Joran

Joran » Petua

Tip Akuarium: Ikan discus ada peminat tersendiri

Oleh Helmi Hamzah

Ikan discus.
Ikan discus.

IKAN discus antara spesies yang mewarnai peminat akuarium di negara ini dan ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Blue Turquoise (Symphysodon aequifasciata aequifasciata), pigeon red (Symphysodon discus discus) dan blue diamond (Symphysodon aequifasciata haraldi).

IKAN discus antara spesies yang mewarnai peminat akuarium di negara ini dan ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Blue Turquoise (Symphysodon aequifasciata aequifasciata), pigeon red (Symphysodon discus discus) dan blue diamond (Symphysodon aequifasciata haraldi).

Tiga jenis ikan ini memiliki beberapa ciri yang berbeza sama ada tubuh, sirip dan corak warna.

Bagaimanapun ia memiliki persamaan dari segi tabiat pemakanan, pembiakan, pencahayaan akuarium, perangai dan tabiat berenang, penyediaan akuarium serta ciri-ciri habitat.


Ketiga-tiganya menggemari cacing hidup dan Daphnia. Ia membiak dengan cara bertelur, menggemari akuarium yang terang tanpa cahaya matahari, boleh dipelihara dengan ikan lain dan akuariumnya boleh diisi dengan batu, tumbuhan rumpai dan kayu hiasan.

Discus adalah jenis ikan yang berenang di bawah permukaan air. Bagaimanapun dari aspek ukuran bagi keasidan atau kealkalian air, Blue Turquoise serasi dalam air pH6.6, Pigeon Red (pH6), Blue Diamond (pH6.5).

Blue Turquoise boleh membesar sehingga 15cm, Pigeon Red (20cm), manakala Blue Diamond (15 cm).

Keliatan air bagi ketiga-tiga jenis ikan ini juga berbeza iaitu H3 bagi Blue Turquoise, Pigeon Red (H1) dan Blue Diamond (H4).

Suhu kegemaran ikan ini juga berbeza iaitu 28 darjah Celsius bagi Blue Turquoise, Pigeon Red (29 darjah Celsius), dan Blue Diamond (28 darjah Celsius). Sukatan minimun air dalam akuarium bagi Blue Turquoise dan Blue Diamond sekurang-kurangnya 150 liter manakala Pigeon Red 200 liter.

carian artikel
lain-lain artikel
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Joran Online.
Laman web ini dibangunkan oleh Unit Network & Multimedia Services.
© Hak cipta terpelihara 2009 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.