Joran
Joran » Tekong
  • Mazoney arif di perairan Pulau Kapas
    TEKONG yang bagus ialah mereka mahir dan berilmu pengetahuan menjejak lubuk ikan, mengetahui bacaan arus air, masa sesuai untuk memancing, pakar mengenai laut serta memahami kehendak pelanggan, pemancing. Di samping, mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan hasil tangkapan lumayan setiap kali menganjurkan trip memancing.
  • Pak Hitam jadi pilihan pemancing
    KUALA BESUT: Sebut saja Pelantar Minyak, terbayang kaki pancing akan kehebatan tekong Abdul Ghani Ahmad @ Pak Hitam, yang pakar mengesan lubuk ikan merah, jenahak, kerapu, jemuduk, ebek dan sebagainya.
  • Tekong Ah Long sedia empat bot
    SEBUT saja Pulau Terkukur, Pulau Jemur dan sekitar perairan Rumah Api dan karang serta lubuk kapal karam, dia tahu apa jenis ikan yang ada dalam kawasan berkenaan, kawasan yang meliputi perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor.
  • Ajak Pot mahir sungai Keniam
    JIKA anda memberi layanan yang baik termasuk pemancing mampu membawa pulang hasil lumayan, tidak hairanlah seseorang tekong itu sentiasa mendapat perhatian atau disewa setiap kali datangnya musim memancing serta beriadah di cuti sekolah.
  • Tempah bot Mat Nor tujuh bulan awal
    SEPANJANG tempoh 10 tahun sebagai tekong, Mat Nor Samsudin, 41, menempuh pelbagai pahit maung kehidupan seorang nelayan. Dilahirkan di Kuala Ibai dekat Kuala Terengganu, Mat Nor berhijrah ke Kuala Sedili dekat Kota Tinggi, Johor memulakan karier sebagai nelayan.
  • Halim bergelumang di laut Sedili 26 tahun
    ABDUL Halim Abdul Ghani, 38, mula mendampingi kehidupan laut seawal usia 12 tahun. Ketika itu, beliau bertindak sebagai awak-awak membantu bapanya yang bekerja sebagai nelayan. Selama 26 tahun bergelumang gelombang dan arus di perairan Sedili, Kota Tinggi, Johor, beliau mula bertukar angin daripada seorang tekong kepada pengusaha tekong bot dengan memberi khidmat kepada kaki pancing yang sering ke perairan di sana.
  • Man Memerang arif di Taman Negara
    CAKAP saja lubuk mana ada kelah di Taman Negara Pahang, beliau memang cekap dan arif mengenainya. Daripada menjejaki lubuk, umpan dan keadaan paling sesuai untuk memancing si Raja Sungai, semuanya di dalam kepala tekong muda ini.
  • Ikan Langkawi tak habis dipancing
    PULAU Legenda Mahsuri, Langkawi menempatkan puluhan pulau yang menjadi mercu tanda bagi nelayan untuk mencari rezeki. Gugusan pulau itu menjadi rahsia bagi mereka kerana di lokasi inilah nelayan tempatan mencari makan.
  • Tekong Wong Pulau Sembilan
    PULAU Sembilan di Perak, sememangnya terkenal di kalangan pemancing laut dalam. Gugusan sembilan buah pulau di situ turut memberi perlindungan kepada bot pancing atau nelayan daripada ribut mahupun gelora di laut.
  • Pak Lan mahir perairan pelantar
    AZLAN Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Lan, di kalangan kaki pancing ialah antara tekong yang menawarkan perkhidmatan memancing di beberapa lubuk yang terkenal dengan hasil lumayan termasuk ikan bersaiz L dan XL.
  • Kuala Penor pusat bertarung siakap
    KUANTAN: Kuala Penor mempunyai lubuk yang menarik bagi kaki pancing yang menetap di sekitar bandar ini dan Pekan. Hanya mengambil masa kurang setengah jam saja untuk sampai ke lokasi, Kuala Penor bagaikan tempat pertandingan memancing bagi memburu spesies siakap liar lagi ganas setiap hujung minggu.
  • Faizal tekong bubu termuda di Dungun
    PADA usia 25 tahun, Mohd Faizal Inche Sulaiman, sudah diberi tanggungjawab sebagai tekong yang mengemudi bot. Bukan calang-calang anak muda yang sudah mengetuai sebuah bot untuk meredah lautan.
  • Idris minta waspada hampiri pulau
    BELIAU mempunyai hubungan erat sejak kecil dengan tekong Zahari. Hingga hari ini pun mereka bagaikan kembar siam terutama ketika di laut. Kedua-dua insan pelaut ini mempunyai cita rasa yang sama. Mereka gemar pada kerja-kerja mencabar di laut. Justeru, atas sikap beginilah mereka terus berjinak sambil menimba ilmu laut tanpa merasa jemu atau takut berdepan dengan gelombang besar.
  • Aziz pakar candat, mahir di Kapas
    BERTUBUH besar, peramah orangnya. Gemar bertegur sapa walau orang itu tidak dikenali, itulah amalan yang dibawa oleh anak kelahiran Kuala Terengganu yang kini sudah berusia 45 tahun. Sudah beristeri dan dikurniakan enam cahaya mata.
  • Jenal rajin, masakan ada kelas
    MELALUI pengalaman selama enam tahun menjadi tekong, Jenal atau nama penuh Zainal Abidin Abdul Halim, 37, sudah dapat memenuhi cita rasa kebanyakan pemancing. Dalam tempoh itu, beliau banyak belajar selok belok mencari lubuk lubuk dan mengenali penghuninya selain memahami telatah pemancing.
  • Pak Wai mahir di Pulau Kukup
    KUKUP: Pak Wai atau nama sebenarnya Syawal Abd Ghani, nampak garang tetapi sebenarnya seorang yang baik hati dan peramah. Anak jati Kukup ini tinggal di Kampung Melayu Benteng, di sini.
  • Anuar pakar ikan karang
    SEDILI: Anak jati Kuala Sedili ini mula berjinak dengan lautan sejak berusia 14 tahun. Ketika itu, beliau meninggalkan bangku persekolahan kerana lebih berminat dengan kehidupan di laut.
  • Mokhtar tawar pakej ke OFB
    APABILA disebut OFB, ramai pemancing kurang arif atau tidak tahu apa maknanya. Tetapi dengan menyebut Rumah Api - One Phantom Bank (OFB) - Permatang Sedepa maka pasti ramai yang tahu mengenainya. Rumah api ini yang berada di tengah laluan kapal kira-kira 27 batu nautika dari jeti Pelabuhan Klang menjadi nadi pergerakan kapal yang menyusuri Selat Melaka.
  • Yaakob mahir di laluan kapal
    DIKAMPUNG Dumpar Muar, Johor, nama Yaakob Kudung (sekarang Haji Yaakob) semua mengenalinya. Seorang anak pelaut yang dilahirkan daripada waris pelaut yang terkenal dengan keberanian. Yaakob terus membesar bersama laut, berkawan dengan gelombang dan terus dewasa di laut.
  • Abdul Majid miliki 15 bot sewa
    KUALA ROMPIN: Sungai Rompin yang kaya dengan udang galah turut membuka peluang kepada penduduk tempatan mengusahakan bot sewa kepada pemancing di sungai itu. Pengusaha bot sewa menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bot sewa, enjin, membekalkan makanan, menyediakan penginapan serta menjual umpan.
  • Pak Adam 10 kali jatuh ke laut
    DESARU: Jika ditanya siapa Ariffin Husin, ramai yang tertanya-tanya si empunya nama itu. Tetapi apabila disebut nama Pak Adam, ramai menuding jari ke arah tekong veteran di Kampung Sedili Kecil itu yang pernah beberapa kali terjatuh ke laut ketika keluar memancing.
  • Pok Par ramah di Tasik Kenyir
    MUSTAFFA Sulaiman, 56, anak kelahiran Kuala Terengganu menganggap Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, adalah lubuk rezeki baginya untuk membiayai keluarga.
  • Pak Awang dihormati tekong lain
    UMUR bukan jadi ukuran tetapi pengalaman sebagai tekong adalah lebih berguna serta bermakna. Jika kedua-duanya - antara usia yang sudah dewasa di laut dengan pengalaman yang luas digabungkan menjadi satu maka tentunya beliau seorang tekong yang terbaik.
  • Shamsuddin mahir lubuk Tanjung Tuan
    APA yang dilarang di darat, jangan dilakukan di atas bot. Itulah antara pantang larang yang harus dipatuhi pemancing apabila menaiki bot Tekong Shamsudin atau nama sebenarnya Mohd Shamsuddin Abdullah, 41, dari Seremban, Negeri Sembilan.
  • Ghani pandai memasak, tahu lubuk karang
    BAGI anak kelahiran Kampung Mukut, Pulau Tioman, Dazali Abdul Karim, 50, atau lebih dikenali sebagai Tekong Ghani, beliau tidak menolak hakikat bahawa laut banyak mengajarnya menjadi manusia sejati yang tabah menghadapi sebarang cabaran.
  • Tekong ikan kembung Pulau Ketam
    BERBEKALKAN pengalaman memancing di sekitar Pulau Ketam, lubuk sekitar Stesen Janakuasa Hidro Kapar dan Pulau Angsa, Tekong Ikan Kembung atau nama sebenarnya Johari Khamis, 29, kini berkongsi minat dengan kaki pancing yang ingin menggunakan khidmat beliau memancing di lokasi yang diidamkan.
  • Halim Dulang mahir buru tenggiri tuas
    PANGKALAN jeti nelayan di Kuala Dulang Kecil, Yan Kedah, sudah tidak asing lagi bagi ramai pemancing yang menggemari teknik casting (melontar umpan). Jika musim tenggiri mengamuk, kawasan tempat meletak kenderaan sesak di segenap ruang.
  • Supian Keranda tekong hebat
    PEKAN: Nama memainkan peranan penting kepada seseorang sama ada dalam bidang kerjaya. Namun nama atau gelaran aneh pada seseorang memberikan satu kelebihan seperti nama yang dikaitkan dengan kerja bagi memudahkan seseorang itu mudah diingati.
  • Udin mahir di Sungai Tiram
    TEKONG Udin atau nama sebenarnya, Nordin Mohamad, sudah lama berkhidmat di rumah rakit Tiram Resort, di Sungai Tiram Johor dan pakar mengemudi bot. Selain itu beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai lokasi dan lubuk tumpuan pemancing di kawasan sungai berkenaan.
  • Badaruddin patah tiga batang gigi
    SETIAP tekong bot memiliki cerita tersendiri untuk dikongsi bersama atau menjadi kenangan seumur hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat seseorang.
carian artikel
pautan web
info grafik
Teknik susun umpan
lagi info

galeri foto
Sekitar pusingan ketiga Karnival GP Joran 2009 di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 8 dan 9 Ogos
Gerai Superbest Power menjual kopi pra-campuran dan teh ais lemon.
Gerai Superbest Power menjual kopi pra-campuran dan teh ais lemon.
foto album
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2009 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.