myMetro
HARI PILIHAN RAYA UMUM KE-12
Kotak Undi
Cari
VIDEO TERKINI
Tidak akan memegang apa-apa jawatan -Sammy Vellu Mar 13, 2008, 09:25 AM
galeri video lagi...

GALERI FOTO
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan setelah berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah sebuah kereta, ketika pihak polis membawa Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul ...
  •   K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
    K.Muthu memakai topeng Anwar Ibrahim ketika menjadi perayu undi pada pilihanraya 2008 Parlimen Lembah Pantai di Sekolah Menengah Bangsar. Gambar Yahaya Hashim (08-03-2008)
  •   Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
    Kumpulan penyokong PAS mula melakukan keganasan serta membaling objek keras kearah pasukan polis di Kampung Rusila, Marang, semalam. Gambar oleh Izhari Ariffin. (08-03-2008)
  •   SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di  Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
    SELEBRITI Daphne Iking (kiri) dan adiknya, Michelle-Ann Iking, yang membantu kempen bapa mereka, berbual dengan pengundi di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan, Sabah. - (08-03-08)
  •   KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. -  Gambar oleh Izhari Ariffin (08-03-08)
    KUMPULAN penyokong PAS cuba menghalang kenderaan polis yang membawa anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi 31, bagi membantu siasatan selepas berlaku rusuhan di Kampung Rusila, Marang. - ...
galeri foto lagi...
Laman Utama » Senarai Berita
  • Guan Eng umum Exco Pulau Pinang

    PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini mengumumkan memegang portfolio pembangunan industri dan perdagangan antarabangsa, hal ehwal tanah dan pembangunan tanah dalam kabinet negeri.

  • DAP mohon maaf bantah perlantikan MB Perak

    KUALA LUMPUR: DAP memohon maaf atas kenyataannya semalam bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan setiausaha perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

  • Keangkuhan DAP undang permasalahan kaum

    KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, membidas sikap kepimpinan DAP yang disifatkan sebagai angkuh terutama apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di negeri itu.

  • Majlis angkat sumpah, perlantikan exco ditunda

    KUALA TERENGGANU, 10 Mac (Bernama) — Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dan pelantikan Exco-exco kerajaan negeri yang dijadual berlangsung di Istana Maziah di sini pagi ini dibatal pada saat-saat akhir

  • Abdullah pengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, yang merupakan mesyuarat pertama MT selepas pilihan raya umum Sabtu lepas.

  • Ketua Puteri antara calon BN dapat paling tinggi majoriti

    KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, boleh dianggap antara calon Barisan Nasional (BN) paling menyerlah apabila berjaya menewaskan calon Pas, Faizal Ali yang jauh lebih berpengalaman ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Parit Sulong, Johor, pada Pilihan Raya Umum ke-12, kelmarin.

  • Rakyat tetap beri mandat

    KUALA LUMPUR: “Ini adalah pendirian rakyat untuk melihat kekuatan mereka... untuk tidak mahu beri kita kemenangan (majoriti) dua pertiga,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) melalui majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, kelmarin.

  • Kayveas terima kekalahan dengan terbuka

    TAIPING: “Saya menerima kekalahan ini secara terbuka. Biarpun sudah tidak menjadi wakil rakyat, saya akan terus bekerja keras untuk melaksanakan program yang dirancang di Taiping,” kata Presiden PPP, Datuk M Kayveas yang gagal mempertahankan kerusinya di Parlimen Taiping dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, kelmarin.

  • 'Saya sedia letak jawatan'

    GEORGETOWN: “Saya sedia letak jawatan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan teruk parti Gerakan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-12,” kata Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

  • Analisis: 'Dengarlah rintihan kami'

    BAGAI dipanah halilintar. Itulah senario melanda Barisan Nasional (BN) Selangor selepas tewas di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 17 Parlimen kepada parti lawan dan ia boleh dianggap isyarat senyap rakyat negeri itu yang disalurkan melalui peti undi atas pelbagai faktor tidak terjangka.

  • 'Kita perlu berani berubah'

    SEREMBAN: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim menasihatkan semua pihak supaya mengambil iktibar daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang diumumkan kelmarin.

  • YB perlu berundur sebelum disingkir

    JOHOR BAHRU: “Berdasarkan pengalaman saya selama 30 tahun, saya tahu bila masa untuk undur kerana dalam politik, makin lama makin ramai orang yang benci dan menjadi musuh...jadi kita perlu pergi sebelum orang benci dan singkirkan kita,” kata veteran Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat, malam kelmarin.

  • 322,461 undi rosak

    KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) bukan hanya menyaksikan kejutan daripada segi tewasnya beberapa calon ‘heavyweight’, tetapi pada masa sama turut menyaksikan kejutan berganda jumlah undi rosak.

  • Tak jejas pelaburan

    PUTRAJAYA: Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada akan terus menerima pelaburan asing yang besar, kata Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz.

  • Cabaran laksana manifesto

    DI SEBALIK kemenangan menakjubkan parti pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan empat kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 kelmarin, kini timbul persoalan mengenai janji manis yang ditaburkan kepada pengundi sepanjang berkempen.

  • Adik-beradik mantap

    KUALA LUMPUR: Penyertaan adik-beradik dalam kancah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, kelmarin menyaksikan sebahagian besar daripada mereka menewaskan pencabar masing-masing, biarpun mereka menganuti fahaman politik berbeza.

  • Wakil rakyat anak-beranak

    KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, kelmarin menyaksikan gandingan beberapa anak-beranak memenangi kerusi yang ditandingi, namun mengecewakan calon pewaris ‘diperturunkan’ daripada bekas pemimpin kepada anak masing-masing.

  • 108 calon hilang wang pertaruhan

    KUALA LUMPUR: Seramai 108 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12, kelmarin hilang wang pertaruhan selepas memperoleh undi kurang satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi sah membabitkan nilai pertaruhan kira-kira RM1.08 juta.

  • Tak perlu risau

    PETALING JAYA: Ketua jabatan kerajaan tidak perlu risau akan ditukarkan kerana bakal Menteri Besar Selangor baru, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim sudah berjanji akan mengekalkan kakitan gan kerajaan yang berkhidmat cemerlang untuk rakyat.

  • Janji untuk basmi kemiskinan penduduk Kerinchi

    KUALA LUMPUR: Misi pertama Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai ialah membebaskan masyarakat Kampung Kerinchi daripada belenggu kemiskinan dan sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

  • Bangkit baiki imej parti, kaji kesilapan

    KUALA LUMPUR: “Jika kita lalai, inilah harga yang perlu kita bayar tunai,” kata Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulas kekurangan majoriti diterima Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

  • Maimun tidak serik

    KUALA TERENGGANU: Calon Bebas, Maimun Yusof, 89, berkata beliau tidak serik untuk bertanding lagi pada pilihan raya akan datang walaupun hilang wang deposit pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, kelmarin.

  • Suspek merusuh dikenal pasti

    KUALA TERENGGANU: Polis dijangka menahan lebih ramai suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh dan membaling batu ke arah pihak berkuasa di Kampung Rusila, Marang, kelmarin.

  • Hadi sokong tindakan anak tahan bas

    KOTA BHARU: “Saya bangga kerana anak saya bersama penyokong Pas menunjukkan satu pengorbanan yang gigih bagi memperjuangkan demokrasi di negara kita,” kata Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.

  • Zulhasnan sedia laporan

    KUALA LUMPUR: Barisan pertahanannya gugur satu persatu di medan perang, namun Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique bukan seorang yang mudah menyerah kalah.

  • Tiada salah laku serius

    KUALA LUMPUR: Tiada laporan berkaitan salah laku pilihan raya yang serius dan kejadian khianat membabitkan parti politik dilaporkan kepada polis sepanjang hari membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) di sekitar ibu negara, kelmarin.

  • Empat skrin tumpuan petugas media

    PUTRAJAYA: Empat skrin besar yang diletakkan di luar pusat media di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi tumpuan utama petugas media mendapatkan keputusan terkini Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).

  • Rakyat tolak calon baik

    MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan pengundi di Parlimen Kota Melaka membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Kesidang serta Ayer Keroh dan Bachang dalam Parlimen Bukit Katil yang tewas kepada DAP sebagai tidak matang dalam membuat keputusan walaupun tahun calon berkenaan tidak memberikan apa-apa sumbangan.

  • PKR minat jawatan TKM

    GEORGETOWN: Satu kerajaan campuran bakal dibentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama-sama Parti Demokratik Rakyat (DAP) bagi membolehkan jawatan Timbalan Ketua Menteri diberikan kepada mereka.

  • 'Tiada perubahan drastik'

    ALOR STAR: “Tiada perubahan drastik. Kalau perkara baik, buat apa kita nak tukar. Bagaimanapun, ia dilakukan dengan pendekatan dan cara kira sendiri.”

  • Ratusan kawal Bangunan SAAS

    SHAH ALAM: Ratusan penyokong Barisan Alternatif (BA) berkumpul di tiga pintu masuk Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini, sejak tengah malam kelmarin kerana mendakwa bagi memastikan tiada siapa membawa keluar dokumen sulit tersimpan di pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

  • Polis nasihat penyokong pulang

    SHAH ALAM: Kumpulan penyokong Barisan Alternatif (BA) yang berkumpul di depan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini, yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan Selangor, sejak tengah malam kelmarin dinasihatkan pulang ke rumah kerana perbuatan itu tidak berfaedah.

  • Adun Batang Kali ikrar harungi cabaran bersama rakyat

    BATANG KALI: “Walaupun memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini, banyak cabaran perlu dilalui kerana Selangor ditawan parti lawan sepenuhnya. Senario ini amat mengejutkan dan bagaikan ‘tsunami’ kedua,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali yang baru, Mohd Isa Abu Kasim.

  • BN harus peka, dapatkan balik keyakinan rakyat

    KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) harus menyelidik punca mengapa prestasi mereka kurang bagus pada pilihan raya ini dan bersedia mengambil tindakan yang perlu bagi mengembalikan keyakinan rakyat yang seolah-olah terhakis, seperti yang dizahirkan dalam keputusan pilihan raya umum semalam.

  • Nurul Izzah berikrar tangani isu serius Lembah Pantai

    KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar, yang menewaskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai, berikrar untuk menangani isu serius seperti masalah perumahan dan keselamatan di kawasan itu.

  • Ribuan penyokong Pas dan Keadilan sambut MB baru di Kedah

    ALOR STAR: Ribuan penyokong parti PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berhimpun di hadapan Wisma Darul Aman sebagai tanda sokongan penuh terhadap Menteri Besar Kedah yang baru Azizan Abdul Razak.

  • Kulit kepala koyak

    MARANG: Seorang pemandu bas terkoyak kulit kepala selepas dibaling batu oleh sekumpulan lelaki ketika kenderaan dipandunya melalui kawasan kubu kuat parti itu di Rusila, di sini, semalam.

  • Nafi wujud kad pengenalan klon

    KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, menafikan dakwaan berlaku penggunaan kad pengenalan klon untuk mengundi seperti dilaporkan laman web akhbar politik dan penyebaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

  • Cuba jual kertas undi

    BUTTERWORTH: Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan polis selepas didakwa cuba menjual dua helai kertas undi di pejabat jentera pilihan raya DAP di Jalan Raja Uda, di sini, semalam.

  • Artis keluar mengundi

    KUALA LUMPUR: “Pilihan raya empat atau lima tahun sekali, bukan hari-hari. Oleh itu, tiada alasan untuk saya tidak mengundi,” kata pelakon terkenal, Rosyam Nor, 41.

  • Anda undi saya?

    KEPALA BATAS: “Adakah anda undi saya?” tanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam nada bergurau kepada isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas.

  • Wan Azizah sedia beri laluan untuk Anwar

    PERMATANG PAUH: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ,yang mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, berkata beliau akan memberikan kerusi itu kepada suaminya yang juga penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  • Mati mengejut

    ALOR STAR: Maut tidak mengenal siapa dan tempat. Itulah gambaran yang berlaku kepada dua lelaki yang meninggal dunia ketika menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-12, semalam.

  • Naik kereta kuda

    MELAKA: Tiada yang lebih menggembirakan apabila seorang pengantin perempuan diarak dengan menaiki kereta kuda milik Persatuan Ekuin Melaka (PEM) untuk ke tempat pusat mengundi, semalam.

  • Tunda sanding

    MELAKA: Sepasang pengantin baru sanggup menangguhkan upacara persandingan selama beberapa jam bagi membolehkan mereka membuang undi pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussin, Bukit Katil, dekat sini, semalam.

  • Lelaki rebah tiba-tiba

    KUALA LUMPUR: Hasrat warga emas, Ahmad Kamal Bahaudin, 65, untuk menunaikan tanggungjawabnya di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, terbantut apabila dia tiba-tiba rebah, dipercayai diserang sakit jantung.

  • 100 tahun turut undi

    KEPALA BATAS: "Makcik kenal sangat Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sejak dia kecil lagi kerana makcik sering ke rumah emaknya untuk mengaji di sana.

  • OKU sukar undi

    KUALA LUMPUR: Walaupun sudah 12 kali Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan di negara ini, pengundi cacat penglihatan masih lagi ralat kerana tidak berpeluang memangkah sendiri calon wakil rakyat pilihan mereka.

  • Nama tak tersenarai

    KUALA TERENGGANU: Gara-gara terlalu sibuk berkempen selepas pertama kali diterima calon pilihan raya umum, seorang nenek, Maimun Yusuf, 89, nyaris terlepas peluang untuk mengundi, semalam.

  • Pengalaman pertama

    MUAR: Anak lelaki Menteri Besar Johor, Jamil Abdul Ghani, 25, sanggup pulang dari Australia semata-mata mahu menunaikan tanggungjawab untuk mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-12, semalam.

  • MCA tewas di kebanyakan kerusi

    KUALA LUMPUR: MCA, parti komponen kedua terbesar BN, mengalami kekalahan besar di kebanyakan kerusi Parlimen dan negeri yang ditandinginya, merupakan yang petama dalam sejarah gabungan parti pemerintah itu sejak pilihan raya umum 1969.

  • MIC catat sejarah hitam

    KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum 2008 mencatat sejarah hitam bagi MIC apabila presiden, timbalan presiden dan dua naib presidennya kalah dalam pertandingan.

  • Pembangkang tubuh kerajaan di lima negeri

    KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga parti pembangkang akan berbincang mengenai penubuhan kerajaan dan pelantikan ketua kerajaan di negeri-negeri yang dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ini.

  • Shahrizat akur kehendak pengundi

    KUALA LUMPUR: “Saya akur mesej pengundi yang telah membuat keputusan mereka,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengulas mengenai kekalahannya kepada pendatang baru daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

  • Kekalahan terburuk Gerakan

    KUALA LUMPUR: Gerakan mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah sejak memimpin kerajaan negeri Pulau Pinang mulai 1969.

  • Hishamuddin menang, dua setiausaha politik tewas

    KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, memenangi kerusi parlimen masing-masing, namun dua setiausaha politik tewas.

  • 19 calon hilang wang pertaruhan

    KUALA LUMPUR: Seramai 19 calon, termasuk calon pembangkang dan bebas, hilang wang pertaruhan sehingga jam 11 malam ini, kerana memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi sah yang diterima.

  • Henti tulis nombor siri kertas undi

    PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta petugasnya menghentikan tindakan menulis nombor siri pada kertas undi pemilih kerana amalan itu dimansuhkan sejak pilihan raya negeri Sarawak pada 2006.

  • Dua tidak benar mengundi

    KUALA LUMPUR: Dua pemilih di kawasan Parlimen Lembah Pantai di sini, membuat laporan polis selepas mereka tidak dibenarkan mengundi oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas alasan mereka sudah mengundi.

  • Penjual ikan terkejut didakwa sudah mengundi

    SABAK BERNAM: Seorang penjual ikan yang bergegas ke saluran pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Sekinchan dekat sini kecewa kerana tidak dapat mengundi apabila didakwa sudah pun menandakan kertas undi pagi ini.

  • Mengundi selepas bersanding

    KLUANG: Selepas selesai bersanding, sepasang pengantin terpaksa pula bergegas ke pusat pengundian masing-masing yang terletak di dua tempat berasingan.

  • Anggota rela menangis tidak dibenar mengundi

    MELAKA: Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) menangis teresak-esak kerana dihalang untuk mengundi gara-gara beliau terbawa bersamanya gambar logo sebuah parti ke pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lih Jen, Pokok Mangga dekat sini.

  • Dua meninggal dunia di pusat undi

    KUALA LUMPUR: Dua orang meninggal dunia selepas rebah di pusat pengundian dalam dua kejadian berasingan di Alor Star dan Kepala Batas hari ini.

  • Pemandu bas ditumbuk dakwa bawa pengundi hantu

    BESUT: Seorang pemandu bas pesiaran yang membawa 38 pelajar matrikulasi Kolej Mara Banting, Selangor, ditumbuk penyokong parti pembangkang kerana mendakwanya membawa pengundi hantu dekat sini, pagi ini.

  • Strategi ‘kamikaze’ taktik terakhir

    KUALA LUMPUR: Hari terakhir kempen di Lembah Klang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengerahkan seluruh kekuatan jentera pilihan raya menggunakan strategi ‘kamikaze’ iaitu pendekatan bersemuka dengan pengundi berpotensi.

  • Buat keputusan tanpa emosional

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meminta pengundi membuat keputusan tanpa dipengaruhi emosi, sebaliknya memilih berdasarkan calon daripada parti yang mampu menunaikan hasrat mereka dan mencapai masa depan lebih terjamin.

  • Parti lawan hanya pandai berangan

    GEORGETOWN: Perdana Menteri (PM) semalam membidas parti lawan yang disifatkan hanya pandai ‘berangan’ dan menabur janji setiap pilihan raya umum (PRU).

  • ‘Tidak leka’

    PEKAN: “Setiap kali pilihan raya, memang saya bimbang kerana tidak menganggap kemenangan dalam genggaman, seolah-olah perkara itu akan berlaku dengan mudah.

  • Peralihan sokongan saat akhir boleh jejas peluang

    MISI Barisan Nasional (BN) menawan Kelantan dan pada masa sama, mempertahankan Terengganu sudah semakin hampir mencapai matlamatnya, hanya menunggu hasil kiraan undi pada hari ini untuk mengesahkan keputusannya.

  • Azeez yakin sokongan pengundi muda

    MAMPUKAH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dilabelkan sebagai pemimpin muda Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan nasib Mat Rempit, melenyapkan impian lawannnya, bekas Imam Besar Masjid Negara, Taib Azamudden Md Taib, kembali bertakhta di kerusi Parlimen Baling.

  • 10.9 juta pengundi buat penentuan

    TEMPOH 13 hari yang menjadi pentas pemimpin politik menampilkan aksi mereka akhirnya melabuhkan tirai tepat jam 12 tengah malam tadi seperti yang diwajibkan undang-undang.

  • Pejuang agenda generasi muda

    KUALA LUMPUR: Generasi muda amat berpuas hati dengan tahap pembangunan dilaksanakan kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan 50 tahun lalu dan yakin hanya BN mampu merealisasikan harapan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

  • Seng Giaw turut kritik perbuatan Anwar

    KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencemarkan imej negara sendiri di Singapura, baru-baru ini, turut dikritik seorang pemimpin kanan DAP, yang menganggap perbuatan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai memalukan dan tidak mencerminkan sifat seorang pemimpin sejati.

  • Teori orang lama

    GOMBAK: Berpegang kepada teori ‘semakin bimbang, makin tidak menjadi kenyataan’, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid menyifatkan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, hari ini.

  • Cuaca diramal baik

    KUALA LUMPUR: Cuaca di seluruh negara pada hari pengundian, hari ini umumnya diramalkan baik sungguhpun hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada sebelah pagi dan petang.

  • Penunjuk arah

    PUTRAJAYA: Lebih 10 papan tanda penunjuk arah pusat mengundi di pasang di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini bagi memudahkan orang ramai mengenalpasti pusat mengundi masing-masing.

  • ‘Tak usah khuatir gunakan hak anda’

    PUTRAJAYA: “Keluarlah mengundi, tak usah khuatir...gunakan kuasa anda. Itu kuasa yang anda ada untuk memilih calon yang diinginkan.” demikian ingatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kepada pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-12 hari ini.

  • Pastikan proses pengundian lancar

    KUALA LUMPUR: Pas meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan proses pengundian hari ini, berjalan lancar dan keadaan kelam-kabut ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 tidak berulang.

  • Perasmian Kem Kesihatan Rakyat kecoh

    KUALA LUMPUR: Majlis perasmian Kem Kesihatan Rakyat di perkarangan Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, di sini, semalam, kecoh seketika apabila ‘diserang’ calon Pas kerusi Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Mohamad Ghazali bersama kira-kira 20 pengikutnya termasuk daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

  • Perantau pulang

    KUALA LUMPUR: Menyedari hakikat satu undi bakal menentukan masa depan kawasan masing-masing, perantau yang bermastautin di ibu kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk menunaikan kewajipan sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 hari ini.

  • 21,000 balik naik bas sewa khas

    KUALA LUMPUR: Kira-kira 21,000 anak Kelantan pulang ke kampung halaman untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, hari ini, sempena kempen `Pakat Kelik Ngundi’ anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN).

  • Senjata tambahan Rahman

    SABAK BERNAM: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sabak, Abd Rahman Bakri, mempunyai ‘senjata’ tambahan bagi menambat hati pengundi di kawasan berkenaan.

  • Jais paling banyak terima peruntukan

    SABAK BERNAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerima peruntukan RM140 juta untuk pembangunan Islam sekali gus menjadi jabatan agama Islam paling banyak diberi peruntukan kewangan di negara ini.

  • Bergegas balik undi

    SHAH ALAM: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, terpaksa berkejar pulang ke kampung halamannya di Gopeng, Perak untuk mengundi sebelum kembali ke sini, bagi menyaksikan proses pengundian, hari ini.

  • Sudah sedia senarai kerja

    HULU LANGAT: Di tangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Ismail Sani, sudah tersedia senarai kerja yang perlu dibereskan jika diberi mandat sebagai wakil kawasan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 hari ini.

  • Jangan laku perkara dilarang

    KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai yang berada dalam lingkungan 50 meter dari pusat pengundian pada hari mengundi, hari ini, supaya tidak melakukan perkara dilarang jika tidak mahu dikenakan tindakan.

  • ‘Majoriti kenal saya’

    SEMENYIH: “Saya dilahirkan di Beranang tetapi membesar di sini. Jadi, saya tahu selok-belok kawasan ini. Berani saya katakan, kira-kira 70 hingga 80 peratus penduduk mengenali saya.

  • Minta wanita luang masa

    KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, meminta pengundi wanita meluangkan masa untuk keluar mengundi hari ini, demi masa depan negara.

  • Polis Selangor sedia khidmat terbaik

    KUALA SELANGOR: Polis Selangor yakin walaupun banyak SMS dihantar pihak tertentu untuk menakutkan pengundi keluar mengundi hari ini, lebih 8,500 anggota dan pegawai polis mampu mengawal keselamatan dan memberi khidmat terbaik sepanjang masa berkenaan.

  • Usah tunggu hingga petang

    KUALA LUMPUR: Pengundi di kawasan Parlimen Setiawangsa disaran keluar awal untuk mengundi, hari ini dan tidak berlengah hingga petang bagi mengelak sebarang masalah yang boleh melewatkan atau menghalang pergerakan mereka seperti hujan lebat.

  • Pas Terengganu masih siasat

    KUALA TERENGGANU: Pas Terengganu masih menyiasat tindakan penyokong parti itu menahan sembilan bas yang didakwa membawa pengundi hantu di jalan besar dekat Kuala Ibai di sini, semalam.

  • Polis tahan empat lelaki

    KUALA TERENGGANU: Polis menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden ganas membaling batu ke arah bas membawa penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) pulang mengundi di Kuala Ibai, awal pagi semalam.

  • Jualan tiket bas lebih laris daripada musim perayaan

    KUALA LUMPUR: Semua tiket perjalanan terutama ke Pantai Timur, habis dijual menjelang hari pengundian esok dan sehingga kini masih ada yang mencari tiket walaupun untuk perjalanan lewat malam.

  • Kambing korban beza fahaman politik

    PASIR MAS: Menjelang hari mengundi esok, pelbagai ragam akibat bahang kempen dan perbezaan politik dikesan di negeri ini hingga ada yang menjadi mangsa termasuk haiwan peliharaan.

  • PAS siasat penyokong tahan bas

    KUALA TERENGGANU: Pas Terengganu masih menyiasat tindakan ganas penyokong parti itu yang menahan sembilan bas yang didakwa membawa pengundi hantu di jalan besar dekat Kuala Ibai, di sini, semalam.

  • Tsu Koon lepas jawatan Ketua Menteri

    GEORGETOWN: “Perasaan saya bercampur-campur kerana terhutang budi kepada rakyat Pulau Pinang yang memberi sokongan cukup jitu selama 18 tahun saya menjadi Ketua Menteri (KM) negeri ini.

  • Calon BN cari jodoh

    KUALA SELANGOR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi negeri kawasan Bukit Melawati, K Parthiban, yang masih bujang, menyatakan hasratnya encari jodoh selepas selesai pilihan raya ini.

  • Perbuatan liar, biadab

    SHAH ALAM: Tindakan pihak tertentu menyimbah cat merah di kediaman Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, semalam dipercayai ada kaitan dengan beberapa keputusan dibuat suruhanjaya berkenaan sebelum ini.

  • PM optimis

    GEORGETOWN: “Kita yakin mereka (rakyat) bersama BN (Barisan Nasional).” Ini adalah jawapan spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila ditanya maklumat akar umbi yang diterimanya sama ada mereka cenderung kepada BN atau parti lawan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 esok.

  • Pas bekal pengimbas kad pengenalan

    KUALA LUMPUR: Pas akan membekalkan alat pengimbas kad pengenalan kepada petugas parti itu terutama ejen pilihan rayanya di seluruh negara bagi menghalang kehadiran pengundi hantu.

  • Kelantan, Terengganu curi tumpuan

    IKLIM tidak menentu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 esok, yang dilihat antara PRU paling sengit bakal dihadapi Barisan Nasional (BN) selepas menikmati kejayaan selesa pada PRU 11, bakal memperlihatkan saingan di beberapa negeri tumpuan.

  • Kuasa pengundi muda

    KUALA LUMPUR: Puteri Umno yakin semua calon mewakili pergerakan itu akan merebut kerusi yang ditandingi walaupun mengakui dua daripada 10 calon terbabit mungkin menghadapi laluan sukar di kawasan kubu parti lawan.

  • Saman RM10 juta

    KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman RM10 juta terhadap bekas Timbalan Presiden parti itu, Dr Chandra Muzaffar, yang didakwa memfitnahnya dalam satu forum, baru-baru ini.

  • Bahang isu setempat hangatkan pantai timur

    ORANG kata jika hendak melihat percaturan politik Melayu zaman ini, ia boleh disaksikan di negeri pantai timur. Itupun hanya di Kelantan dan Terengganu.

  • Hasil lumayan tanaman ajaib

    SHAH ALAM: Kelapa sawit yang turut dikenali ‘tanaman ajaib’ bakal mencecah nilai eksport RM50 bilion buat pertama kali pada tahun ini sekali gus memberi kemakmuran kepada kira-kira 120,000 pekebun kecil di seluruh negara.

  • Menyejukkan kerusi ‘panas’

    CUMA tinggal 24 jam saja lagi sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-12 dijalankan, esok. Dalam tempoh ini, Barisan Nasional (BN) Selangor perlu bekerja keras bagi memastikan kawasan ‘panas’ Dewan Undangan Negeri (DUN) ‘disejukkan’.

  • Teh yakin disokong

    PELABUHAN KLANG: Walaupun Melayu hanya mewakili 25 peratus daripada 25,192 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran, mereka tetap dilihat sebagai penentu kepada kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

  • Mohd Tahir dikenang

    SHAH ALAM: Tiada yang lebih menggembirakan veteran Umno, Mohd Tahir Abdul Ghaffar, 63, melainkan apabila jasa dan pengorbanannya kepada masyarakat melalui Barisan Nasional (BN) selama ini dihargai, malah terus dikenang.

  • Bangsar termaju

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kagum dengan pembangunan di Lembah Pantai terutama di Bangsar yang luar biasa dan moden, sekali gus menyaksikan kawasan Parlimen itu kini disenaraikan antara lokasi termaju di negara ini.

  • Tambah stesen teksi

    KUALA LUMPUR: “Saya akan kemukakan segera masalah ini kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan stesen teksi di ibu kota akan ditambah untuk memudahkan pemandu teksi mengambil penumpang,” janji Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

  • Kit Siang tak kenal penat berkempen

    IPOH: Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang membayangkan pilihan raya umum ini adalah yang terakhir disertainya, berkempen tanpa mengenal penat membantu calon pembangkang.

  • Dua hari menjelang pengundian

    KUALA LUMPUR: Dua hari menjelang pengundian bagi pilihan raya umum Sabtu ini, semakin terlihat PAS sampai mempelawa pengundi yang diistilahkannya sebagai ’hantu, iblis dan syaitan’ supaya memangkah ’bulan’.

  • Keputusan SPR perlu diterima

    KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ahli parti itu menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan cadangan penggunaan dakwat khas pada pilihan raya umum, Sabtu ini.

  • Jangan gaduh

    KUANTAN: “Pilihan raya ini macam hari raya, buatlah elok-elok, tidak perlu bergaduh. Jika semua orang ikut undang-undang dan tidak menimbulkan masalah, tidak berlaku kejadian buruk,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, semalam.

  • Analisis: 'Panas' batal guna dakwat

    SIAPAKAH yang ‘panas’ apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan kaedah penandaan dakwat pada kuku atau jari bagi pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 ini?

  • Mahu sambung khidmat terbaik

    KUALA KUBU BHARU: “Rakyat Hulu Selangor masih memerlukan pembangunan berterusan. Hanya kerajaan sedia ada mampu melakukan perubahan. Saya sedia menyambung perkhidmatan terbaik dan membawa banyak pembaharuan apabila dipilih semula, kelak,” kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Selangor, Datuk G Palanivel.

  • Penantian 7,000 penduduk berbaloi

    RAWANG: Penantian lebih tujuh tahun 7,000 penduduk Bandar Sungai Buaya bagi mendapatkan persimpangan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan ternyata berbaloi apabila kerajaan Pusat meluluskan projek itu, baru-baru ini.

  • Marsum korban masa demi penduduk Dengkil

    “SEPANJANG tempoh berkempen ini saya biasanya tidur dua jam saja satu hari. Masa lain saya habiskan untuk bertemu masyarakat di sekitar kawasan saya supaya mereka dapat mengenali saya dengan lebih dekat memandangkan saya calon baru.

  • PRM dakwa PKR hanya penting diri

    KUALA LUMPUR: Walaupun hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 hanya tinggal kira-kira 48 jam lagi, dua parti lawan iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah menunjukkan sikap mereka yang tidak sehaluan, sekali gus sebagai tanda perpecahan.

  • Beralih isu nasional

    PUTRAJAYA: Calon parti lawan Barisan Nasional (BN) di Wilayah Persekutuan terpaksa mengalih perhatian dengan membawa isu nasional dalam kempen yang diadakan pada Pilihan Raya Umum ke-12 selepas isu tempatan gagal meraih simpati pengundi.

  • Hidup peneroka berubah

    KUALA TERENGGANU: Peneroka Felda di seluruh negara perlu terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bagi meneruskan agenda pembangunan di tanah rancangan itu dalam tempoh 50 tahun kedua akan datang.

  • Mahathir tak pernah rasa bersalah terhadap Anwar

    ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata bahawa dakwaan kononnya beliau menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menangkap dan memenjarakan bekas timbalannya itu adalah satu “sinis" atau sindiran.

  • 'Jangan buat kerja polis'

    CHERAS: “Jangan buat kerja polis,” amaran Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, kepada semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sabtu ini, selepas Pas berura-ura menggunakan segala cara kononnya bagi mencegah pengundi hantu.

  • Mengekalkan kekebalan Johor

    MENURUT laman web ensiklopedia Wikipedia, Johor, tidak pernah dijajah secara langsung oleh Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu. Begitulah hebat dan uniknya Johor sebuah negeri yang secara tradisinya mempunyai sejarah politik kukuh dan bumi tempat lahirnya Umno - parti politik yang menjadi teras kekuatan Barisan Nasional (BN).

  • Poster koyak boleh diganti

    SHAH ALAM: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin, mendedahkan dirinya antara calon Barisan Nasional (BN) yang menjadi mangsa `belasahan’ parti lawan yang bukan saja menyerang secara peribadi, malah turut merosakkan bahan kempennya.

  • Analisis: Tagih undi simpati

    KEADAAN terdesak dilihat mendorong pemimpin parti pencabar Barisan Nasional (BN) terus membuat tawaran murah kepada rakyat walaupun jualan murah itu dilihat lebih kepada menagih undi simpati bagi mendapatkan sokongan rakyat.

  • Risalah singgung agama

    SUBANG JAYA: Parti lawan seolah-olah semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan pelbagai taktik untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 dan terbaru, mereka mengedarkan poster menyentuh sensitiviti agama di pangsapuri sekitar USJ6 Subang Perdana, di sini.

  • Terkejut bertanding dikampung halaman

    KUALA LUMPUR: Berdepan dengan penyandang kerusi Parlimen Kuala Krau, Pahang, tidak pernah melemahkan semangat pemimpin muda Pas yang menawarkan diri bagi meneruskan perjuangan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

  • 'Keluar mengundi'

    KLANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil, yang menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, mendedahkan taktik parti lawan meminta orang ramai di DUN itu tidak keluar mengundi dengan alasan beliau sudah menang.

  • Analisis: Kehadiran Dr M dianggap bonus

    IBARAT tok guru silat mahu menjengok `kesihatan' anak didiknya, begitulah senario suasana politik Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam, apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mahu ketinggalan membuka langkah silatnya bagi mengilas asakan pembangkang.

  • 'Penduduk terima kehadiran saya'

    “SEPANJANG berkempen sama ada ke rumah-rumah, perjumpaan dengan penduduk atau ceramah, masyarakat sekitar Sungai Pelek dapat menerima kehadiran saya dengan baik, malah kami dapat duduk bersama bersembang mengenai pelbagai isu.

  • Setiap keluarga terima RM2,700

    SUNGAI BULOH: Seramai 72 daripada 125 pembeli rumah pangsapuri Taman Seri Bunga Raya di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, menarik nafas lega dan gembira kerana menerima bayaran sagu hati sewa rumah RM2,700 setiap keluarga, semalam.

  • Aziz gerun cakap isu mengumpat

    KUALA LUMPUR: Kalau diukur dari segi kelulusan, calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir yang memperoleh ijazah di Mesir, juga setaraf dengan pemimpin Pas.

  • Kerjasama unik dua calon DUN

    IJOK: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dan Malawati, Datuk Mohamed Sayuti Said serta K Parthiban, mempunyai cara unik menyelesaikan masalah rakyat iaitu pergi bersama ke DUN masing-masing menyelesaikan perkara berkenaan.

  • Pembinaan landasan LRT bermula hujung tahun

    SERDANG: Menjelang 2011, masalah kesesakan lalu lintas yang menghantui penduduk Puchong dijangka dapat dikurangkan apabila sambungan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) sejauh 16 kilometer menghubungkan Sri Petaling dan Putra Heights di USJ, siap sepenuhnya.

  • Calon BN DUN Dong pilih kempen rumah ke rumah

    RAUB: “Saya lebih suka menggunakan pendekatan berkempen dari rumah ke rumah berbanding berceramah, kerana ia lebih mesra dan berkesan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

  • Hishammuddin cabar Anwar jawab tohmahan

    KEPALA BATAS: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan berhubung isu pendidikan percuma.

  • DAP yakin menang hingga 20 kerusi

    KUALA LUMPUR: DAP, parti pembangkang dengan jumlah kerusi terbesar dimenangi pada pilihan raya umum lalu, yakin memperoleh sekurang-kurangnya 15 kerusi parlimen dengan hanya tinggal empat hari sebelum hari pengundian Sabtu ini.

  • Lagi artis bantu kempen BN

    TASEK GELUGOR: Pilihan raya umum 2008 menyaksikan lebih ramai golongan artis dan tokoh korporat turut sama turun padang bagi membantu kempen calon-calon yang bertanding, berbanding pilihan raya lalu.

  • 16 ditahan sepanjang pilihan raya



  • Calon Bebas undi BN di kawasan mengundi

    KLANG: Calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Nazir Mansor, berkata beliau sanggup mengundi calon Barisan Nasional di kawasan beliau mendaftar sebagai pemilih

  • Percaturan calon ‘heavyweight’ DAP

    GEORGETOWN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah banyak kali ‘tersungkur’ di Pulau Pinang. Begitu juga dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di sebalik gelarannya sebagai ‘Singa Jelutong’.

  • Petanda awal di Lembah Pantai

    KUALA LUMPUR: Pengakuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa calon parti itu, yang juga anak sulungnya, Nurul Izzah sukar menang di Lembah Pantai adalah petanda kemenangan Barisan Nasional (BN).

  • Mohd Ali sasar sifar pembangkang

    EMPAT tahun lalu dalam pilihan raya umum (PRU), Parlimen Kota Melaka yang menjadi kubu kuat DAP berjaya ditawan Barisan Nasional (BN) selepas 35 tahun dikuasai parti pembangkang itu.

  • 'Saya tibai jika tidak kerja kuat'

    SHAH ALAM: “Jika tiga calon ini menang tetapi kemudiannya tidak buat kerja kepada rakyat, saya akan tibai (belasah) mereka... saya ada rotan besar.

  • Siti curi tumpuan 1,000 warga ATM

    KUANTAN: Kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada majlis ramah mesra warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pemimpin di Kem Batu 10, di sini, semalam, mencuri tumpuan lebih 1,000 pegawai dan anggota.

  • 400 ahli PKR keluar parti

    KLANG: Kira-kira 400 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas yang juga penyokong Badan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) mengisytiharkan keluar dari parti itu selepas terasa dipinggirkan pucuk pimpinan yang meletakkan calon bukan India untuk bertanding di kerusi berkenaan.

  • Elak guna Mat Rempit

    KUALA LUMPUR: “Jangan gunakan khidmat Mat Rempit untuk berkempen jika ia boleh menggugat keselamatan pengguna jalan raya,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

  • Rasional kestabilan politik

    GEORGETOWN: Hanya dengan mempunyai kerajaan yang kukuh dan kestabilan politik dapat meletakkan Malaysia sebaris dengan negara maju yang lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

  • Ceramah DAP tiada permit

    SEGAMAT: Polis bertindak menyuraikan perhimpunan dan ceramah anjuran parti DAP di Bekok, malam tadi selepas memberi amaran sebanyak tiga kali kerana tidak mempunyai permit.

  • Rakyat mahu negara aman

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau tahu apa yang tersirat dalam hati rakyat ketika tiba hari mengundi nanti dan yakin mereka mahukan keamanan negara, kesenangan hidup, pembangunan, negara terus maju dan gemilang di mata dunia.

  • Anak tempatan curah bakti

    “SEBAGAI anak tempatan, ini peluang terbaik saya untuk berkhidmat kepada penduduk di sini.

  • Perlu ambil tahu masalah penduduk

    “WALAUPUN dianggap muka baru di DewanUndangan Negeri (DUN) Chempaka, kita yakin untuk mengekalkan kemenangan bagi mempertahankan kerusi ini daripada dirampas calon parti lawan.

  • Janji tin kosong

    DEMAM Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang kian dirasakan, kini semakin jelas memperlihatkan parti pencabar Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai hala tuju bagi menjamin kesejahteraan rakyat selain gemar membuat janji ‘tin kosong’.

  • Ambil cuti kerja sokong kempen Yap

    SEPANG: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek, Yap Ee Wah (gambar) amat beruntung kerana mempunyai kumpulan penyokong yang amat setia demi memastikan calon mereka menang dalam pilihan raya kali ini.

  • Dengar segala rintihan

    SEBERANG JAYA: “Kalau kita bagi ikan saja seumur hidup, dia tidak akan jadi orang maju (sebab) kita bagi saja, nak bagi senang.

  • 'Biar mereka gerak dulu'

    GOMBAK: “Biarkan mereka bergerak dulu dan apabila (mereka) sudah letih, barulah kita serang,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kempen agresif pembangkang untuk menawan kawasan yang dikategorikan panas di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 ini.

  • Kad prestasi bukti komitmen

    PUTRAJAYA: Kad laporan prestasi bertajuk 'Apa Yang Telah Dilaksanakan Oleh Wakil Rakyat Anda Dari 2004 Hingga 2008' membuktikan komitmen calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sepanjang empat tahun menjadi wakil rakyat.

  • Penduduk terharu

    SEORANG penduduk Kampung Seri Gombak Indah, Gombak, memeluk calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Yuszahari Mohd Yusoff

  • Parti lawan tiada isu untuk dimainkan di DUN Tras

    RAUB: “Saya tiada masalah dengan pengundi di kawasan ini kerana saya sudah dua penggal menerajui Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras dan banyak pembangunan yang sedang dan giat dijalankan terutama kemudahan asas.

  • Belum undi dah ada pengadu

    KUALA SELANGOR: Belum pun sempat hari mengundi, sudah ada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok datang berjumpa calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamed Sayuti Said untuk mengadu nasib.

  • 'Jangan hanya pandai cakap' - Ismail Kijo

    AMPANG: “Kalau Pas boleh beri RM600 sebulan pada ibu tunggal, tentu sudah lama dia berikan pada ibu tunggal di Kelantan,” kata calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Datuk Ismail Kijo, mengenai `omongan kosong' parti pembangkang untuk menubuhkan kerajaan kebajikan.

  • Kemenangan demi pembangunan Ampang

    AMPANG: Pembangunan di kawasan Parlimen Ampang amat pesat dan lengkap, namun anak muda di kawasan ini berdepan dengan masalah besar kerana ramai remaja yang terjerumus dengan gejala sosial.

  • Khairy akui agresif pastikan BN menang

    PASIR MAS: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mengakui mengambil pendekatan agresif menentang parti pembangkang semata-mata untuk menjaga kepentingan dan memastikan kemenangan Barisan Nasional(BN) pada pilihan raya umum kali ini.

  • Zainuddin kesal pembangkang sebar fitnah perkauman

    SUNGAI PETANI: Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin kesal dengan fitnah berunsur perkauman kononnya beliau akan mengalihbahasa program dan drama televisyen berbahasa Cina ke bahasa Malaysia.

  • Bukan poster jadi ukuran - Muhammad

    SHAH ALAM: Tinggal kurang seminggu sebelum pengundi memilih calon mana bakal diberi mandat pada plihan raya umum 8 Mac ini, ironinya masih tidak banyak kelihatan poster membabitkan calon bertanding terutama di kawasan bandar.

  • Ketua PKR Giram keluar parti

    KUNAK: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Giram, Harison Mohamad, mengumumkan keputusannya keluar dari parti itu dan mengisytiharkan sokongannya kepada Barisan Nasional (BN).

  • Tidak abai luar bandar

    KEPALA BATAS: “Inilah yang kita dapat buktikan kepada rakyat. Kerajaan juga sentiasa mencari kemajuan lain yang akan dilaksanakan di luar bandar sama ada yang berhubung kait dengan sektor pertanian atau pembangunan perusahaan.

  • 'Kerajaan bayar bagi pihak ibu bapa'

    PUTRAJAYA: Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan lebih banyak daripada ibu bapa pelajar itu sendiri bagi memberikan pendidikan yang sempurna kepada pelajar di negara ini, kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar.

  • 'Beli satu 2 percuma'

    KUALA LUMPUR: "Beli satu dapat dua percuma," itu jaminan Gerakan kepada pengundi di Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan bagi membantu calonnya, Lim Si Pin mempertahankan kerusi itu daripada jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 ini.

  • Usah tolak kemajuan

    KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat Kelantan tiada alasan untuk terus menolak kemajuan dan perubahan yang mahu dibawa Barisan Nasional (BN) kerana Islam sendiri tidak mahu umatnya hidup mundur.

  • 'Cahaya' nikmati pembangunan

    MUNGKINKAH dominasi kerajaan Pas Kelantan berakhir 8 Mac ini? Andaian itu sebenarnya semakin sukar ditolak berdasarkan usaha tanpa kenal erti putus asa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno Kelantan, sejak 18 tahun Pas menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang.

  • Tiada imbuhan

    SEREMBAN: Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menafikan tuduhan bahawa setiap pengundi berdaftar dengan Pemuda BN dalam kempen untuk menggalakkan rakyat Kelantan pulang mengundi akan menerima sagu hati RM130 seorang sebagai imbuhan.

  • DAP selar calon baru

    KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, menyelar segelintir calon muda dan muka baru parti itu yang suka mencaci dan melakukan serangan peribadi termasuk menyamakan lawan mereka dengan binatang.

  • Taktik tempur Zulhasnan

    PILIHAN Raya Umum ibarat perjuangan di medan perang. Pihak yang bijak mencatur strategi menggempur kubu dan mematahkan hujah lawan akan meraih kemenangan.

  • Nik Aziz dakwa BN dengki

    PUTRAJAYA: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata rakyat Kelantan tidak perlu mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kerana biarpun diperintah pembangkang, mereka tetap menikmati pembangunan yang dibawa kerajaan Pusat ke negeri itu.

  • Jaja video Lingam

    KUALA LUMPUR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gwo Burne Loh yang bertanding di Parlimen Kelana Jaya, bukan saja cuba meraih sokongan pengundi dengan popularitinya kerana pendedahan klip video Datuk V K Lingam, malah turut melancarkan poster kempen menggunakan imej peguam terbabit.

  • Isa janji tak lupa diri

    BATANG KALI: “SAYA berjanji akan memperkenalkan satu kaedah baru berkesan yang akan diumumkan nanti dalam menangani masalah rakyat di kawasan ini setelah mendapat mandat pengundi pada 8 Mac ini. Janji yang diberikan pasti dikotakan.

  • Tingkat kemudahan 4 bandar

    BATANG KALI: Penduduk di empat bandar baru di Bandar Utama Batang Kali, Bukit Sentosa, Bandar Baru Sungai Buaya dan Taman Bunga Raya dijamin menikmati prasarana asas lebih selesa tidak lama lagi.

  • Parti lawan ibarat penjual ubat

    DENGKIL: "Jangan terpengaruh kalau ada orang datang masuk kampung kita dan jumpa dua tiga minit...ini semua datang musim pilihan raya macam orang jual ubat," kata calon Barisan Nasional (BN)

  • Baiki taraf hidup rakyat

    BENTA: Pengalaman melihat kemiskinan hidup rakyat luar bandar ketika kempen pilihan raya umum (PRU) lalu memberi idea kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta, Datuk Mohd Soffi Abd Razak, 51, untuk memperbaiki taraf hidup golongan berkenaan.

  • Tahu cara terbaik dekati pengundi

    PUTRAJAYA: Pengalaman menjadi Pengarah Jentera Pilihan Raya Umum selama empat penggal memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi, Datuk Mohd Fathil Daud, mendekati pengundi di kawasan berkenaan.

  • Persembah acara budaya mohon kemudahan tambahan

    TANJUNG SEPAT: Masyarakat Orang Asli di Tanjung Sepat di sini, mempunyai cara tersendiri memohon kemudahan tambahan lebih baik daripada calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, Datuk Dr Abdul Karim Mansor, iaitu melalui persembahan kebudayaan.

  • Jenguk pelajar koma 2 bulan

    MELAKA: Meskipun sibuk berkempen pada siang hari dengan kepadatan jadual terutama menghadiri perjumpaan dan ceramah serta bertemu pengundi pelbagai kaum namun calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Gan Tian Loo sempat meluangkan masa menjenguk pelajar berusia 14 tahun yang koma sejak dua bulan lalu.

  • Hanya fitnah

    BANDAR PENAWAR: “Itu hanya fitnah semata-mata,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau membeli calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Pengerang, Norazan Abdullah dengan membayar RM1 juta adalah mengarut.

  • Minta polis siasat SMS perkauman

    BAGAN DATOH: Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta polis menjalankan siasatan terhadap penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau perkauman pada pilihan raya umum ini.

  • Belum pasti siapa Ketua Menteri Pulau Pinang

    BUKIT MERTAJAM: Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengulangi kenyataan partim itu belum memutuskan siapa bakal menggantikannya sebagai Ketua Menteri baru Pulau Pinang.

  • Penduduk terkejut Siti Nurhaliza hadir majlis kenduri kampung

    GEMAS: Lebih 1,000 penduduk di Taman Gemas Indah, di sini, terkejut selepas mendapati tetamu khas yang dijemput pada majlis kenduri kampung penduduk bersama pemimpin, malam kelmarin adalah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

  • Ayah ekori Noraini

    BATU PAHAT: Benar kata orang, kasih sayang seorang bapa tiada tandingannya dan ia jelas dilihat pada Ahmad Rais, bapa calon kerusi Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang sanggup mengekori anak sulungnya itu berkempen ke sana ke mari.

  • Tak kisah kena kutuk

    KEPALA BATAS: Pengalaman dikutuk dan dihina langsung tidak berbekas di hati ahli kumpulan Kami Sayang Pak Lah yang melakukan tugas dengan sukarela ketika mengedar risalah Malaysia 2008, di sini, semalam.

  • Makin 'panas'

    KUALA LUMPUR: Semakin panas sesebuah kawasan, semakin rancak perang poster — begitulah keadaannya selepas genap seminggu berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) sejak hari penamaan calon 24 Februari lalu.

  • Pilih dengan bijak - Siti Nurhaliza

    REMBAU: "Pilih dengan bijak," demikian nasihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kepada 10.9 juta pengundi yang akan mengundi di seluruh negara Sabtu depan.

  • Calon Bebas jejaskan peluang calon PKR DUN Titi Tinggi

    PADANG BESAR: Keria Senawi begitu sinonim dengan nama tempat kelahirannya iaitu Padang Keria namun calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi itu, mula resah dengan kehadiran calon bebas bagi merebut kerusi yang sama.

  • Terengganu tidak perlu ragu pilih BN - Abdullah

    KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat Terengganu tidak perlu ragu-ragu untuk terus menyokong Barisan Nasional (BN) kerana mereka bakal menikmati pembangunan yang lebih hebat dalam tempoh lima tahun akan datang.

  • Pantang bukan halangan

    “WALAUPUN baru habis pantang selepas melahirkan anak dua bulan lalu, ia tidak sedikitpun menjadi penghalang kepada saya untuk berkempen dari rumah ke rumah sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan.

  • Sasaran Tengku Adnan

    PUTRAJAYA: “Matlamat kita untuk menewaskan mereka dan memastikan hilang deposit,” kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mengenai sasarannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kali ini.

  • Habis banyak masa lawat pinggir bandar

    SHAH ALAM: “Saya bukan tidak pernah datang melawat kawasan (Shah Alam), tetapi lebih banyak menghabiskan masa melawat ke pinggir bandar ini seperti ke Kampung Kuantan, Padang Jawa dan Bukit Kuda.

  • Hormati peraturan

    KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua anggota parti politik tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencemar perjalanan pilihan raya umum kali ini jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

  • Minda: Menilai pencapaian Mohamad Hasan

    “KITA tidak menabur pelbagai janji sewenang-wenang tapi apabila berjanji kita pasti tunaikan.” Demikian kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan pada Majlis Meletakkan Batu Asas Masjid Seremban 2 pada 16 Februari lalu, tiga hari selepas pengumuman pembubaran Parlimen dibuat Perdana Menteri.

  • Ada calon guna Datuk palsu?

    TANJONG KARANG: Ada calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mungkin menggunakan gelaran Datuk yang diragukan statusnya. Berdasarkan penelitian awal, gelaran Datuk itu hanya diberikan sultan dari dua negeri, tetapi ia belum dapat dipastikan kesahihannya.

  • Firasat Mak Leha

    “JANGAN mimpi senario pilihan raya umum 1999 akan diulangi pada 8 Mac nanti. Pembangkang bakal tenggelam bersama angan-angan ‘Mat Jenin’ mereka,” kata bekas Ahli Parlimen Gombak, Tan Sri Zaleha Ismail, semalam.

  • Pentas kecam peribadi

    KUALA LUMPUR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memungkiri janjinya tidak menyerang peribadi parti lawan apabila bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta sekutunya daripada DAP, tidak henti-henti mengecam pemimpin Barisan Nasional (BN).

  • Sayang ‘wao ai ni’

    BATU PAHAT: ‘Wao ai ni’ (aku cinta kamu). Itulah ungkapan yang beberapa kali kedengaran diucapkan pengundi Cina terutama lelaki separuh umur dan warga emas ketika calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, mengunjungi pengundi di pekan Semerah, di sini, semalam.

  • Taib yakin menang semula

    BALING: Walaupun empat tahun ‘menyepi’ selepas kalah di tangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004, calon Pas Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib, (gambar) yakin dapat merampas kembali kerusi lamanya itu.

  • Ismail tak pilih bulu

    HULU LANGAT: “Dulu saya selalu gunting rambut dia (calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Ismail Sani), sekarang saya mahu dia gunting rambut saya pula.

  • Pengundi Kedah dinasihat undi pagi elak hujan

    ALOR STAR: Pengundi di Kedah dinasihatkan keluar mengundi pada waktu pagi dan bawa payung ketika keluar rumah kerana negeri ini dijangka mengalami cuaca buruk pada tengah hari 8 Mac ini.

  • Bekas diplomat Singapura ramal BN menang

    NEW YORK: Bekas wakil tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kishore Mahboobani, meramalkan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum 8 Mac ini.

  • Najib arah pihak berkuasa sedia hadapi banjir

    KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak berkuasa berkaitan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir pada hari pengundian 8 Mac ini.

  • BN tunggu masa keluarkan "isu besar" tangkis tohmahan

    KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu sedang menunggu saat paling sesuai untuk mengeluarkan beberapa “isu besar” yang boleh menangkis segala tohmahan parti pembangkang, kata Ketua Penerangan Umno negeri Datuk Ahmad Shabery Cheek.

  • Berbahasa Mandarin mudahkan Kamurazaman pikat pengundi

    KULAI: Kelebihan berbahasa Mandarin memudahkan muka baru Kamaruzaman Ali yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai pada pilihan raya umum ini untuk memikat para pengundi daripada kaum Cina.

  • Pemuda mahu Permatang Pauh jadi kubu BN: Hishamuddin

    BUKIT MERTAJAM: Para pengundi kerusi Parlimen Permatang Pauh sudah muak dengan janji kosong parti pembangkang dan kini mahu perubahan, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

  • Fong sambut hari lahir semasa kempen pilihan raya

    ALOR GAJAH: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn hari ini menyambut hari lahirnya yang ke-64, di tengah-tengah kesibukan beliau berkempen mempertahankan kerusi Parlimen Alor Gajah pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

  • Petugas Pas terbunuh

    TANJUNG KARANG: Seorang petugas jentera pilihan raya Pas maut selepas terjatuh dari belakang sebuah lori ditumpangnya di Kilometer 59, Jalan Klang-Telok Intan, ketika dalam perjalanan memasang sepanduk dan bendera parti berkenaan, kelmarin.

  • Cabaran hulubalang muda

    BUAT julung kali sejak pilihan raya umum 1974, Barisan Nasional (BN) Terengganu sekali lagi menampilkan seorang calon tunggal wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12.

  • Perkenal diri

    "ADA penduduk terkejut melihat wajah saya ketika saya turun padang untuk berkempen dan memperkenalkan diri, malah penduduk tidak percaya saya calon wakil rakyat mereka memandangkan muka saya mirip Melayu.

  • Kelab Kami Sayang Pak Lah

    KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berkunjung ke Bukit Bintang malam kelmarin, terkejut apabila diserbu sekumpulan gadis jelita diketuai penyanyi dangdut tanah air, Ani Mayuni, yang membawa risalah dan pelekat kereta 'Kami Sayang Pak Lah'.

  • Pastikan lambang parti tidak halang lalu lintas

    KUALA TERENGGANU: Petugas parti-parti politik diingatkan supaya tidak memasang lambang parti masing-masing termasuk bendera dan kain rentang, sehingga menganggu lalu lintas, kerana ia boleh menganggu dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

  • PM bidas Hadi keluarkan fatwa bertentangan dengan ajaran islam

    KEPALA BATAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak mengikut rentak parti pembangkang itu.

  • Polis benar guna projektor, skrin besar

    KOTA BAHARU: Polis Kelantan hari ini membenarkan parti-parti politik untuk menggunakan projektor dan skrin besar dalam ceramah politik yang diadakan di seluruh negeri ini.

  • 123 kes dilaporkan di seluruh negara

    KUALA LUMPUR: Sebanyak 123 kes siasatan telah dibuka berhubung pelbagai kesalahan sepanjang proses pilihan raya sejak hari penamaan calon Ahad lepas hingga semalam, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin.

  • Kepentingan penduduk di lembah pantai lebih penting: Shahrizat

    KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata beliau tidak kisah apa yang dimahukan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar dalam perebutan bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai, kerana yang penting baginya ialah menjaga kepentingan penduduk di kawasan parlimen berkenaan.

  • PAS cadang debat terbuka di TV mengenai manifesto parti

    KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencadangkan satu debat terbuka diadakan dengan Barian Nasional (BN) bagi membincangkan kandungan manifesto pilihan raya masing-masing.

  • Tolak dakawaan BN rasuah calon pembangkang

    SIBU: Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak , Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan, menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa calon mereka dan beberapa calon bebas telah ditemui dan ditawarkan rasuah untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

  • BN, Pas kempen rumah ke rumah di Putrajaya

    PUTRAJAYA:Tiada pentas dan khemah besar, cuma ketukan dari pintu ke pintu rumah pengundi pada siang dan malam.

  • Pas terdesak halalkan serangan peribadi - Khairy

    REMBAU: Kepimpinan pembangkang jelas semakin terdesak hingga sanggup menghalalkan serangan peribadi dan apa juga cara untuk menang pilihan raya, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

  • Pertandingan bagi 214 kerusi Parlimen dan 501 DUN

    KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum 8 Mac ini akan menyaksikan pertandingan bagi 214 kerusi Parlimen dan 501 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas dua kerusi lagi, masing-masing satu kerusi Parlimen dan negeri, diisytiharkan tiada pertandingan apabila tempoh menarik diri berakhir pukul 12 tengah malam tadi.

  • "Adnan Cuci Anwar" strategi BN Pahang tangani pembangkang

    KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan menggunakan pendekatan kempen "Adnan Cuci Anwar" bagi menepis semua tohmahan yang dilemparkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memburuk-burukan kerajaan menerusi siri ceramahnya di Pahang.

  • Budayakan politik Islam berkasih sayang jadi perjuangan calon BN

    KOTA BAHARU: Membudayakan politik Islam yang berasaskan kasih sayang menjadi agenda utama Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki, 31, dalam usaha meneruskan perjuangan di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

  • Ka Ting jamin tingkat ekonomi dan peluang pekerjaan di Kulai

    KULAI: Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting berjanji akan membangunkan kawasan ini dari segi ekonomi di samping menambah peluang pekerjaan kepada penduduk.

  • Gambaran tindakan orang terdesak

    JERLUN: "Itulah pembangkang. Mereka tidak dapat mengawal perasaan dan bertindak dengan cara yang berlawanan dengan undang-undang serta tidak mempunyai kesopanan."

  • Kiraan undi lebih cepat

    PUTRAJAYA: Keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac depan dijangka dapat diketahui dalam tempoh tiga jam setengah selepas proses pengundian berikutan kertas undi kali ini dikira di pusat mengundi.

  • Cuma 'pengacau'

    BENTONG: Kehadiran parti lawan dalam setiap pilihan raya hanya sebagai 'pengacau' dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat secara bersungguh-sungguh, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

  • Nafi pujuk calon Bebas

    KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali menafikan dakwaan kononnya parti itu meminta calon Bebas Parlimen Lembah Pantai, N Periasamy menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU), 8 Mac ini.

  • Mampukah Guan Eng sambung projek bapa?

    KEMPEN Pilihan Raya Umum ke-12 masuk hari kelima hari ini yang menyaksikan semua parti bertanding sudah mula menggerakkan jentera masing-masing. Perang bendera dapat dilihat di sana-sini, malah tidak kurang juga ceramah politik serta kempen dari rumah ke rumah sudah bermula menyebabkan semua calon tidak senang duduk berkempen ke sana ke mari.

  • Slogan Mat Jenin

    BUKIT MERTAJAM: "Bagaimana dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh tergamak untuk mengaburi mata rakyat dengan kata bila menang (pilihan raya) hari ini mahu turunkan harga minyak, esok.

  • 'Sanggup kerja keras'

    "SAYA tahu lawan saya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon yang dikenali.

  • 'Meriah' dua calon bertembung

    AMPANG: Suasana di Stesen LRT Ampang di sini, 'meriah' seketika apabila calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Haslinda Mohd Zerain yang berkempen di situ, bertembung dengan calon kerusi Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

  • Kempen guna bahasa Jawa

    KLANG: Calon muka baru Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru, Md Ghazali Md Amin, 54, (gambar) mempunyai gaya sendiri untuk menarik perhatian masyarakat - berkempen menggunakan bahasa Jawa.

  • Roboh bilik gerakan

    KUALA LUMPUR: Sekumpulan lelaki berpakaian gelap dan bertopeng ala Zorro yang dipercayai diupah pihak tertentu meranapkan dua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, awal pagi semalam.

  • DAP mahu kerajaan biaya kos jambatan kedua

    PULAU PINANG: DAP mahu kerajaan membiayai sepenuhnya kos pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang supaya rakyat tidak dibebani dengan bayaran tol.

  • MIC siar empat siri iklan jawab tuduhan

    SUNGAI SIPUT: MIC akan menyiarkan empat siri iklan di akhbar utama bukan berbahasa Tamil bagi menjawab tohmahan bahawa parti yang mewakili masyarakat India itu tidak memainkan peranan untuk membantu memajukan masyarakat berkenaan.

  • ‘Pertama’ dalam pilihan raya kali ini

    KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum kali ini akan mencatat beberapa “pertama” dalam sejarah negara, terutama pengenalan dakwat yang tidak mudah dipadamkan dan kotak undi lut sinar oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

  • MCA pecat dua ahli jadi calon bebas

    KUALA LUMPUR: MCA akan memecat dua anggotanya kerana bertanding sebagai calon bebas dan menentang calon Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.

  • Medan uji pengaruh bapa

    ANTARA bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengaruh siapa yang lebih kuat dalam menawan hati pengundi di Wilayah Persekutuan?

  • DAP pening

    KUALA LUMPUR: DAP pening kepala apabila pakatan mereka bersama parti pembangkang lain menyebabkan pertembungan 33 calon pembangkang sekali gus membuktikan pakatan mereka gagal.

  • Tarik diri

    GEORGETOWN: Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Keramat, Shahul Hameed Mohamed Ishack memberi alasan tekanan keluarga sebagai punca menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

  • Nak jadi MB

    KANGAR: Mengikut perkiraan Pas, Persuruhjaya Pas negeri yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Hashim Jasin, bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang ke-8 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 nanti.

  • 'Jangan cakap saja'

    PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), mendedahkan bahawa beliaulah yang memperjuangkan sekolah agama rakyat (SAR) hingga Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), meluluskan pembinaannya.

  • BN menang kerusi Igan

    KUALA LUMPUR: Masuk hari ketiga kempen menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, semalam, Barisan Nasional (BN) diisytihar memenangi satu lagi kerusi Parlimen iaitu Igan apabila calon Bebas, menarik diri.

  • Carol yakin tawan Seputeh

    KUALA LUMPUR: Walaupun ramai yang menganggap dirinya masih muda, semangat juang calon Barisan Nasional (BN), Carol Chew Chee Lin, 28, untuk menumbangkan veteran politik, Teresa Kok daripada DAP bagi kerusi Parlimen Seputeh pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini, terus membara.

  • Misi kurangkan pengaruh Pas



  • Bukan isu besar

    KANGAR: Pelbagai andaian dibuat terhadap politik Perlis apabila satu demi satu `kejadian’ berlaku sejak demam pilihan raya mula terasa.

  • 'Jemaah mahu saya bertanding'

    KANGAR: “Sebenarnya saya tidak mahu bertanding lagi, tetapi jemaah mahukan saya, jadi saya terima kerana Allah,” kata calon Pas, Datuk Haron Din yang bertanding merebut kerusi Parlimen Arau.

  • Calon 'lesap' belum pulang

    KAPAR: “Wartawan ke? Kalau awak wartawan, saya tidak mahu memberi sebarang kenyataan,” kata seorang wanita dipercayai isteri kepada Suzaimi Salam, 34, bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sepatutnya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, semalam.

  • Nafi guna pelajar sekolah dalam perarakan penamaan calon

    PUTRAJAYA: Tindakan Pas menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan pelajar sekolah dalam perarakan pada hari penamaan calon Ahad lalu dianggap tidak bertanggungjawab.

  • 23,000 rumah PPR diroboh

    KUALA LUMPUR: Lebih 23,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dibina sebelum 1985 di sekitar pusat bandar raya ini akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek Skim Pembangunan Bandar (SPB) untuk keselesaan penduduk pada masa akan datang.

  • Belia Hulu Selangor tak perlu berhijrah

    BUKIT BERUNTUNG: “Banyak peluang pekerjaan disediakan kepada belia di kawasan Hulu Selangor terutama dalam sektor perindustrian dan ia hanya mampu disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN),” kata calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim, 43.

  • Anwar minta calon bebas Lembah Pantai tarik diri



  • Nik Aziz pertikai ulama dunia iktiraf Islam Hadhari

    MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempertikaikan pengiktirafan umat Islam dan ulama antarabangsa terhadap pendekatan Islam Hadhari termasuk sokongan Sheikhul Al-Azhar Dr Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.

  • Pas buat laporan polis isu Rafidah

    IPOH: Pas hari ini membuat laporan polis meminta supaya dilakukan siasatan terhadap Pegawai Pilihan Raya (RO) di Parlimen Kuala Kangsar kerana menerima borang pencalonan calon Barisan Nasional (BN) yang tidak ditandatangani.

  • 10,000 kad laporan prestasi BN Putrajaya diedar kepada pengundi

    PUTRAJAYA: Sebanyak 10,000 kad laporan prestasi penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan diedar kepada pengundi di kawasan itu.

  • Majikan diingat beri kelepasan untuk pekerja mengundi

    KUALA LUMPUR: Majikan hari ini diingatkan supaya memberi waktu kelepasan yang mu nasabah kepada pekerja masing-masing yang mahu me nunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 8 Mac ini.

  • Veteran Johor beri sokongan

    BATU PAHAT: Veteran Umno Johor (VUJ), akan mengambil langkah serta memastikan ahlinya membantu calon Umno dan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, pada 8 Mac depan.

  • 'Cabaran ini ibarat ibu dengan anak'

    BALIK PULAU: "Saya menganggap cabaran ini seperti ibu dengan anak kerana usia pencabar saya adalah separuh dari usia saya.

  • Minyak tak naik

    KUALA LUMPUR: "Tidak mungkin harga minyak akan naik sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

  • 'Bagitau depa jangan lupa undi BN la, sayang'

    SEBERANG JAYA: "Bagitau depa jangan lupa undi. Undi Barisan Nasional laa sayang naa..." kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membacakan sekeping nota tulisan isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah, dalam satu majlis di sini, semalam.

  • Koyak nota

    PUTRAJAYA: Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mengoyak nota bantahannya selepas gagal menemui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

  • Susun strategi tagih sokongan pengundi

    GENDANG ‘perang’ sudah dipalu di hampir semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan matlamat digapai hanya satu, iaitu memastikan setiap calon yang turun ke gelanggang, berjaya memenangi kerusi ditandingi.

  • Maimun cekal

    KUALA TERENGGANU: Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.

  • 'Sedia disiasat BPR'

    ALOR STAR: "Kami bersedia jika mahu disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR)," kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Zainal Abidin Zakaria berhubung dakwaan PAS wujud unsur penipuan...

  • Konsep rezeki

    TASEK GELUGOR: “Saya percaya pada konsep rezeki. Kita akan dapat sesuatu jika sudah ditakdirkan itu adalah rezeki, tidak kira apa yang akan berlaku,” kata Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

  • Janji tak mungkin dipenuhi

    GEORGETOWN: DAP yang mengumumkan manifesto bertema ‘Malaysia Boleh Lebih Baik Lagi’ menjanjikan pemberian bonus tahunan RM6,000 kepada pekerja berpendapatan di bawah RM6,000 sebulan.

  • Penentuan misi majukan Kelantan

    TIDAK seperti negeri lain, Kelantan atau negeri Cik Siti Wan Kembang mendapat fokus istimewa Barisan Nasional (BN) untuk cuba memadamkan sejarah 18 tahun pemerintahan kerajaan Pas pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

  • Ejen masuk kem

    PUTRAJAYA: Bagi mempertingkatkan ketelusan urusan pengundian pos, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) buat pertama kalinya membenarkan ejen calon pilihan raya memerhati proses pengundian pos di tempat pengundian pos.

  • Misteri calon hilang terjawab

    KAPAR: Misteri ‘kehilangan’ Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kapar, Suzaimi Salam, 34, yang gagal menghadirkan diri untuk penamaan calon bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, kelmarin, terjawab apabila dia disahkan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, kira-kira pada jam 6 pagi hari berkenaan.

  • Perebutan kerusi Parlimen Titiwangsa

    KUALA LUMPUR: Pertembungan dua ‘orang masjid’ di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir dengan Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali daripada Pas, menjadikan perebutan kerusi Parlimen Titiwangsa satu pertandingan menarik.

  • Kurang beban kenaikan harga, tingkat pendapatan sasaran BN

    KUALA LUMPUR: Berikut ialah inisiatif paling menyerlah Barisan Nasional dalam mengurangkan beban kenaikan harga, peningkatan pendapatan boleh dibelanjakan dan memastikan tiada siapa tercicir dalam pembangunan negara sejak empat tahun lepas seperti digariskan dalam Laporan Kemajuan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

  • Kurang beban kenaikan harga, tingkat pendapatan sasaran BN

    KUALA LUMPUR: Berikut ialah inisiatif paling menyerlah Barisan Nasional dalam mengurangkan beban kenaikan harga, peningkatan pendapatan boleh dibelanjakan dan memastikan tiada siapa tercicir dalam pembangunan negara sejak empat tahun lepas seperti digariskan dalam Laporan Kemajuan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

  • Selepas empat kali gagal, nenek 89 tahun berjaya jadi calon

    KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang nenek, Maimun Yusof, 89, untuk menjadi calon akhirnya tercapai apabila diterima untuk bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac ini, selepas gagal berbuat demikian sejak empat pilihan raya lepas.

  • Manifesto DAP janji bonus

    PULAU PINANG: DAP hari ini melancarkan manifesto lapan perkara dengan slogan “Just Change It” bagi pilihan raya umum 8 Mac, menjanjikan antara lain bonus sehingga RM6,000 sekeluarga bagi setiap isi rumah yang berpendapatan RM6,000 setahun atau kurang jika parti itu menang pilihan raya.

  • Calon bebas bertujuan rosakkan undi BN

    RANTAU PANJANG: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok, Datuk Shaari Mat Hussain daripada Barisan Nasional (BN) “sakit hati” dengan kemunculan secara tiba-tiba calon bebas, menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

  • Hadi kata 'dok payoh'

    MARANG: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai angkuh kerana enggan bersalam dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, selepas proses penamaan calon, semalam.

  • Muda lawan veteran senario menarik pilihan raya

    KUALA LUMPUR: Pertemuan 'orang muda lawan veteran' termasuk anak-anak bekas pemimpin, baik daripada kalangan Barisan Nasional (BN) mahupun parti pembangkang dan penyertaan ramai calon bebas adalah antara senario menarik pilihan raya umum kali ini.

  • Saya bukan muflis: Mustopha

    KOTA BAHARU: Calon Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang, Mustopha Ahmed yang digugurkan kelayakan untuk bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum ini, menafikan beliau berstatus muflis.

  • DAP kempen guna SMS, Internet

    KUALA LUMPUR: DAP memulakan kempennya semalam dan mendakwa parti itu lebih maju apabila menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya dengan berkempen melalui emel, blog dan SMS bagi mendapat sokongan pengundi.

  • Pertembungan 'orang masjid'

    KUALA LUMPUR: Pertembungan dua ‘orang masjid’ di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir dengan Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali daripada Pas, menjadikan perebutan kerusi Parlimen Titiwangsa satu pertandingan menarik.

  • 'Dr Ayam' sedia debat isu pengundi pos

    KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bukit Bintang, Datuk Dr Lee Chong Meng yang lebih dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai ‘Dr Ayam’ bersedia berdebat secara terbuka dengan DAP bagi memberi penjelasan mengenai pelbagai isu terutama berkaitan undi pos.

  • Letak calon muda

    KUALA LUMPUR: Seramai 1,109 calon bertanding di 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 479 calon berentap di 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) kali ini.

  • Amanah makin berat

    JOHOR BAHRU: “Kerjaya politik saya kini melangkah setapak lagi dan ini juga bermakna tanggungjawab dan tugas saya kepada rakyat bertambah besar,” kata Ketua Umno bahagian Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Tenggara.

  • Kekal suasana bebas masalah

    KEPALA BATAS: Selain Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti besar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pilihan raya umum kali ini bebas masalah.

  • Wajib izin pekerja mengundi

    ALOR GAJAH: Majikan yang gagal melepaskan pekerjanya untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 boleh diambil tindakan undang-undang.

  • 'Saya digelar samseng'

    BENTONG: "Saya digelar samseng oleh penyokong Pas yang datang pada penamaan calon tadi. Saya tak kisah kerana saya bukan samseng. Tapi kalau mereka bagi sesuatu, saya akan balas balik, tapi seronok juga kalau mereka gelar saya samseng, tetapi sebenarnya saya bukan samseng.

  • 481 pencalonan Parlimen, 1,110 DUN diterima

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 481 kertas penamaan calon untuk kerusi Parlimen dan 1,110 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tempoh penamaan calon ditutup, semalam.

  • Buka laluan pada suami

    BUKIT MERTAJAM: Perebutan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang juga kubu kuat pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin hangat berikutan timbul isu Presidennya mahu akan melepaskan jawatan jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-12, pada 8 Mac depan.

  • Najib tidak gentar

    PEKAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak kisah siapa lawannya pada pilihan raya umum kali ini.

  • Pakatan 'syok-syok'

    PENAMAAN calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 di seluruh negara semalam menyaksikan hampir semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menghadapi pertandingan membabitkan Barisan Nasional dan parti pembangkang.

  • Tradisi khidmat terbaik

    BAGAN DATOH: Status sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak dulu meyakinkan calon Parlimen Bagan Datoh, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN akan menang besar di Bagan Datoh pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 ini.

  • Bersaing muka baru

    KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Setiawangsa menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) yang mempertaruhkan penyandangnya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dengan muka baru daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ibrahim Yaacob, 56.

  • 'Mungkin dia sayang saya'

    SHAH ALAM: "Itu menunjukkan dia mempunyai semangat juang yang tinggi, mungkin juga dia sayang pada saya," seloroh calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin.

  • Tan yakin sokongan pengundi Melayu

    CHERAS: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Tan Chai Ho yakin dapat memenangi hati pengundi Melayu yang meliputi kira-kira 50 peratus jumlah penduduk di kawasan itu biarpun dicabar Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 8 Mac ini.

  • Usia bukan halangan

    PETALING JAYA: “Usia 31 tahun bukan muda sangat bagi saya kerana pada usia ini saya anggap sudah matang untuk menerajui kepimpinan dan pembangunan,” kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama, Victor Gu Chian Peow.

  • Lelaki misteri mahu bertanding

    KAJANG: Kehadiran seorang lelaki 'misteri' yang mendakwa dirinya dicalonkan untuk kerusi Parlimen Hulu Langat, menggemparkan calon dan penyokong kedua-dua parti bertanding.

  • Isteri calon minta polis iring keluar dewan

    SHAH ALAM: Isteri kepada tiga calon Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan ini, terpaksa meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka keluar dari kawasan dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 19 di sini, semalam.

  • 'Rindu buku, tonton wayang'

    SELAYANG: "Saya rindu untuk membaca buku dan menonton wayang," jawab Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy, ketika ditanya mengenai pengunduran mengejutnya daripada mewakili kerusi Parlimen Selayang pada Pilihan Raya Umum ke-12 ini.

  • Hasrat nenek tercapai

    KUALA TERENGGANU: Selepas empat percubaan sebelum ini bertanding pada pilihan raya umum gagal apabila borang pencalonannya ditolak, hajat seorang wanita warga emas menjadi calon akhirnya berjaya.

  • SPR terima 93 bantahan

    PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima tiga daripada 93 bantahan ketika tempoh bantahan selama sejam pada hari penamaan calon semalam bagi pilihan raya umum ke-12.

  • Rafidah buat penyokong panik

    KUALA KANGSAR: Lebih 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada penamaan calon di sini, semalam, panik seketika apabila calon popular kerusi Parlimen Kuala Kangsar P067, Datuk Seri Rafidah Aziz tidak menandatangani borang penamaan calon seperti calon lain.

  • Penamaan calon lancar, aman

    PUTRAJAYA: Kerjasama baik yang diberikan penyokong parti dan orang ramai menyebabkan proses penamaan calon pada pilihan raya umum kali ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

  • 'Saya akan berkempen'

    JERLUN: "Saya akan turun "sekali dua" berkempen untuk Barisan Nasional (BN) di Parlimen Jerlun sepanjang tempoh kempen pilihan raya selama 13 hari ini," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

  • Sazmi tidak gentar

    MACHANG: Penyandang kerusi Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah, 44, tidak gentar menghadapi pesaingnya wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail, 45, pada pilihan raya umum kali ini.

  • Kerusi Arau paling panas di Perlis

    KANGAR: Kerusi Parlimen Arau yang menyaksikan pertembungan antara Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau, Datuk Ismail Kasim, dilihat gelanggang pertarungan paling sengit di Perlis.

  • Pencalonan PKR Bukit Selambau ditolak

    ALOR STAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau dalam pilihan raya umum 8 Mac ini apabila borang pencalonan calonnya, Saiful Izham Ramli, ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

  • Nenek 89 tahun cabar BN, Pas di Kuala Terengganu

    KUALA TERENGGANU: Kesemua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecuali Parlimen Kuala Terengganu yang membabitkan pertandingan tiga penjuru.

  • Calon BN, DAP Bukit Bintang setuju berdebat

    KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Lee Chong Meng, dan Fong Kui Lun, penyandang kerusi Bukit Bintang, iaitu kerusi paling panas di ibu kota, bersetuju untuk mengadakan debat terbuka.

  • Seng Giaw hormat cabaran muka baru

    KUALA LUMPUR: Jangan pandang rendah lawan politik anda kerana mereka mungkin ada rancangan yang boleh mengejutkan kita, kata veteran politik yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.

  • Kecoh Kayeas hilang hilang borang pencalonan

    TAIPING: Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Taiping, Datuk M Kayveas, 54, menimbulkan suasana cemas di pusat penamaan calon apabila satu daripada tiga borang penamaan calon beliau "hilang".

  • BN akan kemuka petisyen bantah calon DAP Sekinchan

    SABAK BERNAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan mengemukakan petisyen pilihan raya berhubung kesilapan teknikal pada borang pencalonan calon DAP untuk kerusi Dun Sekinchan.

  • Hadapi tentangan adik tetap mencabar: Pairin

    KENINGAU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan cabaran ditentang adik sendiri Datuk Dr Jeffrey Kitingan, naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bagi merebut kerusi Parlimen Keningau, sama seperti menghadapi pencabar lain.

  • Polis bertindak jika buat taruhan terhadap calon

    PASIR GUDANG: Polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang membuat pertaruhan ke atas calon-calon pilihan raya ke-12 ini. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, berkata pihaknya akan bertindak jika mendapat maklumat.

  • Samy enggan ulas peluang raih majoriti besar

    SUNGAI SIPUT: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, yang mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput buat penggal kesembilan, enggan mengulas peluangnya meraih majoriti undi lebih tinggi dalam pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum kali ini.

  • Proses penamaan calon berjalan lancar

    PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyifatkan proses penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-12 hari ini berjalan dengan baik dan dalam suasana yang aman.

  • Penamaan calon Khairy tarik perhatian media asing

    REMBAU: Dewan Merdeka Majlis Daerah Rembau yang menjadi pusat penamaan calon bagi Parlimen Rembau hari ini menjadi tumpuan orang ramai bukan sahaja penyokong parti politik tetapi juga media tempatan dan wartawan asing.

  • MB paling lama

    JOHOR BAHRU: Jika tiada aral melintang, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bakal mencipta sejarah sebagai menteri besar paling lama berkhidmat di negeri itu selepas era kemerdekaan.

  • Tanding di kampung sendiri

    JOHOR BAHRU: “Jangan lupa asal usul kita dan sentiasa berpijak di bumi nyata.” Itulah pesanan Mohd Jauzi Abdul Razak, 41, kepada isterinya, Datuk Noraini Ahmad, 41, yang dicalonkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 di kerusi Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat, 8 Mac ini.

  • Azam bangun Dusun Tua

    HULU LANGAT: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Ismail Sani, bercita-cita membangunkan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan tanpa memusnahkan keindahan alam semula jadinya.

  • Calon 3 jam

    KANGAR: Timbalan Ketua Umno bahagian Arau, Senator Datuk Ismail Kassim, yang dipilih sebagai calon untuk tempoh tiga jam saja, akur dengan keputusan kepemimpinan negeri menukar pencalonannya untuk digantikan dengan calon tunggal wanita Barisan Nasional (BN) di Perlis.

  • ‘Masih banyak merah’

    BUKIT MERTAJAM: “Kad laporan (Datin Seri Dr) Wan Azizah tidak memuaskan... masih banyak merah,” kata calon Barisan Nasional (BN), Datuk Pirdaus Ismail yang akan bertanding sekali lagi merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac ini.

  • Dr M tak bantu anak berkempen

    KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata anaknya, Datuk Mukhriz mendapat restu beliau untuk bertanding pada pilihan raya 8 Mac ini, namun mengingatkan beliau (Mukhriz) perlu memenangi kerusi Parlimen Jerlun menerusi hasil usaha sendiri.

  • Jangan sabotaj

    PEKAN: “Jika setakat merayu dengan mengunjungi rumah Menteri Besar atau menemui Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, ia perkara biasa. “Namun jika sampai sabatoj parti, itu dianggap melampaui batas dan tindakan displin boleh diambil terhadap mereka, tetapi saya berharap tidak sampai begitu.”

  • Pas pertikai bayaran duti setem



  • Polis terima 50 laporan keroskan bendera parti di Terengganu



  • Pas Kedah pertaruh calon termuda rampas Bukit Lada



  • Bapa tidak beri tip: Anak Keng Yaik



  • Lim berjaya pujuk Lim

    BENTONG: Beberapa jam selepas mengumumkan peletakannya sebagai Pengerusi DAP negeri, Lim Tuck Chee kemudian menarik balik hasratnya itu selepas dipujuk Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

  • 22 pusat penamaan calon di Selangor

    KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 pusat penamaan calon disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor, Ahad ini. Menerusi faks yang dihantar Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor, pusat penamaan calon berkenaan terletak di 22 kawasan Parlimen di seluruh seluruh negeri berkenaan.

  • Pengawai SPR sindir media

    KUALA LUMPUR: “Kalau awak naik sampan, saya bolehlah 'consider' (pertimbangkan).” Demikian antara kata sindiran seorang pegawai di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor kepada wartawan Harian Metro yang cuba mendapatkan senarai pusat penamaan calon, semalam.

  • 12 pusat penamaan calon di Wilayah Persekutuan

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menyediakan 12 pusat penamaan calon di seluruh Wilayah Persekutuan pada hari penamaan calon, Ahad ini.

  • Subahan terima pencalonan sebagai cabaran

    KUALA LUMPUR: “Saya akan melakukan yang terbaik dan cuba berusaha sedaya upaya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN). Saya yakin pengundi di kawasan ini akan memberi sokongan yang tidak berbalah bagi kepada saya.

  • Shahrizat tolak spekulasi ke tempat lain

    KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih semula bertanding di Parlimen Lembah Pantai, sekali gus menolak spekulasi beliau akan beralih angin ke kawasan lain.

  • SOP untuk Pemuda BN

    KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengelakkan sebarang tindakan provokasi dan tindakan luar kawalan yang boleh mencalarkan imej parti, Barisan Nasional (BN) mengeluarkan dokumentasi Prosedur Gerak Kerja (SOP) pilihan raya kepada anggota Pemuda BN di seluruh negara.

  • Calon PAS wanita pertama di Johor

    BATU PAHAT: Pas Johor memecah tradisi apabila buat pertama kalinya menampilkan calon wanita untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac ini.

  • Mad Arie reda keputusan parti

    KUALA LUMPUR: “Tidak mengapalah kalau saya tidak dipilih, adatlah ada naik dan turun. Saya mungkin akan berehat saja di rumah selepas ini,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Datuk Mad Aris Md Yusuf.

  • Nordiana calon wanita pertama sejak 30 tahun

    KUALA LUMPUR: Pencalonan Ketua Puteri Umno Terengganu, Senator Nordiana Shafie sebagai calon wanita pertama dalam tempoh 30 tahun untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri Batu Bersurat itu, disambut penuh bangga di kalangan pemimpin Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

  • Undur atas sebab kesihatan

    KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy, menegaskan persaraannya daripada dunia politik hanya disebabkan faktor kesihatan dan tiada kaitan dengan beberapa isu lain yang dibangkitkan sebelum ini.

  • Tony yakin ada peluang menang

    PETALING JAYA: Jutawan syarikat teknologi maklumat, Tony Pua yang memilih DAP sebagai landasan berkhidmat kepada masyarakat, yakin mempunyai peluang cerah untuk menang di kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara meskipun berdepan saingan sengit daripada calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun.

  • Terpilih bukan kerana menantu Datuk Z

    SHAH ALAM: "Saya yakin terpilih bukan faktor saya menantu Datuk Zakaria (Md Deros), sebaliknya atas usaha keras dan penerimaan positif daripada penduduk di sini.

  • Usia bukan penghalang

    KOTA BHARU: Usia muda bukan penghalang untuk dua calon baru Barisan Nasional (BN) memberikan tentangan sengit calon terhadap dua penyandang calon Pas, termasuk seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang itu pada 8 Mac nanti.

  • 'Tiada niat robek hati'

    ALOR STAR: "Keputusan ini tidak ada niat langsung untuk merobek hati sesiapa pun," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, ketika mengumumkan senarai calon di hadapan lebih 4,000 tetamu di kediaman rasminya Seri Mentaloon di sini, semalam.

  • Anak tokoh politik teruskan tradisi keluarga

    KUALA LUMPUR: Walaupun sudah bersara daripada arena politik, seorang bekas Perdana Menteri dan dua bekas presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mempunyai ‘waris’ masing-masing pada pilihan raya umum kali ini.

  • Pertaruh orang muda

    SHAH ALAM: Calon muda berumur awal 30-an turut menjadi taruhan Barisan Nasional (BN) Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) pada 8 Mac ini.

  • Calon KM sama hebat

    SENARIO politik Pulau Pinang cukup unik. Ia bukan hanya kerana negeri tunggal yang mempunyai Ketua Menteri (KM) daripada kaum Cina, malah contoh permuafakatan dan komitmen jitu dalam Barisan Nasional (BN).

  • Bukan kerana bapa

    KUALA LUMPUR: "Saya dipilih kerana kebolehan diri sendiri," kata Chua Tee Yong, yang dicalonkan MCA untuk di Parlimen Labis bagi menggantikan bapanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, semalam.

  • Pak Lah bersengkang mata nilai calon BN

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau terpaksa bersengkang mata sehingga jam 1 pagi semalam, bagi menimbang senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

  • Tujuh Ahli Parlimen Kedah gugur, 19 muka baru bertanding DUN

    ALOR STAR: Barisan Nasional (BN) Kedah menggugurkan tujuh daripada 15 anggota Parlimen dan meletakkan 19 muka baru untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) dalam pilihan raya umum kali ini.

  • Negara kebajikan mampu wujud dengan sokongan pembangkang: PAS

    KOTA BAHARU: PAS hari ini menegaskan parti itu hanya mampu melaksanakan janji mewujudkan negara kebajikan seperti terkandung dalam manifestonya jika mendapat bantuan rakan-rakan pembangkang lain.

  • Perhimpunan haram bukan cara kita: Pak Lah

    YAN: "Kita tengoklah apa kelakuan mereka nanti. Jika tak betul, kita akan ambil tindakan kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat dan perlu menguatkuasakan undang-undang.

  • Pejabat dan majlis daerah jadi pusat penamaan

    KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu menetapkan semua Pejabat Daerah di negeri ini akan dijadikan pusat penamaan calon pada Ahad ini, kecuali bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

  • Calon perlu kemuka akuan berkanun

    PUTRAJAYA: Buat pertama kali semua calon yang akan mengemukakan kertas penamaan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-12 pada Ahad ini, dikehendaki mengemukakan Akuan Berkanun iaitu Borang 5 bagi Parlimen atau Borang 5A (Dewan Undangan Negeri) yang telah dibayar duti setemnya.

  • Pencalonan Puteri di Kelantan satu penghormatan: Noraini

    KOTA BAHARU: Pergerakan Puteri Umno, yang mendapat satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berjanji untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu sebagai membalas kepercayaan yang diberi kepada mereka.

  • SPR nasihatkan pengundi tidak guna cat kuku pada hari pengundian

    PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan para pengundi supaya tidak menggunakan cat pada kuku pada hari pengundian 8 Mac ini bagi memudahkan para petugas mencalitkan dakwat pada kuku atau jari telunjuk tangan kiri mereka.

  • PAS akui tidak dapat tubuh kerajaan dengan 65 kerusi



  • Pemuda Umno azam bawa pulang 55,000 anak Kelantan untuk undi BN

    KUALA KRAI: Pergerakan Pemuda Umno akan terus berusaha untuk membawa pulang 55,000 anak Kelantan yang bekerja di luar negeri supaya pulang mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac depan.

  • Teka-teki pengganti Koh makin panas

    GEORGETOWN: Teka-teki siapa yang bakal mengambil alih kerusi tertinggi dalam Kerajaan Pulau Pinang terus `panas' apabila nama yang disebut-sebut bakal mengantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, disahkan akan bertanding di Parlimen.

  • Anak ikut jejak langkah

    KUALA LUMPUR: Walaupun sudah bersara daripada arena politik, seorang bekas Perdana Menteri dan dua bekas presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) akan mempunyai waris mereka dalam pilihan raya umum kali ini.

  • Ong Ka Ting ke Parlimen Kulai

    PONTIAN: Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada pilihan raya umum kali ini, sebaliknya akan bertanding di kawasan Parlimen Kulai menggantikan Datuk Lim Si Cheng yang tidak bertanding.

  • Idris perjelas senarai calon

    BESUT: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh akan mengadakan perjumpaan dengan anggota Umno termasuk penyokong wakil rakyat yang tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang, dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan mengenai senarai calon yang diumumkan semalam.

  • Bekas KM Sabah digugur

    KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said menjadi antara pemimpin veteran politik Umno Sabah yang digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini.

  • Pas Pahang kemuka 2 calon wanita

    TEMERLOH: Dua calon wanita menjadi antara 27 calon yang dikemukakan PAS Pahang untuk bertanding bagi merebut enam kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang pada pilihan raya umum ini.

  • Musa umum sebahagian calon BN Sabah

    KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini mengumumkan nama sebahagian besar calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya umum ini, yang menyaksikan 13 muka baru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam di kawasan Parlimen.

  • Polis tumpu kawasan 'hangat'

    JOHOR BAHARU: Polis akan memberi tumpuan keselamatan di beberapa kawasan di negeri ini yang dijangka berlakunya “kempen hangat” oleh parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

  • Pas Perak umum calon

    IPOH: PAS Perak hari ini mengumumkan senarai calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ini.

  • DAP umum calon Pulau Pinang

    PULAU PINANG: Parti Pembangkang DAP hari ini mengumumkan barisan tujuh calon untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum pada 8 Mac ini.

  • Dr Khir kekal bertanding di DUN

    SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang untuk pilihan raya kali ini, melenyapkan spekulasi bahawa beliau akan bertukar ke kerusi Parlimen.

  • Jangan merajuk jika tidak dicalon: Pemuda

    KOTA BAHARU: Mana-mana pemimpin Umno Kelantan yang tidak dicalonkan pada pilihan raya ini diminta agar tidak mudah merajuk, sebaliknya memberi tumpuan bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).

  • Dr Koh, Mohamad Hasan temui Paklah

    PUTRAJAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin paling awal menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya di Perdana Putra di sini hari ini bagi membincangkan senarai calon Barisan Nasional Pulau Pinang untuk pilihan raya umum ini.

  • Rafidah gembira lebih ramai calon wanita

    PETALING JAYA: Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Rafidah Aziz mempunyai sebab untuk tersenyum pada pilihan raya umum kali ini, ekoran terdapat pertambahan calon wanita bagi gabungan 14 buah parti itu.

  • Dicalon semula

    KUALA LUMPUR: Di sebalik kenyataannya bersedia berundur pada pilihan raya umum kali ini jika rakyat dan masyarakat India tidak memerlukan khidmatnya lagi, kelmarin, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput buat kali kesembilan.

  • ‘Kami mahu menang atas kekuatan sendiri’

    KUALA LUMPUR: “Saya dan Pas mahu kemenangan berlaku di atas kekuatan sendiri dan bukannya mengambil kesempatan berikutan kecelaruan calon lawan,” kata calon Pas bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Dr Lo ‘Lo’ Mohd Ghazali, semalam.

  • Ali Rustam lega

    MELAKA: Teka-teki mengenai kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, sama ada bertanding Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) terjawab apabila beliau mengumumkan bertanding di DUN Bukit Baru yang diwakilinya sejak 1999, petang semalam.

  • Shahidan Kassim elak persoalan beliau tidak bertanding
    'Esok saya beritahu'

    PUTRAJAYA: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hanya menjawab ‘esok saya akan beritahu’ sebanyak sembilan kali apabila ditanya wartawan mengenai kedudukannya pada Pilihan Raya Umum ke-12 kali ini.

  • PSM, DAP berebut DUN Jalong

    KUALA LUMPUR: Pendirian Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang tidak mahu berganjak dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong di Sungai Siput, Perak, menjadikan pertembungan dengan sekutu rapatnya, DAP hampir pasti tidak dapat dielakkan lagi.

  • Calon BN Terengganu: Percaturan mengejutkan

    KEJUTAN. Itulah tindakan berani diambil Barisan Nasional (BN) apabila menggugurkan beberapa muka lama dan baru sepenggal menduduki kerusi wakil rakyat bagi memberikan laluan kepada muka baru.

  • Analisis: Pelakon teater politik

    KUALA LUMPUR: Kecenderungan pemimpin parti pembangkang yang dilihat gemar `mendendangkan’ isu lapuk dan ‘stereotype’ dalam ceramah dijangka memerangkap diri apabila pengundi dijangka menolak calon mereka pada hari pengundian 8 Mac nanti.

  • Empat tokoh mencatur arah

    JOHOR BAHRU: Mereka popular, cantik, manis, berpengaruh dan terkenal tetapi perjalanan karier politik empat tokoh wanita popular di Johor hampir pasti berbeza menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-12 Ahad ini.

  • Analisis: Parti lawan dilihat gusar

    CADANGAN meletakkan Khairy Jamaluddin sebagai calon Barisan Nasional (BN) dilihat sebagai satu ancaman kepada angkatan muda pembangkang sehingga Naib Pemuda Umno itu dijadikan isu besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

  • Mat Taib tidak kisah

    KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar) masih berteka-teki berhubung kedudukannya dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) walaupun namanya disebut-sebut bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 8 Mac ini.

  • DAP rayu penyokong hulur derma

    KUALA LUMPUR: Selepas menghadapi tekanan akibat penarikan diri penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan, DAP semalam tanpa segan silu meminta pengundi dan orang ramai membantu dengan menghulurkan derma sekali gus merealisasikan impian parti itu mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kali ini.

  • Analisis: Hitung nasib

    KUALA LUMPUR: Detik pengumuman nama calon Barisan Nasional (BN) yang akan dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 semakin dekat, menjadikan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen di Selangor tidak senang duduk menantikan nasib mereka.

  • Tidak serik selepas dua kali tewas

    KUALA LUMPUR: “Saya akan tetap lawan, saya tidak gentar walaupun sudah tewas dua kali,” kata calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar yang kembali mencuba nasibnya di Parlimen Sungai Siput untuk menentang Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

  • Atur strategi keselamatan ikut kawasan

    KUALA LUMPUR: Pengalaman yang dilalui ketika menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum sebelum ini, dijadikan panduan bagi menyusun strategi serta langkah keselamatan yang diambil supaya bersesuaian mengikut kawasan.

  • 14 muka baru, seorang wanita calon BN Terengganu

    KUALA TERENGGANU (20 Feb): Penyandang kerusi Parlimen Marang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar dan penyandang kerusi Parlimen Dungun Datuk Rosli Mat Hassan digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac di Terengganu.

  • Fuziah sedia cabar Najib di Pekan

    KUANTAN (20 Feb): Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuantan, Fuziah Salleh bersedia untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan yang disandang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Fuziah berkata beliau tidak takut untuk mencabar Najib kerana mempunyai beberapa isu untuk diketengahkan bagi menghadapi Timbalan Perdana Menteri itu.

  • Senarai calon MIC

    Berikut ialah senarai calon MIC yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 nanti.

  • Hishammuddin ditentang 'datuknya'

    JOHOR BAHARU (20 Feb): Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka ditentang sekali lagi bagi kerusi Parlimen Sembrong dalam pilihan raya 8 Mac ini oleh seorang lawan yang namanya serupa dengan datuk beliau yang juga pengasas Umno, allahyarham Datuk Onn Jaafar.

  • PAS akui tidak mampu wujudkan negara kebajikan

    KOTA BAHARU (20 Feb): PAS mengakui tidak mampu merealisasikan kewujudan negara kebajikan seperti yang terkandung dalam manifesto parti itu, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

  • Pengerusi MCA Padang Serai letak jawatan bantah Bee Kau digugur

    KULIM (20 Feb): Pengerusi MCA Padang Serai Datuk Goh Then Hock hari ini meletak jawatan sebagai protes terhadap keputusan pucuk pimpinan parti tidak menyenaraikan penyandang kerusi Parlimen Padang Serai Datuk Lim Bee Kau untuk bertanding pada pilihan raya umum ini.

  • Nik Aziz tetap turun padang

    KOTA BAHARU (20 Feb): Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan terus terlibat secara aktif dalam aktiviti kempen PAS pada Pilihan Raya Umum kali ini meskipun keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

  • Guan Eng sahkan bertanding di Pulau Pinang

    PULAU PINANG (20 Feb): Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan untuk bertanding di salah satu kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

  • SPR semak kertas undi elak kesilapan

    KUALA LUMPUR (20 Feb): Bagi mengelak sebarang kesilapan cetakan pada kertas undi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) akan menyemak kertas undi yang membabitkan beberapa peringkat sebelum dihantar ke pusat pengundian yang ditetapkan.

  • SPR Sarawak terpaksa tambah 200 borang penamaan

    KUCHING (20 Feb): Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak terpaksa mendapatkan tambahan 200 borang penamaan calon dari ibu pejabatnya di Putrajaya semalam setelah kesemua 498 set habis dijual dalam tempoh empat hari sebelum itu.

  • Pengerusi DAP Pahang letak jawatan

    KUANTAN (20 Feb): Pengerusi DAP Pahang Lip Tuck Chee meletakkan jawatan hari ini yang dikatakan berpunca daripada krisis dalaman.

  • PAS Kedah mahu SPR batal lebih 1,000 pengundi pos

    ALOR STAR (20 Feb): PAS Kedah hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempamerkan senarai 1,031 pengundi pos di Sik untuk semakan dalam Daftar Pemilih Tambahan.

  • Nijhar gugur, tujuh muka lama MIC bertanding

    KUALA LUMPUR (20 Feb): MIC mengekalkan tujuh daripda sembilan anggota parlimen (MP) sedia ada dan mencalonkan sembilan muka baru untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum.

  • Polis kenal pasti 40 kawasan panas di Selangor

    SHAH ALAM (20 Feb) Polis mengenal pasti 40 kawasan di Selangor yang dianggap `panas’ yang akan memerlukan pemantauan yang lebih teliti oleh pihak berkuasa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

  • BN Sarawak, Melaka umum calon esok

    KUCHING (20 Feb): Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke esok kerana beberapa pemimpin parti komponen BN negeri masih berada di ibu negara.

  • Mukhriz didakwa terima hampir 100 peratus sokongan Langkawi

    LANGKAWI (21 Feb): Sokongan kepada anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum 8 Mac ini “hampir mencapai 100 peratus”, kata Pengerusi Tetap Umno Bahagian Langkawi Johari Bulat.

  • Kelantan ketinggalan bersama Pas

    TANAH MERAH: Rakyat Kelantan seharusnya sudah menyedari bahawa selama 18 tahun berada dalam pemerintahan PAS, negeri itu masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Seri Abdul Rahim Thamby Chik.

  • Parti pembangkang sepakat pembahagian kerusi di NS

    SEREMBAN: PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mencapai persetujuan berhubung pembahagian lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ini.

  • Dr Lo' Lo' akui sukar tawan Titiwangsa

    KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi kawasan Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mengakui bahawa usaha menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di kawasan itu pada pilihan raya kali ini adalah amat sukar, walaupun ia bukan sesuatu yang mustahil.

  • 1,000 pemuda bantu jentera pilihan raya Selangor

    SHAH ALAM: Pergerakan Pemuda Umno Selangor sudah mengerakkan 1,000 anggotanya di setiap 22 bahagian negeri, untuk menjadi sebahagian daripada jentera utama kempen dalam menghadapi pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pemuda Umno Negeri Abdul Shukor Idrus.

  • RM1j baik pulih Machang

    MACHANG: Kerajaan meluluskan peruntukan RM1 juta khusus bagi membaik pulih dan membangunkan semula dua kawasan pelancongan di jajahan Machang di sini baru-baru ini.

  • Sim tekad tumbangkan DAP

    KUCHING: Semasa Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Alan Sim berjalan menyusuri sepanjang Jalan Padungan, jalan raya utama di sini, beliau berhenti dan bersembang dengan penduduk Kuching dan mendapatkan pandangan mereka mengenai bagaimana untuk menjadikan keadaan di ibu negeri ini lebih baik.

  • MCA teliti calon disyor bahagian

    MUAR: MCA akan meneliti setiap cadangan calon dikemukakan di peringkat bahagian, tetapi keputusan terakhir diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

  • Janji kerajaan BN lebih realistik

    KUALA LUMPUR: Generasi muda perlu memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mudah terpedaya dengan janji kosong yang ditaburkan parti lawan, sebaliknya menilai janji realistik yang ditawarkan kerajaan BN.

  • Wanita MCA serah senarai calon

    KUALA LUMPUR: Wanita MCA yang memenangi 10 daripada 11 kerusi ditandinginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sudah menyerahkan senarai calon berpotensi pergerakan itu kepada pucuk pimpinan parti.

  • ‘Dia macam anak saya’

    KUALA LUMPUR: “Nurul Izzah masih mentah dan lebih kurang sebaya anak saya. Dia seperti anak saya, apa lagi yang boleh saya katakan,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai ura-ura anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai.

  • Zaman Anwar sudah berakhir

    KUALA LUMPUR: Zaman kegemilangan Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1998/99 sudah berakhir kerana golongan muda kini tahu menilai dan tidak lagi mudah percaya bulat-bulat dengan permainan politik menerusi isu dibangkitkan parti pembangkang itu.

  • Cerita jin dalam botol

    PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad membawa kisah ‘jin dalam botol’ bagi menceritakan situasi yang beliau hadapi pada pilihan raya umum kali ini.

  • Salamon antara calon BN di Parlimen Shah Alam

    SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Datuk Salamon Salamat, kini digembar-gemburkan bakal dicalonkan untuk bertanding di ‘kerusi panas’ Parlimen Shah Alam pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-12.

  • Sedia undur

    KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata beliau sedia berundur pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini sekiranya rakyat dan masyarakat India di negara ini sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi.

  • ‘Beri saya sepenggal lagi’

    SEREMBAN: Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyatakan hasratnya mempertahankan kerusi Parimen Jelebu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, pada 8 Mac ini.

  • Fong tetap tidak akan bertanding

    KUALA LUMPUR: Fong Po Kuan tetap dengan keputusannya tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac ini, melenyapkan harapan DAP yang mahukan beliau menukar fikiran dan mempertahankan kawasan Parlimen Batu Gajah yang diwakilinya sejak 1999.

  • Minda: Asas keluarga bahagia

    PERKAHWINAN adalah cantuman sah lelaki dan perempuan yang diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menjadi sebuah institusi keluarga harmoni dan penuh kasih sayang.

  • Datuk Zakaria diganti anak?

    KLANG: Selepas 30 tahun melihat ayahnya melayan segenap lapisan masyarakat yang berkunjung ke rumah mereka bagi mendapatkan pelbagai bantuan, Zainuri Zakaria, 35, bukan saja sudah lali dengan kesibukan memberi khidmat kepada orang ramai, malah akan rasa sunyi jika tiada siapa yang datang untuk mendapatkan bantuan.

  • Abdul Hadi yakin ada perubahan

    PUTRAJAYA: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yakin perubahan besar akan berlaku pada pilihan raya umum kali ini.

  • ‘Khidmat saya masih diperlukan’

    KELANA JAYA: “Saya harap dapat bertanding semula di Parlimen Petaling Jaya Utara kerana banyak agenda pembangunan yang belum diselesaikan. Saya percaya pengundi di kawasan ini masih memerlukan khidmat saya.

  • Kamikaze politik Hadi

    KUALA LUMPUR: Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melakukan ‘kamikaze politik’ bagi menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di kerusi Parlimen Kepala Batas, dijangka tidak direstui pemimpin Pas lain yang melihatnya satu pengorbanan tidak perlu dilakukan.

  • Bangkit dua isu utama

    KUALA LUMPUR: Dua isu utama mungkin diketengahkan DAP Wilayah Persekutuan dalam usahanya menarik pengundi pelbagai keturunan di ibu kota.

  • 3,000 sedia gempur

    PUTRAJAYA: Seramai kira-kira 3,000 anggota Gerak Gempur dan Bermotosikal Pemuda Umno Bahagian Sepang bersiap-sedia berdepan sebarang taktik pembangkang pada pilihan raya umum kali ini.

  • Nik Aziz pertahan kenyataan

    KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan memohon maaf berikutan kenyataannya menyamakan ahli Umno seperti Orang Utan.

  • Mutakhir: PKR pasti gagal rampas Lembah Pantai

    KUALA LUMPUR: “PKR tidak akan dapat merampas Lembah Pantai daripada BN walaupun parti pembangkang itu meletakkan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah sebagai calon,” kata Ketua Umno Bahagian, Yusri Ahmad.

  • Mutakhir: BN Melaka mungkin umum calon Jumaat ini

    ALOR GAJAH, 19 Feb — Senarai calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Melaka pada pilihan raya umum 8 Mac ini mungkin diumumkan Jumaat ini, dua hari sebelum hari penamaan calon, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

  • Mutakhir: Penguatkuasa MBKT diganggu ketika bertugas

    KUALA TERENGGANU, 19 Feb — Tindakan sekumpulan 150 pengikut PAS cuba menghalang 40 anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang tempat larangan di Bulatan Batu Enam di sini hari ini nyaris mencetuskan pergaduhan.

  • Mutakhir: Wanita Umno Cheras lancar banci pengundi

    KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno Cheras melancarkan gerak kerja dan bancian bagi mengenal pasti kira-kira 1,500 pengundi yang berdaftar di kawasannya tetapi sudah berpindah, untuk pulang mengundi di Parlimen Cheras pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac ini.

  • Jangan berangan

    KUALA LUMPUR: “PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak akan dapat merampas Lembah Pantai daripada BN walaupun parti pembangkang itu meletakkan anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah sebagai calon,” kata Ketua Umno bahagian Lembah Pantai, Yusri Ahmad.

  • Jangan percaya khidmat bomoh

    SHAH ALAM: “Jangan percaya pada bomoh yang kononnya boleh membantu calon terpilih untuk memenangi Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac ini.

  • Belum muktamad

    PETALING JAYA: Sebarang pengumuman terbuka yang dibuat parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan mengenai mana-mana calon yang akan bertanding di sesuatu kawasan pada pilihan raya umum (PRU) pada 8 Mac ini, bukan sesuatu yang muktamad.

  • Antara kata-kata manis dan cadangan tak logik

    PENGANALISIS politik melihat Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi saingan lebih sengit daripada pembangkang yang diterajui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-12 kali ini.

  • ‘Jo KFC’ disebut ganti Astaman

    PUTRAJAYA: Antara sembilan daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan (WP) yang dimenangi Barisan Nasional (BN), dalam Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004, lima kawasan menjadi tumpuan berikutan dimenangi calon daripada Umno.

  • Hadi nak ikut Pak Lah

    KANGAR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekali lagi mengulangi pendiriannya bertanding di mana saja kawasan yang dipertandingkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 nanti.

  • Banyak muka baru diramal warnai pilihan raya umum di Perlis

    KANGAR (18 Feb): Banyak muka baru diramal mewarnai pilihan raya umum di Perlis namun ketika Pas mengumumkan senarai calonnya malam tadi, Barisan Nasional (BN) masih lagi menyembunyikan bayangan calonnya.

  • Anggota Umno Johor yang tidak disenarai masih berpulang dicalonkan

    KLUANG (18 Feb): Anggota Umno yang tidak disenaraikan sebagai calon oleh bahagian masing-masing masih mempunyai peluang untuk dipilih bertanding pada pilihan raya umum ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

  • PAS sasar menang 40 kerusi Parlimen

    KEPALA BATAS (18 Feb): PAS mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-12 yang akan diadakan 8 Mac ini.

  • Idris umum calon Terengganu Jumaat ini

    DUNGUN (18 Feb): Senarai nama calon yang terpilih untuk bertanding di Terengganu pada pilihan raya umum ke-12 akan diketahui Jumaat ini.

  • Nurul Izzah tawar tanding atas tiket Keadilan

    KUALA LUMPUR (18 Feb): Nurul Izzah, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyatakan kesediaan untuk bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum ke-12 ini dan terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menerimanya dan menentukan kawasan yang bakal ditandingi.

  • Musa beri amaran kepada kumpulan ekstrim jangan timbulkan masalah

    PULAU PINANG (18 Feb): Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memberi amaran keras kepada kumpulan-kumpulan ekstrim agar tidak menimbulkan masalah sepanjang proses pilihan raya umum kali ini.

  • Tian Chua bebas tanpa syarat

    KUALA LUMPUR (18 Feb): Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan tanpa syarat Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Tian Chua, 45, yang ditahan kerana mencetuskan kekecohan ketika menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara, Jumaat lepas.

  • Seng Giaw yakin bertanding semula di Kepong

    KUALA LUMPUR (18 Feb): — Bagi Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, umur bukan penghalang untuknya bertanding pada Pilihan Raya Umum kali ini, dan beliau yakin dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Kepong yang telah diwakilinya sejak 25 tahun lepas.

  • PAS Kelantan beri laluan kepada Ibrahim Ali

    KOTA BAHARU (18 Feb): PAS Kelantan akan memberi laluan kepada bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding di mana-mana kawasan di negeri ini pada pilihan raya umum ini.

  • BN dan PAS Kelantan umum calon Jumaat ini

    KOTA BAHARU (18 Feb): Barisan Nasional (BN) dan PAS Kelantan akan mengumumkan senarai calon mereka Jumaat ini dengan pengumuman BN dilakukan di Bangunan Umno Negeri yang mengandungi hanya 16 muka lama.

  • Cuaca hari penamaan calon dijangka cerah

    KUALA LUMPUR (18 Feb): Keadaan cuaca pada hari penamaan calon Ahad ini dijangka cerah kecuali beberapa kawasan di Sarawak.

  • Keadilan Pulau Pinang umum calon 22 Februari

    PULAU PINANG (18 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengumum senarai penuh calonnya untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Pulau Pinang pada 22 Feb ini.

  • Umno Langkawi tolak Mukhriz

    LANGKAWI, 18 Feb — Umno Bahagian Langkawi enggan menerima jika Datuk Mukhriz Mahathir bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya 8 Mac ini sejajar dengan keputusan mesyuarat bahagian itu pada 12 Feb lepas menolak calon dari luar.

  • Polis Kelantan terima laporan rosakkan poster

    RANTAU PANJANG, 18 Feb — Polis Kelantan setakat ini menerima tiga laporan berhubung kejadian merosakkan poster dan sepanduk parti lawan yang dilaporkan oleh penyokong parti politik masing-masing.

  • DAP hadapi konflik dalaman serius: Najib

    PARIT, 18 Feb — DAP kini menghadapi konflik dalaman yang serius hingga menyebabkan seorang anggota parlimennya yang berkebolehan berasa kecewa dan enggan bertanding pada pilihan raya umum kali ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

  • Nik Aziz tidak bertanggungjawab: Muhyiddin

    PUTRAJAYA, 18 Feb — Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menuduh Umno sebagai orang Utan kerana kononnya menolak Islam dan Al-Quran, sebagai satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab.

  • MCA sahkan gugur 30 peratus muka lama

    RAWANG: MCA mengesahkan kira-kira 30 peratus muka lama bakal digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 bagi memberi peluang kepada calon baru untuk bertanding dan memberi khidmat kepada rakyat.

  • Tak perlu menangis

    KUALA LUMPUR: “Saya serah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menentukan kedudukan saya. Sebagai ahli politik, saya akur dengan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

  • Gopeng tidak calon Aziz

    SERI ISKANDAR: Ketua Umno bahagian Gopeng, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (gambar), semalam mengesahkan namanya tidak dicalonkan bahagian itu untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) pada 8 Mac depan. Beliau berkata, ini kerana Umno Gopeng hanya memiliki satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tidak wajar untuknya merebut kerusi itu.

  • ‘Saya sudah lakukan terbaik’

    KUALA LUMPUR: “Saya tidak peduli, paling penting saya kini bersedia untuk terus berkhidmat,” kata penyandang kerusi Parlimen Serdang yang juga bekas Naib Presiden MCA, Datuk Yap Pian Hon, berhubung peluangnya disenaraikan semula pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.

  • Naib presiden dari Kimma

    PETALING JAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP) menyerahkan jawatan naib presiden parti itu kepada Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sempena penggabungan secara rasmi, semalam. Presiden PPP, Datuk Dr M Kayveas berkata beliau kini menyerahkan kepada kongres berkenaan untuk menentukan pemilihan penyandang jawatan itu.

  • PPP serah nama calon hari ini

    PETALING JAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan nama calon bagi kerusi Parlimen Taiping dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

  • ‘Bagaikan semut lawan gergasi’

    KUALA LUMPUR: DAP mengakui hakikat bahawa sukar baginya untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) kali ini dan ia cuma berharap dapat mengurangkan majoriti dua pertiga yang bakal diperoleh BN.

  • Yakin profesional mahukan perubahan

    KUALA LUMPUR: Kebanyakan calon DAP pada pilihan raya umum (PRU) kali ini terdiri daripada mereka yang bekerja dalam bidang profesional seperti peguam dan doktor. Antara nama yang disebut-sebut menjadi calon pada pilihan raya kali ini ialah peguam, Gobind Singh Deo iaitu anak Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

  • PKR umum calon lepas bincang

    PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyiapkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) selepas mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan barisan sekutunya, Pas dan DAP, semalam.

  • Tidak senarai calon bermasalah

    SERDANG: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi pada Pilihan raya Umum (PRU) 2004 yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak sihat perlu membayar ‘harga tinggi’ apabila menghadapi kemungkinan tidak dicalonkan semula bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah.

  • Lima bakal digugur?

    SHAH ALAM: Spekulasi antara calon Pilihan Raya Umum ke-12 yang bakal digugurkan dari kerusi masing-masing di Selangor bertambah kencang dengan lima daripada nama calon itu kononnya sudah dikenal pasti.

  • Tunai janji dengan pembangunan

    PETALING JAYA: “Berikan tempoh seminit untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dan saya berjanji BN akan memberikan khidmat terbaik kepada pengundi untuk tempoh lima tahun akan datang,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

  • ‘Saya hanya ikut perintah’

    BATU PAHAT: Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mengakui beliau tidak tahu-menahu ada pihak mencadangkan namanya sebagai calon di salah satu kerusi Parlimen dalam kawasan Batu Pahat pada pilihan raya umum akan datang.

  • Fokus bantu parti

    KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, tidak mahu memikirkan nasibnya sama ada dicalonkan sekali lagi untuk bertanding di kawasan Parlimen Papar, Sabah, sebaliknya ingin menumpukan sepenuh perhatian membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU), 8 Mac depan.

  • Calon pemuda UMNO bermasalah tidak dipertahankan

    KUALA TERENGGANU (16 Feb): Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak akan mempertahankan mana-mana wakil rakyat di kalangan pergerakan itu untuk dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang jika prestasi mereka kurang memuaskan.

  • Semua atlit jalani latihan pusat diberi cuti mengundi

    LANGKAWI (16 Feb): Semua atlit kebangsaan yang sedang menjalani latihan pusat di seluruh negara bagi Malaysia menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa akan diberi pelepasan cuti untuk mengundi di kawasan masing-masing pada pilihan raya umum kali ini.

  • WAKIL puteri UMNO Perak dijangka bertanding

    IPOH (16 Feb): Wakil Puteri Umno Perak dijangka terpilih untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada pilihan raya umum kali ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

  • Peneroka Felda dilindungi skim insurans berkelompok

    TEMERLOH (16 Feb): Berkuatkuasa 1 Mac ini, peneroka Felda di seluruh negara akan dilindungi Skim Insurans Berkelompok berkonsepkan syariah.

  • Litar lumba antarabangsa jika BN menang di Kelantan

    KOTA BAHARU (16 Feb): Litar lumba motosikal bertaraf antarabangsa bakal dibina di Kelantan jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum ini dan memerintah semula Kelantan.

  • Dua menteri kabinet antara calon BN Perlis

    KANGAR (16 Feb): Dua menteri kabinet dari Perlis antara nama yang disenaraikan sebagai calon pilihan raya Barisan Nasional (BN) Perlis yang dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

  • Pengundi lebih utamakan calon daripada parti

    KUALA SELANGOR (16 Feb): Dua tinjauan baru-baru ini menunjukkan majoriti pengundi di Lembah Klang lebih mengutamakan calon berbanding parti dalam memilih wakil rakyat mereka.

  • Hanya pengundi berdaftar sebelum 1 Januari 2008 layak mengundi

    KUALA LUMPUR (16 Feb): Hanya mereka yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih atau pemilih yang membuat pertukaran alamat sehingga 31 Disember tahun lalu sahaja boleh mengundi pada pilihan raya kali ini.

  • Muhammad tidak tahu akan bertanding rebut kerusi Parlimen Shah Alam

    SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, berkata beliau tidak tahu menahu mengenai kedudukannya yang dikatakan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum kali ini.

  • Koh bertanding di Pulau Pinang

    PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di sebuah kawasan Parlimen di Pulau Pinang.

  • Saya sedia berkhidmat bila - bila masa: Rafidah

    SHAH ALAM: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, berkata beliau sedia berkhidmat selagi tenaganya diperlukan dalam kerajaan.

  • Puteri UMNO harap Datuk Noraini dicalonkan

    SEREMBAN: Pergerakan Puteri Umno berharap pucuk pimpinan parti menimbang supaya Ketua pergerakan itu, Datuk Noraini Ahmad dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum ini.

  • MUKA baru suntik semangat baru kepada MIC: Samy Vellu

    KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau telah mengotakan janjinya untuk menyuntik semangat baru kepada parti berusia 62 tahun itu dengan mengemukakan ramai muka baru dalam pilihan raya 8 Mac ini.

  • Misi utama pembangkang kurangkan majoriti 2/3 BN

    KLANG: Misi utama pembangkang pada pilihan raya umum bulan depan adalah untuk mengurangkan majoriti dua pertiga kemenangan Barisan Nasional (BN)yang dicapainya sebelum ini, kata penasihat DAP Lim Kit Siang di sini malam ini.

  • Rosmah minta isteri wakil rakyat turut turun padang

    KOTA BAHARU: Isteri-isteri calon wakil rakyat Barisan Nasional (BN), yang bakal terpilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang diminta turut turun padang berkempen bagi memastikan kejayaan parti itu terutamanya di Kelantan.

  • Calon MB Johor

    JOHOR BAHRU: Siapa bakal Menteri Besar Johor yang baru dan adakah episod 2004 berulang semula?

  • 'Jangan tendang sana, sini'

    KUALA LUMPUR: "Lebih baik saya berhenti sahaja daripada politik ini kalau satu penggal tendang sana tendang sini, tak boleh la macam ini, PPP (Parti Progresif Penduduk) pun ada maruah.

  • Rakam bukti

    KUALA LUMPUR: Semua petugas jentera pilihan raya Puteri Umno dinasihatkan membawa kamera atau telefon bimbit berkamera ketika berkempen sebagai persediaan menghadapi sebarang gangguan daripada pihak pembangkang seperti pernah berlaku sebelum ini.

  • PM belum terima senarai calon

    KUALA LUMPUR: Spekulasi dan teka-teki mengenai calon bakal mewakili Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 kini semakin dirasakan apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengakui beliau belum menerima senarai calon daripada pengerusi BN negeri.

  • Penamaan calon 24 Februari, mengundi 8 Mac

    PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 24 Februari ini manakala pengundian pada 8 Mac, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di sini, hari ini.

  • Tak boleh beri bayangan

    PUTRAJAYA: Angka 13 dikatakan sudah sinonim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

  • SPR dijangka umum hari ini

    PUTRAJAYA: Tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dijangka diketahui hari ini apabila ahli panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat.

  • Dr Koh mahu selesai misi di Pulau Pinang

    GEORGETOWN: Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (gambar) tidak akan mengucapkan selamat tinggal kepada negeri ini selagi misinya sebagai ‘panglima perang’ memastikan kejayaan jentera Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-12, tidak berjaya.

  • ‘Saya anggap dia imam’

    PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menyifatkan beliau makmum, manakala Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, sebagai imamnya.

  • Harian Metro lancar web pilihan raya

    KUALA LUMPUR: Pelancaran laman web pilihan raya umum 2008 oleh Harian Metro semalam, yang memuatkan pelbagai data, termasuk keputusan pilihan raya umum (PRU) 2004 serta berita, gambar dan rakaman video terkini memudahkan pembaca dan orang ramai mendapat maklumat lengkap dan pantas mengenai PRU ke-12, tidak lama lagi.

  • ‘Jom Balik Mengundi’ pikat perantau

    KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) membuat pendekatan baru untuk menggalakkan lebih 100,000 pengundi c di perantauan untuk balik mengundi di negeri itu melalui kempen ‘Pakat Kelik Ngundi’.

  • Faktor usia calon bukan penentu

    PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menegaskan faktor usia bukan menjadi masalah bagi pencalonan seseorang itu pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12), sebaliknya yang lebih penting calon itu prihatin terhadap masalah rakyat.

  • ‘Jangan lari’

    IPOH: ‘Jangan lari’. Itulah cabaran Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali kepada ketua pembangkang, Lim Kit Siang supaya tidak bertanding di Pulau Pinang.

  • Mohd Ali masih berteka-teki

    MELAKA: “Saya pun belum tentu kerusi mana nak bertanding,” jawapan ringkas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam apabila diajukan soalan berhubung senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-12 sebaik Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan semalam.

  • Pas mahu pilihan raya bersih

    KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas jika diarahkan dan mendapat restu Majlis Syura Ulama parti itu.

  • Masa untuk mandat baru

    TERJAWAB sudah tanda tanya ‘tarikh keramat’ Pilihan Raya Umum ke-12 yang dileraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang media di Putrajaya, semalam.

  • SPR TENTUKAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM KE-12 ESOK

    PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok untuk menetapkan tarikh pencalonan dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-12.

  • SEJUMLAH 60,000 ANGGOTA POLIS AWASI PILIHAN RAYA UMUM KE-12

    KUALA LUMPUR: Seramai 60,000 anggota dan pegawai polis akan dikerahkan bertugas untuk mempastikan pilihan raya umum ke-12 berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

  • WANITA UMNO MINTA KERUSI LEBIH

    KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno akan meminta kerusi tambahan di negeri-negeri tertentu pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz.

  • KIT SIANG MUNGKIN BERTANDING DI PULAU PINANG

    PULAU PINANG: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau mungkin bertanding di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang bagi menentang serangan berterusan pemimpin Barisan Nasional (BN) bahawa beliau cuba membentuk dinasti dalam parti itu.

  • SAYA TETAP BERTANDING: NIK AZIZ

    KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang walaupun keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat masalah jantung.

  • LEBIH RAMAI PENYANDANG MCA DIJANGKA BERI LALUAN KEPADA MUKA BARU

    KUALA LUMPUR: Lebih ramai penyandang MCA, terutamanya mereka yang memegang jawatan kerajaan — sama ada jawatan menteri atau Exco — dijangka akan memberi laluan kepada muka baru, setelah parti itu selesai menyiapkan senarai awal calon yang sedang dalam proses semakan, kata Presiden parti Datuk Seri Ong Ka Ting.

  • BN PUNYAI BANYAK KELEBIHAN BERBANDING PAKATAN PEMBANGKANG: NAJIB

    MELAKA: Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak kelebihan untuk para pengundi terus memberikan sokongan pada pilihan raya umum ke-12 ini berbanding parti pembangkang.

  • BN JOHOR SEDIA PAKAR BANTU CALON ISI BORANG PENCALONAN

    JOHOR BAHARU: Barisan Nasional (BN) Johor akan menyediakan pakar bagi membantu calon-calon pilihan rayanya mematuhi segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ketika hari penamaan calon.

  • PERAK SERAH KEPADA PUCUK PIMPINAN BUAT TAPISAN CALON

    KAMPUNG GAJAH: Umno Perak akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat penapisan dan pemilihan bakal calon yang akan dikemukakan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

  • Gagal lepasi semakan BPR

    SHAH ALAM: Sebahagian daripada 200 bakal calon Barisan Nasional (BN) Selangor gagal melepasi proses semakan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

  • Isu harga barang tidak akan pengaruhi pengundi: Shafie

    PETALING JAYA: Usaha pembangkang untuk menjadikan isu kenaikan harga barang sebagai modal mempengaruhi pengundi pada pilihan raya umum akan datang tidak akan berhasil kerana rakyat sedar bahawa kerajaan sentiasa berusaha mengurangkan bebanan mereka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shafie Apdal.

  • 'Hantar senarai apabila PM panggil saya'

    JOHOR BAHRU: “Kita akan periksa jenis darahnya...A,B atau C. Sebutkan jenis darah apa dan saya akan cari calon yang ada darah jenis itu untuk bertanding,” kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.