival Futsal i-Metro di Safira Sports Planet Seberang jaya, hari ini.
Split Team tersingkir gara-gara ingkar arahan
BIARPUN Karnival Futsal i-Metro sudah memasuki tahun keempat penganjurannya dengan pertama kali diperkenalkan pada 2006, sikap tidak bertanggungjawab peserta amat dikesali penganjur.
Khidmat urutan buat pengunjung
SAINGAN Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 yang berlangsung di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, Pulau Pinang turut dimeriahkan dengan kehadiran tukang urut cacat penglihatan yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur.
URC Snack Food agih sampel
PENGUNJUNG di Safira Sports Planet Seberang Perai dikejutkan dengan kehadiran gadis yang membawa plastik besar mengandungi makanan ringan Jack & Jill sambil menuju dari gelanggang ke gelanggang.
Zenith B janji kejutan
PASUKAN dari Shah Alam, Zenith B bakal mencipta kejutan pada saingan penutup tirai pertandingan mini sorak sempena Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009, hari ini.
Zolkipli mahu karnival futsal diteruskan
AHLI Lembaga Pengarah The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Zolkipli Abdul menganggap Karnival Futsal i-Metro perlu diteruskan pada masa depan susulan sambutan meriah Grand Final 2009 di Safira Sports Planet, Seberang Prai, Pulau Pinang, semalam.
Seberang Jaya kian dikenali
IMPIAN menjadikan Seberang Jaya antara kawasan tumpuan di Pulau Pinang seakan hampir terlaksana dengan kehadiran akhbar nombor satu negara, Harian Metro yang menganjurkan Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009.
Court Soccer tebus duka skuad senior
KEMUNCULAN skuad Court Soccer langsung tidak dipandang, namun seluruh mata tertumpu kepada mereka selepas dinobatkan juara keseluruhan kategori Lelaki Bawah 17 tahun Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009, semalam.
HMWLS gah bedal lawan
BERMULA dengan suka-suka, HMWLS kini sudah mampu mendabik dada dan berbangga dengan status yang dimiliki - juara mutlak kategori Terbuka Wanita saingan Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 yang melabuhkan tirainya di Safira Sports Planet, Seberang Jaya, petang semalam.
Megat wira Eka Mcav
GELANGGANG Safira Sports Planet, Seberang Jaya, terus membawa tuah buat pasukan Eka Mcav apabila berjaya muncul juara Grand Final Karnival Futsal i-Metro edisi 2009.
Haizrik tangkas kawal gawang
LIMA tahun beraksi bersama Eka Mcav yang dahulunya dikenali sebagai Giant Bees memberi makna tersendiri buat Mohd Haizrik Bahrom terutama apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik kategori Terbuka Lelaki Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009.
Persembahan Zenith B memukau
PERSEMBAHAN cemerlang Zenith B pada hari kedua Pertandingan Mini Pasukan Sorak membolehkan mereka merangkul gelaran juara buat kali pertama sejak penubuhan pasukan awal tahun ini.
Usaha tiga tahun berbaloi
PENYERTAAN kali ketiga melimpahkan tuah buat wakil Pahang, Zazzs FC apabila meraih gelaran naib juara kategori Terbuka Wanita Grand Final Karnival Futsal i-Metro, kelmarin.
RSP B tekad bangkit 2010
KEKALAHAN di final kategori Lelaki Bawah 17 tahun memberikan pengajaran terbaik buat RSP B untuk menghadapi cabaran Karnival Futsal i-Metro tahun depan.
Sasaran tercapai
PENCAPAIAN muncul naib juara kategori Terbuka Lelaki Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 dianggap sebagai sesuatu di luar jangkaan buat pasukan tuan rumah, Laman@Nwe yang tidak menjangka mampu mara sejauh itu.
Sudah rezeki Zuhairi
FIRASATNYA sentiasa terarah kepada rakan yang dilihat lebih lincah namun kalau sudah menjadi rezeki, ia tetap menjadi miliknya.
KPTMKL tekad bangkit
PERJUANGAN Kolej Polytech Mara Kuala Lumpur (KPTMKL) untuk bergelar juara kategori Terbuka Lelaki Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 tersekat apabila tewas kepada pasukan Laman@Nwe di saingan separuh akhir, Ahad lalu.
Sengat Hafiza
KOLEKSI sembilan gol termasuk lima di final melayakkan tonggak HMWLS, Nor Hafiza Roslan dianugerahkan Pemain Terbaik Terbuka Wanita Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 di Safira Sports Planet, Ahad lalu.
Ayamas, Ambank capai matlamat
KEBANJIRAN lebih 15,000 pengunjung dan peminat futsal tempatan pada Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 di Safira Sports Planet, Seberang Jaya hujung minggu lalu berjaya mencapai matlamat dua penaja, Ayamas dan Kumpulan Ambank.
Merc FC bangga
KETIADAAN empat tonggak utama kerana mewakili Terengganu mengundang bencana buat Merc FC apabila mereka sekadar menghuni tangga ketiga kategori Terbuka Wanita Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009.
BJ Tiger puas hati kelompok lapan terbaik
BERADA dalam kelompok lapan pasukan terbaik kategori Terbuka Wanita di Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 dianggap sebagai satu kejayaan buat pasukan BJ Tiger yang hanya mengharapkan kudrat empat pemain.
WLS jadikan kegagalan satu pengalaman
JIKA skuad senior mereka, HMWLS megah selepas diangkat sebagai juara kategori terbuka wanita Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2009 yang berakhir di Safira Sports Planet, Ahad lalu, nasib berbeza pula dialami WLS kerana tersingkir di peringkat kumpulan.